[1996] 4 MLJ 171
Khoo Cheng Nee v Lubin Chiew Pau Sing
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — DIVORCE PETITION NO
33–244–93
Judges ABDUL WAHAB PATAIL JC
Date 5 JANUARY 1996
Citation [1996] 4 MLJ 171
Khoo Cheng Nee v Lubin Chiew Pau Sing
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — DIVORCE PETITION NO
33–244–93
Judges ABDUL WAHAB PATAIL JC
Date 5 JANUARY 1996
Citation [1996] 4 MLJ 171
Catchwords:
Family Law — Children — Custodianship — Application for — Welfare of children paramount though not sole consideration — Whether the welfare of each child must be considered separately when there is more than one child — Whether improvement to welfare is sufficient to justify change of custody — Whether advantages are real and not merely promissory or speculative — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 88(3) & (4)
Family Law — Children — Custodianship — Application for — Factors to be considered — Adultery by petitioner — Whether adultery sufficient ground to disqualify a mother from obtaining custody — Limited financial means of petitioner — Whether petitioner will be able to exercise her rights of access if custody given to respondent
Bahasa Malaysia Summary:
Pempetisyen memohon untuk pembubaran perkahwinannya dengan penentang dan, antara lainnya, untuk jagaan kedua anaknya yang berumur tujuh dan sepuluh tahun masing-masing bersama dengan nafkah bulanan sebanyak RM1,000 seorang anak. Dalam jawapannya, penentang juga memohon untuk perkahwinan itu dibubarkan tetapi jagaan kedua anaknya diberikan kepadanya. Sebahagian besar hayat kedua budak itu, mereka telah tinggal bersama ibu mereka. Di antara pengataan yang lain, penentang telah mengatakan bahawa pempetisyen hidup dalam keadaan yang tidak bermoral dengan lelaki-lelaki lain, dan oleh itu, tidak sesuai untuk mendapatkan jagaan kedua anaknya. Pempetisyen mengaku mengenai hubungannya dengan lelaki-lelaki lain dan juga bahawa keadaan kewangannya tidak menentu.
Diputuskan:Diputuskan, memberikan jagaan kedua anak itu kepada pempetisyen tetapi penentang masih menjadi penjaga di sisi undang-undang:
(1) Kehendak kedua ibu bapa mengenai jagaan berlawanan di antara satu sama lain, oleh itu kebajikan budak itu adalah pertimbangan yang utama walaupun bukan satu-satunya pertimbangan yang perlu. Di sini, mahkamah perlu menentukan soal jagaan kedua budak itu. Di mana persoalan yang harus dipastikan adalah mengenai jagaan lebih daripada seorang anak, di bawah s 88(4) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’), kebajikan setiap anak mesti dipertimbangkan berasingan. Di dalam kes ini, kedua budak itu mempunyai jantina yang sama dengan perbezaan umur tiga tahun sahaja yang menjelaskan kerapatan mereka di antara satu sama lain. Ia hanya akan menambahkan trauma mereka dengan persengketaan di antara ibu bapa mereka jika mereka dipisahkan pada masa ini. Maka, demi kepentingan kedua budak itu, mereka tidak patut dipisahkan dalam mana-mana keputusan mengenai jagaan (lihat ms 178H–I, 179B–D).
(2) Di bawah bahagian kedua s 88(3) Akta itu, adalah tidak digalakkan untuk mengganggu kehidupan seseorang budak dengan penukaran jagaan. Pihak yang memohon satu perintah jagaan yang lain daripada aturan hidup semasa budak itu mesti menunjukkan bahawa dia dapat memberikan faedah-faedah yang lebih baik terhadap kebajikan budak itu. Mahkamah mesti menilai sama ada perbaikan kebajikan budak itu mencukupi untuk menjustifikasikan gangguan kepada kehidupan budak itu dengan pertukaran jagaan itu. Adalah perlu ditunjukkan bahawa terdapat faedah-faedah yang positif ke atas kebajikan kanak-kanak itu melalui pertukaran itu. Faedah-faedah itu mestilah sebenar dan bukan hanya sekadar perjanjian atau spekulatif sahaja. Di sini, kedua budak itu telah hidup bersama ibu mereka hampir sepanjang hayat mereka dan faedah-faedah yang disebut oleh responden hanyalah spekulatif. Dia sepatutnya mendirikan rumah yang stabil sebelum membuat permohonan ini (lihat ms 179D–F, I).
(3) Walaupun kelakuan pempetisyen sememangnya diragui, apa yang dikhuatiri adalah apakah yang sebenarnya kedua budak itu terdedah kepada, dan sama ada ia adalah bertentangan dengan kebajikan mereka. Kelakuan zina, walaupun tidak disukai oleh masyarakat, dengan sendirinya bukan menjadi alasan yang cukup untuk tidak melayakkan seseorang ibu daripada mendapat jagaan anak-anaknya. Hanya dengan kehadiran orang lain dalam hidup pempetisyen tidak semestinya dengan sendirinya tidak baik untuk kedua anaknya (lihat ms 180G–I, 181A–B; Loura Dorris a/p Laurence v Thuraisingam a/l James [1995] 2 MLJ 229 dibeza).
(4) Jika jagaan diberikan kepada penentang, beliau akan membawa budak itu ke Kota Kinabalu. Keupayaan pempetisyen menggunakan apa-apa perintah akses sangatlah terhad memandangkan keadaan kewangannya. Jika jagaan diberikan kepada pempetisyen, penentang, dengan sumber kewangan yang lebih baik, berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menggunakan hak aksesnya (lihat ms 181C).
(5) Nafkah budak itu harus menjadi tanggungjawab bersama kedua-dua pempetisyen dan penentang. Mengambil gaji penentang sebagai RM3,000, perbelanjaan yang murah hati untuk budak itu adalah 30%. Memandangkan wang yang diperlukan untuk tambang penerbangan untuk melawat budak itu, jumlah yang ada untuk budak itu adalah lebih kurang 20% gaji penentang. Penentang oleh itu harus membayar nafkah sebanyak RM300 sebulah untuk setiap budak itu (lihat ms 181F–G, 182A–B, 183B).
Per curiam
Mahkamah biasanya menyokong ibu atau bapa yang paling dapat mengekalkan kestabilan persekitaran budak itu. Tidak terdapat taraf yang tetap mengenai apa yang dimaksudkan oleh ‘kestabilan’, tetapi seseorang hakim akan mencari kesinambungan dalam kehidupan seseorang budak. Setakat mana yang boleh, seseorang hakim akan cuba mengekalkan kesinambungan di dalam, contohnya, sekolah budak itu, pertalian komuniti dan agama budak itu (lihat ms 182C–D).]
Admin: MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia.
0 comments:
Post a Comment