Monday 18 February 2013

Pertimbangan 6 & 7: Kesan Kepada Perubahan Persekitaran + Kebajikan Moral Dan Fizikal Kanak-Kanak



Kesan Kepada Perubahan Persekitaran

Tahap perkembangan mental, emosi, fizikal dan kesihatan akibat daripada perubahan persekitaran termasuk pergaulan dengan rakan sebaya perlu dipertimbangkan di pihak kanak-kanak yang terlibat. Ini kerana gangguan yang ketara terhadap tempat tingalnya jika penjagaan diubah-ubah boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri kanak-kanak tersebut. Penyesuaian dengan sesuatu tempat yang baru mungkin mengambil masa dan jika ini tidak dianggap penting mungkin ia akan menimbulkan masalah gangguan emosi dan kesihatan.[1]

            Perubahan persekitaran serta kawalan sesuatu yang baru dan asing bagi diri kanak-kanak tersebut yang boleh dilihat akan mendatangkan suatu perubahan yang mendadak terhadap diri kanak-kanak yang terlibat. Dalam pada itu juga, mahkamah Cuma perlu melihat semua faktor ini darisetiap kes secara tersendiri serta bergantung kepada ketahanan mental dan emosi kanak-kanak yang terlibat. Keserasian tempat tinggal dan persekitaran, rakan-rakan sebaya yang sering ditemui dan keselesaan berada di rumah sendiri boleh diterima sebagai satu pemberat kepada kebajikan kanak-kanak.

Kebajikan Moral Dan Fizikal Kanak-Kanak

Aspek yang positif seperti tempat tinggal yang sempurna dan persekitaran yang selamat akan menggalakkan perkembangan fizikal kanak-kanak.[2] Dalam Lee Soh Choo,[3] salah satu sebab penting mengapa hak jagaan itu tidak diberikan kepada ibu adalah disebabkan oleh dia tidak dapat menyakinkan mahkamah tempat akan kanak-kanak itu akan tinggal sekiranya hak penjagaa telah diberikan kepadanya. Begitu juga, dalam kes Neoh Cheng Kim lwn Goh Ah Hock,[4] salah satu pertimbangan yang diambil kira oleh mahkamah adalah keselesaan rumah, di mana kanak-kanak hidup dalam pada masa itu berbanding dengan rumah baru (yang tidak menentu) jika kanak-kanak itu untuk hidup dengan ibu.[5] Dalam kes Chong Siew Lee lwn Lau Mun Chong,[6] mahkamah mengatakan bahawa keselesaan, keselamatan, kasih sayang dan keceriaan rumah mungkin boleh mematahkan anggapan di bawah seksyen 88 (3) daripada Akta 164. Namun begitu dalam kes Re McGrath,[7] mahkamah mengatakan wang ringgit dan kemewahan bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan kebajikan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, faktor ini tetap diambil kira jika didapati salah satu pihak itu benar-benar berada dalam kemelesetan dan mengalami masalah kewangan atau melalui suatu perbandingan bahawa kesejahteraan anak tersebut mungkin terjejas.[8]

            Walau bagaimanapun, kesejahteraan fizikal ini perlu diseimbangkan dengan keperluan moral seperti yang digambarkan oleh hakim dalam kes L lwn S:[9]

... Dalam hal jagaan, pihak berkuasa menunjukkan bahawa perkataan kebajikan mesti diambil kira dalam erti kata yang seluas-luasnya supaya kebajikan kanak-kanak itu tidak diukur oleh ibu bapa dalam aspek material dan hanya menyediakan keselesaan fizikal sahaja. Keperluan moral seorang kanak-kanak mesti diambil kira juga.[10]

            Dalam kes ini, selepas menimbangkan fakta bahawa kedua-dua ibu bapa mungkin memberi penekanan kepada kesejahteraan fizikal sahaja (berdasarkan daripada rumah-rumah yang mereka miliki), mahksamah memutuskan kepada jagaan dianugerahkan kepada ibu tidak kepada bapa. Ibu adalah lebih berkelayakan untuk menjaga kanak-kanak dengan mengambil kira keperluan moral dan emosi. Ini kerana bapa adalah seorang yang panas baran dan kejam. Begitu juga dalam kes Chuah Thye Peng,[11] setelah dipertimbangkan kedua-dua datuk dan nenek boleh memberi keselesaan fizikal yang sama kepada kanak-kanak dari sudut tempat tinggal, oleh itu hak jagaan dianugerahkan kepada datuk dan nenek sebelah bapa yang mengutamakan didikan agama kanak-kanak.

            Berkenaan dengan kesejahteraan emosi, dalam Lim Fang Keng lwn Toh Kim Choo,[12] mahkamah mengambil kira rasa tidak puas hati yang disuarakan oleh kanak-kanak kerana sering dibuli oleh sepupu dan sikap remeh-temeh ibu saudara mereka terhadap ibu mereka semasa mereka berada di bawah penjagaan makcik apabila bapa berada di tempat kerja. Dalam kes Sivajothi a/p K Suppiah lwn Kunathasan a/l Chelliah,[13] mahkamah memberi perhatian kepada keperluan psikologi dan emosi yang diperlukan oleh tiga kanak-kanak perempuan yang boleh diberikan oleh ibu dan bukannya bapa dan dengan itu diberi jagaan kepada beliau.

            Seperti yang telah ditunjukkan dalam kes-kes diputuskan di atas, mahkamah sentiasa menekankan elemen fizikal dan moral dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kedua-dua Akta 164 dan Akta 351 adalah sepi mengenai perkara ini. Oleh itu, dicadangkan bahawa faktor ini juga perlu termaktub dalam peruntukan undang-undang untuk menekankan pentingnya elemen ini dalam menentukan kepentingan kanak-kanak itu.


[1] Lihat kes J lwn C [1970] A.C. 668.

[2] Re KO [1990] 1 MLJ 495. Hlm. 500; Teh Eng Kim lwn Yew Peng Siong [1977] 1 MLJ 234; Hoo Tat Fong (P) lwn Lim Cheun Eng [2001] 5 MLJ 660, di mana dalam kes ini mahkamah berpendapat bahawa rumah yang kanak-kanak tinggal dahulu tidak lagi selamat kerana terdapat dakwaan yang serius penderaan seksual.

[3] [1986] 2 CLJ 143.

[4] [1990] 2 CLJ 268.

[5] Lihat juga kes Tan Chong Pay lwn Tan Swee Boon [1997] 4 CLJ 625, at p 631; Tan Siew Kee lwn Chua Ah Boey [1988] 3 MLJ 20.

[6] [1995] 4 MLJ 559.

[7] [1982] 1 Ch. 143.

[8] Lihat kes Re Satpal Singh (Bayi) [1958] 24 MLJ 283.

[9] [2002] 2 AMR 1347.

[10] [2002] 2 AMR 1347. Hlm. 1363. Lihat juga kes Re McGrath [1893] 1 Ch 143. Hlm. 148.

[11] [1978] 2 MLJ 217.

[12] [1995] 4 CLJ 733.


[13] [2000] 6 MLJ 48.

Sharing is caring ^_^

0 comments:

Post a Comment