Wednesday 31 July 2013

Loo Jo Yee .


Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Sharing is caring ^_^

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..


Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Sharing is caring ^_^

Monday 29 July 2013

Waran Tangkap Anak

Metro 29/8/2012
Hampir setahun berlalu, jika kita masing ingat gambar di atas yg menjadi paparan muka depan akhbar Harian Metro & beberapa akhbar lain. Kisah si tanggang moden. Oleh kerana keingkaran si anak mematuhi perintah mahkamah menyebabkan perlaksanaan perintah dilakukan & perintah pengkomitan (penjara) dikeluarkan. Bulan2 pose ni ada cerita yang tak sedap didengar..
 
(Harian Metro, 29/07/2013)
 

Kuala Terengganu: Selepas tiga tahun bersabar, seorang bapa yang menyaman anak lelakinya bagi menuntut nafkah untuk dua cucunya terpaksa menggunakan jalan terakhir dengan memohon Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengeluarkan waran tangkap.

Mustafa Ismail, 67, berkata, hanya itu jalan terakhir yang akan membolehkannya berjumpa dan menyelesaikan masalah dengan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, yang bukan saja enggan memberi kerjasama, tetapi gagal mematuhi perintah mahkamah pada 28 Ogos tahun lalu yang memutuskannya membayar nafkah dan memohon maaf secara terbuka kepada kedua ibu bapanya. “Dia yang memaksa saya mengambil tindakan ini. Waran tangkap ini jalan terakhir untuk saya berjumpa dan menyelesaikan masalah kami,” katanya yang kesal dengan masalah itu yang berlarutan hingga kini.

Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya, tiga tahun lalu.

Selepas tiga tahun, permohonan pesara syarikat cari gali minyak itu akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.

Hakim Syarie Rosdi Harun dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun yang digelarnya sebagai ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM400 seorang kepada ibu bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun yang diabaikan sejak lapan tahun lalu.

Selain itu, Rosdi turut memerintahkan Nasrun membayar RM18,866.50 kepada kedua ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang ke rumah bertemu anaknya lebih lapan tahun.
Bagaimanapun, selepas lebih 10 bulan perintah mahkamah itu dikeluarkan, Nasrun gagal mematuhinya menyebabkan Rosdi semalam terpaksa mengeluarkan waran tangkap terhadap Nasrun atas permohonan pelaksanaan perintah difailkan Mustafa menerusi peguam syarienya Fazru Anuar Yusof.

Mustafa berkata, dia kesal kerana anaknya tidak pernah memberi kerjasama sedangkan tuntutan dibuat adalah untuk kepentingan dua cucunya yang sedang bersekolah di tingkatan empat dan seorang lagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal memasuki institut pengajian tinggi.

“Sejak tarikh perintah dikeluarkan mahkamah hingga hari ini, Nasrun gagal dan mengingkari perintah itu tanpa sebarang sebab munasabah. Sehingga hari ini, tiada sebarang bayaran pun dijelaskannya kepada saya. “Saya pernah cuba menghubunginya, tetapi tidak pernah mendapat maklum balas. Malah, beliau juga tidak pernah menghadiri sebarang prosiding yang berkaitan dengan kes ini. Setakat hari ini, responden tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada saya selaku bapa kandung dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, serta tidak menjenguk kami yang sudah uzur.

“Saya merasakan seperti dianiaya responden yang sudah mengabaikan dan mengingkari perintah dikeluarkan mahkamah sebelum ini. Responden juga mengingkari perintah Allah untuk taat kepada saya selaku bapanya,” katanya dalam tuntutannya.



Sharing is caring ^_^

Hadiah untuk si Mati

Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Sham Kamikaze

Sehari dua ini panas isu Sham Kamikaze
kata Tak sampai Fatihah kepada si mati ...
Ikuti pandangan Syeikh Nuruddin Al Banjari
Ulama Nusantara

Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Sham Kamikaze

Menghadiahkan Al Fatihah, atau Yaasiin, atau zikir, Tahlil, atau sedekah, atau Qadha puasanya dan lain lain, itu semua sampai kepada Orang yang telah meninggal Dunia...

Kata Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki
"jikalau kita send sms, send massage dari Fesbuk kita, ke Amarika Syarikat dengan teknolongi Manusia yang merupakan makhluk yg lemah ini pun boleh sampai, Kenapa Teknologi Allah Swt Yang Maha Agung, Yang Maha Pencipta bila Kita menghantar Al Fatihah, Tahlil, zakir tidak Sampai"

dalam Sohih Muslim hadits no.1149,
“seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yang telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasulullah saw”
dalam riwayat Bukhari dan Muslim
“seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yang telah wafat”,
Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat hari raya aidul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, doa Nabi “Wahai Allah terimalah sembelihan ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Shahih Muslim hadits no.1967).

Mengenai hadits yang mengatakan
"bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3, sedaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anaknya yang berdoa untuknya, maka orang orang lain yang mengirim amal, zikir dll untuknya ini jelas jelas bukanlah amal perbuatan si mayyit, kerana Rasulullah SAW menjelaskan terputusnya amal si mayyit, bukan amal orang lain yang dihadiahkan untuk si mayyit, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Qur'an untuk mendoakan orang yang telah wafat : "WAHAI TUHAN KAMI AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN BAGI SAUDARA-SAUDARA KAMI YG MENDAHULUI KAMI DALAM KEIMANAN", (QS Al Hasyr-10).

Berkata Imam Alhafidh Al Muhaddits Ali bin Almuwaffiq rahimahullah : “aku 60 kali melaksanakan haji dengan berjalan kaki, dan kuhadiahkan pahala dari itu 30 haji untuk Rasulullah saw”.

Berkata Al Imam Alhafidh Al Muhaddits Abul Abbas Muhammad bin Ishaq Atssaqafiy Assiraaj : “aku mengikuti Ali bin Almuwaffiq, aku lakukan 7X haji yang pahalanya untuk Rasulullah saw dan aku menyembelih Qurban 12.000 ekor untuk Rasulullah saw, dan aku khatamkan 12.000 kali khatam Alqur’an untuk Rasulullah saw, dan kujadikan seluruh amalku untuk Rasulullah saw”.

Ia adalah murid dari Imam Bukhari rahimahullah, dan ia menyimpan 70 ribu masalah yang dijawab oleh Imam Malik, beliau lahir pada 218 H dan wafat pada 313H

Berkata Al Imam Al Hafidh Abu Ishaq Almuzakkiy, aku mengikuti Abul Abbas dan aku haji pula 7X untuk rasulullah saw, dan aku mengkhatamkan Alqur’an 700 kali khatam untuk Rasulullah saw.

Sharing is caring ^_^

Sunday 28 July 2013

Tidur Dalam Masjid

Cara berbaring yang menghampiri kaedah Rasulullah SAW berbaring....

Salam ustaz, saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah. Agak berulang-ulang juga saya melihat perbuatannya. Segan untuk bertanya beliau, jadi soalan saya, adakah ada nas perbuatannya itu?

Waalaikumussalam. Ya, perbuatan berbaring sebelum iqomah solat subuh iaitu selepas mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ialah perbuatan yang thabit di dalam sunnah Rasulullah SAW. Agak malang, sunnah ini agak tidak masyhur di kalangan masyarakat kita.

Daripada ‘Aisyah R.A:


كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن
 

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”

Dikatakan bahawa hikmah berbaring sekejap dan bukannya lena tidur ialah untuk mengingatkan kita bahawa kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja. Dan manusia apabila mati hanya akan 'berbaring' sementara sahaja di alam kubur sebelum dipanggil untuk menghadapi hisab di hari kiamat, wallahualam.


Sharing is caring ^_^

Saturday 20 July 2013

Enakmen agama 5 negeri ikut Perlembagaan

Peguam Syarie Menulis
Berita Harian
Rabu 17/07/2013 
Oleh Musa Awang

Gesaan pinda akta cuba kelirukan masyarakat

Terdapat segelintir pihak menggesa supaya kerajaan Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Melaka dan Sarawak yang masih mengekalkan undang-undang memberi kebenaran kepada hanya ibu, bapa atau penjaga mengislamkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam masing-masing.

Gesaan ini berikutan tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu, kerana timbul bantahan berkaitan Seksyen 107 (b) dalam rang undang-undang itu.

Agama anak di bawah umur 18 tahun boleh juga ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaganya yang bukan Islam. Jadi dakwaan ibu bapa bukan Islam tidak mempunyai peluang untuk mendapat keadilan adalah tidak benar dan ia tindakan cuba mengelirukan masyarakat bukan Islam.

Lebar isu ke negeri lain
Mereka mengambil kesempatan atas penarikan balik rang undang-undang berkenaan dan cuba pula melebarkan isu itu ke negeri lain.

Gesaan ini sebenarnya menggunakan hujahan dan fakta yang tidak tepat serta mengelirukan masyarakat kerana undang-undang di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Melaka dan Sarawak adalah bertepatan kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Fasal (3) dalam Perkara 12, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: “Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
Manakala Fasal (4) dalam Perkara 12 pula memperuntukkan: “Bagi maksud Fasal (3) agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.”

Isu dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan ini bukan lagi satu masalah yang perlu diselesaikan atau ditafsirkan.

Dalam kes R Subashini (Subashini a/p Rajasingam lwn. Saravanan a/l Thangathoray & Ors (2008) 2 MLJ 147 FC di Mahkamah Persekutuan dan kes Nedunchelian V Uthiradam lwn. Nurshafiqah Mah Singai Annal & Ors (2005) 2 CLJ 306 yang dirujuk dalam penghakiman Subashini, Mahkamah Persekutuan sudah pun membuat tafsiran terhadap Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Hak tentukan agama anak
Mahkamah Persekutuan mentafsirkan perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12 (4) sebagai mufrad atau satu, yakni hak menentukan agama seseorang kanak-kanak berumur bawah 18 tahun adalah bergantung kepada salah seorang sama ada ibu atau bapa atau penjaga.

Keputusan ini bukan saja terpakai kepada orang Islam, juga bukan Islam. Maksudnya, agama anak di bawah umur 18 tahun boleh juga ditentukan oleh ibu atau bapa atau penjaganya yang bukan Islam. Jadi dakwaan ibu bapa bukan Islam tidak mempunyai peluang untuk mendapat keadilan adalah tidak benar dan ia tindakan cuba mengelirukan masyarakat bukan Islam.

Maka, peruntukan mengenai persetujuan salah seorang ibu atau bapa atau penjaga yang terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah) 2008, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Melaka) 2002 dan Ordinan Majlis Islam (Sarawak) 2001, adalah tidak bersalahan dengan kehendak Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan selaras keputusan Mahkamah Persekutuan.

Contohnya, seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 memperuntukkan: “Bagi maksud bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal, sudah mencapai umur 18 tahun. Jika belum mencapai umur 18 tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.”

Begitu juga peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Sabah) 1992, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 dan Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).
 
Penarikan balik rang Undang-undang Bil. 1/2013 telah mengekalkan status quo seksyen 95 akta itu, yang mempunyai peruntukan sama seperti lima negeri berkenaan. Akta 505 ini telah dikuatkuasakan sejak 1993, dan ia tidak menimbulkan sebarang ketidakharmonian atau kegelisahan antara kaum, bukan seperti dakwaan pihak berkenaan.

Kuasa Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir yang berperanan menentukan sama ada undang-undang digubal di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sah atau tidak. Mahkamah juga berkuasa untuk menyelesaikan masalah pertikaian undang-undang antara negeri atau kerajaan Persekutuan dengan sesebuah negeri.

Sebagai mahkamah yang tertinggi, maka apa-apa keputusan atau tafsiran dibuat oleh Mahkamah Persekutuan ini mengikat kesemua mahkamah bawahan termasuk Mahkamah Syariah dan juga keputusan yang dibuat Kabinet.

Sebenarnya peruntukan dalam enakmen Selangor, Terengganu, Pulau Pinang dan Perlis yang masih memperuntukkan seorang anak hanya boleh memeluk agama Islam selepas mendapat kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa, adalah tidak selaras dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Maka, kerajaan negeri berkenaan yang perlu digesa mengambil tindakan sewajarnya untuk meminda peruntukan berkaitan supaya selaras dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi di alamat sekretariatpgsm@yahoo.com
Sharing is caring ^_^

Saman & Pernyataan Tuntutan (Hak Jagaan Anak/ Hadanah)



BORANG MS 2
DI NEGERI …………..
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH ………..

DALAM PERKARA TUNTUTAN HADHANAH

KES MAL NO :                                     -TAHUN 2013

ANTARA

NAMA PLAINTIF (PEMOHON)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                                … PLAINTIF
DENGAN
NAMA DEFENDAN (PENENTANG)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                             … DEFENDAN

SAMAN

Kepada:

            Nama Defendan/Penentang
            Alamat Penentang.

Anda dengan ini di saman supaya hadir sendiri atau melalui Peguam Syarie anda dihadapan Mahkamah Tinggi Syariah di ………………… pada hari ini ............... pada ……………… haribulan…………………, 2013, pukul……………pagi/petang untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh pihak Plaintif yang dinamakan di atas, yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam Saman dan Pernyataan Pembelaan yang diendorskan di sini.

AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingkar hadir ke Mahkamah pada hari ini dan masa yang telah ditetapkan , Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan tanpa kehadiran anda.

DAN AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan ini, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan memyampaikan kepada Responden suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh tersebut.


Bertarikh pada                                    haribulan,                                2013.




(METERAI)                                                                          ..................................
Hakim/Pendaftar

(mulakan di page baru)
BORANG MS 3
DI NEGERI..........
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

DALAM PERKARA TUNTUTAN HADHANAH

KES MAL NO :                                     -TAHUN 2013


ANTARA

NAMA PLAINTIF (PEMOHON)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                              … PLAINTIF
DENGAN
NAMA DEFENDAN (PENENTANG)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                           … DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1.         Plaintif adalah bekas isteri/suami kepada Defendan dan beralamat di ………..

2.         Defendan adalah bekas isteri/suami kepada Plaintif dan beralamat yang diketahui di ………..

3.         Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada ……………. di …………………….

4.         Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan ……….. orang anak iaitu:-

            i) …………………………….              No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
            ii) …………………………….             No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
           
(Sesalinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran anak-anak tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai Lampiran “A”)

5.         Plaintif telah melafazkan cerai talaq satu kali pertama (1) di luar Mahkamah pada ………… dan perceraian tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah ………… pada ………………..

(Sesalinan Perintah Penceraian bertarikh ………….. dilampirkan bersama dan ditandakan sebagai Eksibit “B”)

6.         Plaintif merasakan bahawa Plaintif lebih layak menjaga anak-anak tersebut kerana kebajikan dan keselamatan anak tersebut tidak akan terjamin sekiranya mereka diletak dibawah jagaan dan pengawasan Defendan. Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:-

            6.1) Defendan tidak boleh menyediakan tempat tinggal yang sesuai bagi anak-anak tersebut secara sempurna untuk pembesaran anak-anak;

            6.2) Defendan seorang yang tidak bekerja tetap.

7.         Seterusnya Plaintif merasakan beliau lebih layak untuk mendapatkan hak jagaan ke atas anak tersebut di mana Plaintif mampu memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anak, keselamatan serta kebajikan anak tersebut akan lebih terjamin. Ini berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut:-
           
            7.1) Plaintif adalah ibu/bapa kandung kepada anak tersebut dan orang yang paling layak mendapat hak jagaan. Pemohon juga mampu memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak tersebut;

            7.2) Plaintif adalah seorang yang beragama Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian seperti melaksanakan ibadat solat, dan berpuasa. Selain itu Plaintif juga mengambil berat tentang didikan agama terhadapa anak tersebut;

            7.3) Plaintif adalah seorang yang berkelakuan baik pada Islam di mana beliau juga tidak akan menganiaya atau memukul anak tersebut melainkan dengan tujuan mengajar atau mendidik.  
              
        7.4) Plaintif mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa dan sesuai dengan pertumbuhan emosi dan pembesaran anak-anak tersebut;

8. Berdasarkan keterangan-keterangan di atas maka Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah yang mulia ini perintah tersebut seperti berikut:- 
           
a)         Hak penjagaan kekal anak bernama ..................................... (No. K/P:  ……………………) diserah kepada Plaintif.

b)         Hak lawatan diberikan kepada Defendan pada bila-bila masa yang munasabah.

c)         Hak jagaan anak-anak bernama:-
             i) …………………………….             No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
            ii) …………………………….             No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
           
            diberikan kepada Defendan sehingga ada perintah-perintah lain.

d)         Plaintif diberi hak lawatan terhadap ….. orang anak tersebut sepertimana berikut:-

            a. Plaintif diberikan hak lawatan, bersama yang adil dan mencukupi, bersesuaian dengan anak-anak tersebut pada bila-bila masa yang munasabah;
            b. Plaintif diberikan hak untuk bermalam pada setiap minggu  pertama dan ketiga setiap bulan iaitu diambil pada petang Jumaat di rumah Defendan dan hantar semula pada petang Ahad sehingga ada perintah-perintah lain;
            c. Plaintif dibenarkan bersama, bermalam dengan anak-anak tersebut pada setiap pertengahan cuti persekolahan dan berterusan sehingga ada  perintah-perintah lain;
            d. Plaintif dibenarkan berhari raya Aidilfitri tahun....... bersama anak-anak pada hari raya pertama dan kedua manakala Defendan dibenarkan beraya bersama anak-anak pada hari raya kedua dan kelima secara bergilir-gilir setiap tahunsehingga ada perintah-perintah lain;
            e. Manakala pada hari raya Aidiladha tahun........, Plaintif dibenarkan untuk bersama dengan anak-anak pada hari raya pertama dan kedua. Defendan pula dibenarkan untuk beraya dengan anak-anak pada hari kedua hingga kelima secara bergilir-gilir sehingga ada perintah-perintah lain;
            f. Plaintif diberi kebebasan untuk mengambil anak-anak tersebut sekiranya berlaku kematian atau kecemasan pada bila-bila masa;
            g. Plaintif diberi hak untuk bersama atau bermalam pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa Plaintif;

e)         Kos ditanggung oleh pihak masing-masing.
f)          Apa-apa perintah atau relief yang difikirkan manfaat oleh Mahkamah yang mulia



                   Bertarikh pada                           haribulan                       , 2013.





                                                                                                        ……………………………………………..
                                                                                                      Peguam Syarie Plaintif / Plaintif 



           

PERNYATAAN TUNTUTAN ini telah difailkan oleh Plaintif/ Peguam Syarie bagi Plaintif yang mempunyai alamat untuk penyampaian di ……………………………………….
(Ruj. Kami: ……………………………..)
Tel: ……………………… Fax: ……………………….

Sharing is caring ^_^