Dalam
Islam, istilah kanak-kanak merujuk kepada seseorang yang belum baligh.[1]
Sebelum kanak-kanak mencapai umur baligh, mereka akan melalui peringkat sebelum
mumayyiz dan peringkat mumayyiz.
Peringkat sebelum mumayyiz bermula dari saat kelahiran seseorang
kanak-kanak sehinggalah usianya mencapai tujuh tahun. Sepanjang tempoh ini,
kanak-kanak belum mampu membezakan antara yang baik dengan yang buruk serta
tidak dapat memahami kesan atau akibat bagi sesuatu perbuatan dan belum
mempunyai keupayaan untuk memahami (idrak). Peringkat umur ini, kanak-kanak disebut sebagai kanak-kanak
yang belum mumayyiz.[2]
Peringkat mumayyiz akan bermula apabila kanak-kanak telah cukup
umur tujuh atau lapan tahun.[3]
Penetapan umur tujuh tahun sebagai umur mumayyiz adalah berdasarkan Hadith yang
diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Rabic bin Sabrah dan ayahnya
daripada datuknya yang bermaksud:
مُرُوْا
أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاْءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ
عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاْءُ عَشْرِ سِنِيْنَ
“Ajarlah
(atau suruhlah) kanak-kanak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan
pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun”.[4]
Pemahaman daripada Hadith di atas adalah suruhan Rasulullah (s.a.w)
kepada ibu bapa supaya mengajar solat kepada kanak-kanak apabila usia mereka
mencapai tujuh tahun. Pengajaran tentang mendirikan solat tidak dapat dilakukan
melainkan seseorang itu mempunyai kemampuan berfikir. Secara tidak langsung,
Hadith ini menerangkan kemampuan berfikir akan wujud apabila seseorang
kanak-kanak berusia tujuh tahun. Oleh itu, kanak-kanak yang sudah mencapai
tahap pemikiran tamyiz disebut sebagai kanak-kanak mumayyiz.[5]
Apabila kanak-kanak mencapai umur baligh, mereka dianggap mempunyai kemampuan
berfikir dan boleh membuat keputusan yang munasabah mengenai sesuatu perkara
terutama yang berkaitan dengan dirinya.
Cara untuk menentukan baligh seseorang kanak-kanak ialah melalui
baligh secara tabi’i dan baligh berdasarkan umur. Kanak-kanak perempuan
dianggap mencapai umur balgh apabila didatangi haid[6]
dan bagi kanak-kanak lelaki apabila keluar air mani.[7]
Manakala penentuan baligh berdasarkan umur ditentukan apabila tanda-tanda
fizikal tidak berlaku pada tubuh badan kanak-kanak. Oleh itu, fuqaha’
meletakkan tahap umur tertentu sebagai umur baligh. Mengikut mazhab Hanafi,[8]
Shafi’i,[9]
dan Hanbali,[10]
seseorang kanak-kanak dianggap sebagai baligh apabila berusia lima belas tahun.[11]
Bagi mazhab Maliki[12]
pula menghadkan umur tujuh belas tahun sebagai umur baligh.
[1] Jalal al-Din cAbd
Rahman al-Suyyutiy. t.th. al-‘Ashbah wa al-Naza’ir fi qawacid wa furuc fiqh al-Shaficiyyah. Al-Halabi: Kaherah. Hlm. 240; Zayn al-cAbidin bin Ibrahim bin Nujaym. al-‘Ashbah wa al-Naza’ir cala madhhab Abi Hanifah al-Nucman. 1378H/1968. Mu’assasah
al-Halabi: Kaherah. Hlm. 306. “Tiga orang yang tidak dikira sebagai
bertanggungjawab ke atas perbuatannya, iaitu seorang yang tidur sehingga dia
sedar daripada tidurnya, seorang kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan
seorang yang gila sehingga dia siuman”. al-Darimiy. Sunan. Kitab al-Hudud, Bab Rafcu al-qalam can thalath.
[2] cAbd
al-Qadir cAwdah.
1994. al-Tashric al-Jina’i al-Islami: Muqaranan bi
al-Qanun al-Wadci. Jil. 1. Ed. Ke-13. Mu’assasah
al-Risalah: Beirut. Hlm. 601.
[3] Al-Hisniy. Kifayah al-Akhyar. Jil. 2. Hlm.
151; Muhammad Abu Zuhrah. t.th. al-Jarimah wa al-Uqubah. Dar al-Fikr al-cArabi: Kaherah. Hlm.
162.
[4] Abu Dawud. Sunan. Kitab al-Salah. Bab Mata Yu’mar al-Ghulam bi al-Salah; al-Tirmidhiy. Sunan. Kitab al-Salah. Bab Ma Ja’a Mata Yu’mar al-Ghulam bi al-Salah.
[6] Pendapat ini
berdasarkan Hadith Nabi (s.a.w) bahawa Asm’ bin Abu Bakar masuk ke rumah
Rasulullah (s.a.w) dengan berpakaian yang nipis, lalu baginda berpaling
daripada melihatnya dan bersabda: “Wahai Asma’! Apabila seseorang perempuan itu
mencapai umur haid (baligh), maka tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan
ini”- sambil baginda tunjukkan pada muka dan dua tapak tangannya. Lihat Abi cAbda Llah Muhammad bin Idris al-Shaficiy.
al-Umm. Jil. 2. al-Dar al-Misriyyah: Mesir. 1321H. Hlm.223. Lihat juga Abu Dawud. Sunan, Kitab al-Libas. Bab fi ma tubdi al-mar’at min zinatiha;
[7] Abi Ishaq al-Shiraziy. t.th. al-Muhadhdhab. Jil. 1. Maktabah cIsa al-Babi al-Halabi: Mesir. Hlm. 330; al-Darimiy. Sunan,
Kitab al-Hudud, Bab Rafcu
al-Qalam can thalath; ibid.,
al-Shaficiy.
al-Umm. Jil. 2. Hlm. 223; Abi Muhammad cAbda Llah
bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah. 1969. Al-Mughni. Jil. 4. Maktabah al-Qahirah. Hlm. 345.
[8] Ibn al-Hummam.
Sharh fath al-qadir. Jil. 30; al-Sarakhsiy. Al-Mabsut. Jil. 6. Hlm. 46.
Pendapat yang mengatakan lima belas tahun sebagai umur baligh adalah
berdasarkan pendapat Abu Yusuf dan Muhammad. Abu Hanifah diriwatkan meletakkan
umur tujuh belas tahun bagi lelaki dan perempuan sebagai umur baligh dan dalam
satu riwayat lain pula dikatakan pada umur lapan belas bagi lelaki dan tujuh
belas tahun bagi perempuan. Lihat ibid., Ibn Qudamah. 1969. Al-Mughni. Jil. 4. Hlm.
346.
[9] ibid., al-Shiraziy. t.th. al-Muhadhdhab. Jil. 1. Hlm. 330; Ibn Qudamah. 1969. Al-Mughni. Jil. 4. Hlm.
346; al-Shaficiy.
al-Umm. Jil. 2. Hlm. 223; Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubiy dan Shihab al-Din Ahmad
al-Barlasiy. 1956. Hashiyatani Qalyubiy wa cUmayrah. Jil. 2. Ed.
Ke-2. Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi: Mesir.
[10] Shams al-Din Muhammad bin cAbad
Llah al-Zarkashiy. 1993. Sharh al-Zarkashiy cala mukhtasar al-Kharqiy. Maktabah al-cAikan: Riyad. Hlm. 95.
[11] Abu Dawud. Sunan, Kitab al-Hudud, Bab fi al-Ghulam Yusib al-hadd; al-Tirmidhiy. Sunan, Kitab al-Jihad, Bab ma ja’a fi had al-bulugh al-rajul wa mata
yufrad
lahu.
[12] Shams al-Din Muhammad al-Dusuqiy. t.th. Hashiyah al- Dusuqiy cala al-Sharh al-Kabir. Jil. 3. Maktabah Zahran: Kaherah. Hlm.
293.