This pic hv big meaning 2 me.. |
Hidup ini xindah yg diharapkan. Sebagai hamba-Nya, kita akan sedar setiap dugaan setiap ujian yg mendatang adalah untuk menguatkan iman & taqwa kita kpd-Nya. Ujian yg dtg xkira dlm apa jua bentuk. Ada yg dtg secara lahiriah, yg nampak di mata seperti kematian org yg dicintai. Sungguh pilu hati & sayu untuk melaluinya. Namun tidak kurang juga ujian kesempitan hidup..kekurangan kewangan. Sebagai seorang pelajar, aku terasa peritnya ujian yg menimpa hidup ini. Tatkala aku tidak mendapat mana2 tajaan bagi meneruskan pengajian, di situlah letaknya ujian. Aku terpaksa bekerja part-time walaupun hanya seketika. Simpananku di Tabung Haji makin lama makin susut. Resahnya hati tak terkira. Bukan mengira wang. Bukan materialistik tp wang itulah wang membuatku resah kerana ia penting bg meneruskan kelangsungan hidup sebagai seorang pelajar. Ketika bekerja part-time itulah aku pernah ponteng kelas. Ya Allah , maafkan lah daku. Umi, Abi...maafkanlah anakmu. Mungkin itu juga kaffarah krn duit yg aku peroleh hasil kerja part-time cepat sj habis. Langsung tidak sempat buat simpanan. Ya...ujian buatku.
Dalam bergelar seorang pelajar, aku kadang2 jeles dgn rakan2ku yg telah bekerja & memperolehi pendapatan sendiri & xkurang juga yg menamatkan zaman bujang. Aku selalu membayangkan, jika aku kerja nanti (stabil & tetap) inginku ringankan beban ibuku..beban kewangan keluarga. Di tambah pula dgn adikku yg sedang sakit. Huh...ya Allah kuatkanlah semangatku. Aku insan lemah. Dek kerana itu aku harus berjuang menghabiskan pengajian ini yg hanya tinggal beberapa semester walaupun duit di tangan hanya tinggal sejangkal cuma. Pernah beberapa org rakan bertanya kpdku, "aik! xhabis belajar lagi?" "cian awk keje part-time je.." "saya dh keje pegawai.... kat kementerian..." "untung saya sebab dh kerja, dh jd cikgu...kewangan skrg dh stabil" "saya rs mcm nk tukar kereta...nk ambk vios la plak...xbes kete lm". Hmmppp aku xjelez pn (huhu...)
Sebenarnya, aku pernah mendapat tawaran kerja dalam bidang perguruan...namun aku menolak kerana bimbang akan di hantar jauh ke sabah & sarawak. Aku xmau ke sana. Ibuku pernah menyuruh tp xpernah memaksa menerimanya. Bukan sekadar itu alasanku..bgku bidang itu tidak sesuai dgn jiwaku. Aku bukan suka melayani karenah budak2 kerana aku tau menjadi seorang guru bukan banya mengajar eja tulis baca ttpi juga mengajar & melayani anak2 murid ku. Tawaran yg diterima tersebut ditolak & akhirnya aku memilih untuk menyambung pengajian. Ketika belajar inilah, sekiranya aku terasa give up..rs penyesalan menolak tawaran perguruan kunjung tiba. Ya. Bak kata pepatah, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Tapi aku menyakinkan diri..ini semua ketetapan Yang Maha Esa. Dia tahu segala2 nya. Dia jugalah yg tahu hikmah di sebalik kejadian & takdir diriku. Aku redha ya Allah. Kerana aku tahu Engkau telah merancang yg terbaik buatku.
Surah Al-Baqarah, ayat 286. |
Oleh kerana itu, kata org Arab 'la budda' (tidak dapat tidak), aku mesti menghadapi apa sahaja yg aku berada sekarang. Ditakdirkan skrg aku bergelar student, aku mesti belajar bersungguh2 & menamatkan pengajian dengan jayanya. Aku tidak boleh patah semangat walaupun banyak halangan yg tiba sedikit sebyk menggugat imanku sebagai seorang pelajar. Ada yg beranggapan aku futher study hanya kerana mahukan kerjaya yg lebih lumayan gajinya. Tidak! Itu bukan niatku..aku hanya merasakan tidak puas bljr & mengadap buku walaupun aku bukan lah seorang yg pandai & cemerlang. Bagiku...ilmu yg aku dapat amat berguna untukku. Niatku hanyalah untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Ya Allah moga aku ditetapkan hati agar tidak lagi dari landasan-Mu & terpesong niat untuk belajar.
Syukran jazilan buat Umi & Abi yg banyak membantu anakmu ini dalam meneruskan pelajaran. Jasa kalian akanku kenang smpai bila2...
~(,")(",)~
0 comments:
Post a Comment