Monday 4 March 2013

Aktiviti Usrah Di Rumah Ilham



Pengenalan


Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 di mana ianya menyediakan kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama anak-anak ialah pada September 1999 iaitu seramai 30 orang. Sehingga kini setelah 5 tahun beroperasi, asrama yang diberi nama Rumah Ilham ini boleh dimuatkan sehingga 80 orang anak-anak hanya menempatkan 60 orang anak-anak sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Oleh kerana kawasan dan bangunan yang ada agak terhad, asrama ini hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja.

Yayasan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan disiplin meliputi fizikal, mental dan rohani. Yayasan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama akhlak dan tingkah laku juga adalah terpuji. Dengan ini mereka boleh menjadi harapan bukan sahaja keluarga bahkan pada agama, bangsa dan Negara

            Pengenalan

Kumpulan kami disertai oleh 40 orang pelajar dari berbagai-bagai program seperti syariah, teknologi maklumat, dan sebagainya. Penempatan kami adalah terletak di Asrama Jabatan Belia dan Sukan, Bukit Kiara. Kami disambut mesra oleh Tuan Haji Hanafiah b. Haji Yusof selaku penolong pegawai Belia dan Sukan dan Encik Mohamad Zaffa b. Mustaffa iaitu jurulatih Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan yang juga guru arobik kami sepanjang berada di sana. Penempatan yang disediakan amat memuaskan dan selah-olah berada di penginapan mewah. Kumpulan kami di pecahkan kepada dua iaitu satu kumpulan akan ke Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail dan satu lagi ke Perumahan Orang Asli Desa Temuan, Bukit Lanjan. Saya dikehendaki berada di Yayasan Anak-anak Yatim iaitu Rumah Ilham.

Objektif Program

  • Mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan kepada generasi muda intelek bagi mengukuh dan membangunkan jalinan intergrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat
  • Menggerakkan jentera atau tenaga muda iaitu mahasiswa belia sebagai pemimpin kepada perubahan sosial
  • Memberi kesedaran dan pemahaman kepada golongan intelek terhadap peranan dan tanggungjawab dalam pencapaian pembangunan modal insan
  • Membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasakan ilmu pengetahuan yang disalurkan melalui mahasiswa belia

Jadual Aturcara Perlaksanaan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT
Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
Kawasan Kepong / Segambut

Hari Pertama ( 15 Disember 2006 )
3.00 ptg                 -           Peserta tiba di Asrama Jabatan Belia dan Sukan, Bukit
                                          Kiara dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
                                          ( KUIS ), Bangi
4.00 ptg                 -           ‘Check in’/ Urusdiri
4.30 ptg                 -           Minum Petang
                              -           Suai kenal dan ‘ice breaking’
                              -           Pembahagian kumpulan
                              -           Senamrobik
6.30 ptg                 -           Berehat
                              -           Solat Maghrib
8.00 mlm               -           Makan Malam
8.30 mlm               -           Bicara Program Khidmat Muda Wawasan Desa IPT
                                          Bersama :
                                                 * AJK Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
                                                   * AJK Perumahan Orang Asli
                                                      Desa Temuan, Bukit Lanjan
11.00 mlm             -           Kudapan / Rehat

Hari Kedua ( 16 Disember 2006 )
7.30 pg                  -           Sarapan Pagi
8.00 pg                  -           Bertolak ke Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman
                                          Tun Dr. Ismail
                              -           Bertolak ke Perumahan Orang Asli, Desa Temuan Bukit
                                          Lanjan
9.00 pg                  -           Program Gotong-royong bersama Anak-anak Yatim
                                          di sekitar kawasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman Tun
                                          Dr. Ismail
·         Mengecat 4 blok bahagian dalaman asrama lelaki
·         Mengecat 1 bilik bahagian dalaman bilik bacaan
·         Mengecat pagar batu utama depan pejabat
·         Mengecat balconi asrama lelaki
·         Mengecat grill tangga setinggi 2 tingkat
·         Mengecat 4 bahagian dalaman bilik air
·         Kebersihan dalaman dan luaran
     10.30 pg                 -           Minum Pagi
                                    -           Gotong-royong diteruskan
     1.00 ptg                  -           Makan Tengahari
                                    -           Berehat
                                    -           Solat Zohor
     2.30 ptg                  -           Acara Gotong-royong diteruskan
     5.00 ptg                  -           Minum Petang
                                    -           Solat Asar
                                    -           Berehat / Urusdiri
     7.00 mlm                -           Solat Maghrib / Tazkirah / Bacaan Yaasin dan Tahlil
                                    -           Solat Isyak
                                    -           Makan Malam
                                    -           Bersama Anak-anak Yatim
     10.00 mlm              -           Pulang ke Asrama Jabatan Belia dan Sukan, Bukit Kiara

     Hari Ketiga ( 17 Disember 2006 )
     7.30 pg                   -           Sarapan Pagi
     8.30 pg                   -           Persiapan Sukaneka
                                    -           Senamrobik bersama Anak-anak Yatim dan penduduk
                                                Komuniti Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail
     9.00 pg                   -           Sukaneka Anak-anak Yatim dan penduduk Komuniti
                                                Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail
     11.15 pg                 -           Persiapan Majlis Penutup
     12.30 t/hari             -           Majlis Penutup Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT
     1.30 t/hari               -           Jamuan
                                     -          Bersurai



Perkara Positif

·         Mengeratkan hubungan antara pelajar dan penghuni rumah anak yatim serta kakitangan yang terlibat dalam perlaksanaan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail

·         Menanam rasa insaf dan bersyukur dalam diri akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri. Walaupun mereka berjauhan dari keluarga, namun mereka mampu berdikari meneruskan pengajian dan kehidupan di samping rakan-rakan serumah yang lain yang senasib dengan mereka.

·         Membina semangat dalam diri untuk membantu meningkat taraf hidup anak-anak yatim bukan sahaja di Rumah Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail sahaja malah di tempat lain juga. Semangat dan dorongan dari kita akan dapat menguatkan semangat mereka tanpa rasa malu berdepan dengan masyarakat.



Komen / Cadangan

  • Diharap program seumpama ini dapat diteruskan dan dilaksanakan pada masa akan datang terutama oleh pihak Rakan Muda
  • Sistem pengangkutan dikaji semula dari segi perlaksanaan kerana tidak lancer dan tidak tiba pada waktu yang ditetapkan sehingga boleh mengganggu jadual perjalanan program yang bakal dilaksanakan
  • Melanjutkan tempoh bersama anak-anak yatim lebih lama sehingga dapat mewujudkan keakraban antara kami.
Kesimpulan
Respond Mahasiswa
·         Rata-rata semua pelajar yang terlibat menjayakan program dengan jayanya dan menjalankan tugas seperti mengecat dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
·   Walaupun program ini hanya dilaksanakan dalam masa yang singkat namun kemesraan terpancar antara pelajar dan penghuni Rumah Ilham.

Respond Masyarakat
·      Masyarakat setempat menerima kehadiran kami dengan penuh mesra dan dilayani seolah-olah kami tetamu yang istimewa
·         Mereka sedia memberi tunjuk ajar kepada kami seandainya kami melakukan kesilapan atau tidak mahir dalam sesuatu perkara
·        Ada di kalangan mereka yang masih menghubungi kami dan kerap bertanya khabar walaupun kami tidak mempunyai pertalian namun hubungan yang terjalin seakrab perhubungan kami di sana


Sharing is caring ^_^

0 comments:

Post a Comment