Menjaga alat
kelamin adalah perlu
selain kedudukannya yang tidak dapat dilihat secara langsung (tersorok). Namun penjagaannya
perlu dilakukan dan berikut ini mengenai tips menjaga
alat kelamin, baik lelaki atau wanita.
Lelaki dan wanita memiliki alat kelamin yang berbeza termasuk bentuk, struktur
kegunaan dan fungsinya. Dan sudah tentu jagaannya juga berbeza. Vagina yang
dimiliki oleh wanita mudah terkena infeksi dan
iritasi, berbeza dengan penis yang dimiliki oleh lelaki kerana
sebagian besar kulitnya cukup tebal sehingga
lebih tahan terhadap iritasi dan infeksi.
Dalam
menjaganya, ramai yang seringkali salah, seperti contoh, wanita sering
membersihkan alat kelaminnya menggunakan sabun biasa atau cairan
pembersih yang
tidak jelas kandungannya, atau meletak bedak, bahkan menyembur perfume / pewangi
pada vagina. Bagi lelaki juga misalnya menggunakan pakaian dalam yang ketat, hal
ini dapat menimbulkan permasalahan lainnya.
Dan
berikut ini beberapa tips menjaga
alat kelamin kita;
1. Setelah buang air kecil atau besar
Rajin-rajinkan
mencuci bahagian luar alat kelamin dengan air dan sabun. Untuk wanita, siramlah
dengan air dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya. Hal ini untuk
mencegah masuknya kuman dari dubur ke vagina. Bagi lelaki, cukup hanya
membersihkan dengan air bersih.
2. Kebersihan pakaian dalam
Sepatutnya
dalam sehari, minima menggantikan pakaian
dalam adalah sebanyak dua kali untuk menjaga kebersihan. Selain itu pilihlah pakaian
dalam yang dapat mudah menyerap peluh, kerana jika tidak kuman boleh menempel
pada alat kelamin. Hindari untuk saling bertukar / berkongsi pakaian dalam
dengan orang lain bahkan dengan ahli keluarga sendiri, kerana setiap orang
memiliki keadaan kelamin yang berbeza.
3.
Menggunakan tandas awam
Siramlah sebelum
‘flush’. Hal ini untuk mencegah penularan jika ada pengguna
lainnya adalah penderita penyakit kelamin. Sebaiknya gunakan selalu air yang mengalir
(air paip) dan hindarkan daripada menggunakan air yg terdedah, kerana menurut
kajianan air yang tergenang / terdedah di tandas awam mengandung 70% bakteria
candida albicans (penyebab keputihan dan rasa gatal pada vagina).
4. Merawat rambut yang tumbuh di sekitar alat kelamin
Elakkan membersihkan
bulu di kawasan kemaluan dengan cara mencabut kerana akan ada lubang pada bekas
bulu kemaluan tersebut dan menjadi jalan masuk bakteria, kuman, dan lain
sebagainya.selain itu ia dapat menimbulkan iritasi dan penyakit kulit. Penjagaan
bulu itu disaran dirapikan dengan memendekkan, dengan gunting atau dicukur. Perlu diketahui setelah menggunakan, simpan dalam tempat
yang bersih dan
kering, jangan di tempat yang lembab dan jangan menggunakannya
secara bergantian bahkan dengan suami/isteri.Seelok-eloknya guna & buang.
Rambut-rambut
tersebut berfungsi untuk kesihatan alat kelamin, iaitu berguna untuk merangsang
pertumbuhan bakteria baik yang melawan bakteri jahat serta menghalang masuknya
benda asing kecil ke dalam vagina, menjaga alat kelamin tetap hangat
dan penting dalam hubungan seksual. Oleh itu,
kita perlulah rajin menjaganya agar tidak menjadi sarang kutu dan bakteria.
5. Pemakaian
pantyliner
Pemakaian
pantyliner tidak digalakkan diguna setiap hari, sebaiknya Pantyliner hanya
digunakan ketika keputihan. Lebih baik jika membawa pakaian dalam sebagai pengganti
daripada menggunakan pantyliner setiap hari.
6. Hindari
menggunakan pakaian dalam dan jeans yang sangat ketat
Memakai pakaian
dalam dan jeans yang terlalu ketat di kawasan sulit dapat menyebabkan kulit
susah untuk bernafas dan akhirnya dapat menyebabkan kawasan tersebut berpeluh,
lembab, mudah terkena penyakit dan iritasi.
7. Hindari
untuk menyemprot minyak wangi / parfum ke dalam vagina
8. Setia pada
pasangan sendiri
Hal ini juga
merupakan salah satu tips menjaga
alat kelamin. Ia mengelakkan penyakit bawaan seks bebas seperti 'siplis'.
9. Jangan
malas mengganti pembalut
Bagi para
wanita yang sedang haid, jangan malas mengganti tuala wanita kerana ketika itu,
kuman mudah untuk masuk dan tuala yang telah ada gumpalan darah merupakan
tempat berkembangnya bakteria. Gantikan setiap 4 jam sekali, 2-3 kali sehari
atau sudah merasa tidak selesa. Jangan lupa bersihkan vagina sebelum memakai
tuala yang baru.
10.
Pemeriksaan rutin
Lakukan pemeriksaan
rutin pada alat kelamin. Jika merasakan sesuatu yang di luar kebiasaan seperti bau
yang kurang sedap dan gatal-gatal pada alat kelamin, segeralah berjumpa dengan
doktor.
Sumber: berbagai sumber di internet
p/s: ~“Kecantikan ‘dalaman’ mempengaruhi
kecantikan luaran seseorang”~
0 comments:
Post a Comment