Tuesday 23 April 2013

Kisah


Ligat. Lasak. Tak duduk diam. Semuanya ada pada diri anak kecil ini. Bimbang dirinya tergelincir atau terjatuh dalam bilik air yang licin dengan mandiannya.. Saya menamatkan kesabaran yang terbuku di hati dengan melepaskan satu das kutilan 'halus' ke pehanya. Haa.. Itulah hasilnya. Sedikit saguhati yang Ibu hadiahkan buat awak ramuan dari kebimbangan dan kegeraman yang awak cipta sendiri. Aduiiii.. Penatnya Abang..

Selesai part memandikan bukan bererti telah selesai episod menyiapkan dirinya. Berstatus Adam. Berusia 2 tahun. Namun, gaya dan kelincahannya memeningkan kepala saya. Ni baru sorang.. Kalau berdua macam manalah.. Hmmm.. Ya Allah.. Tingkatkanlah kesabaranku dalam proses membesarkan anak kecil ini.

Step pertama selepas naik mandi.. Keringkan rambut. Kalau rambut sendiri senang nak dirapi tapi ini rambut dia. Sambil dia terkedek-kedek kehulu ke hilir, hatiku mewakilkan suaranya sambil berkata ''Nak keringkan rambut saya, dapatkanlah saya'' . Satu hal la pulak kena main kejar-kejar semata-mata nak keringkan rambut awak. Hmm.. Tapi takpe. Cabaran disahut. Awak belum kenal lagi siapa Ibu awak ni. Pelari pecut berstatus Usain Bolt kot sewaktu di sekolah rendah dulu. You deal with wrong person dude. Ngeheheh.. Gotcha!! Dapat!! awak Ibu kepit. Tak boleh ke mana-mana. Hihi.. Rasakan..

Settle bahagian satu bersambung bahagian dua. Memakaikan baju. Persoalan timbul : Budak-budak memang tak suka pakai baju ke? Bukan main susah lagi kalau nak pakaikan baju untuk mereka. Segala aksi stunt, babak ngeri pasti keluar semata-mata nak pakaikan baju sahaja. Tapi akhirnya, Ibu berjaya. Awak kalah. Puas hati ibu tengok awak segak bersama baju dan seluar yang Ibu rasa smart.

Episod terakhir ke udara. Part yang saya akan bercakap-cakap dengan dia sambil menyikatkan rambutnya. Walaupun saya tahu, dia mungkin tidak memahami 100% apa yang saya kata.. '' Adam.. Bila Adam besar nanti, bila Ibu dah tak larat nak pakai baju sendiri.. Adakah Adam akan pakaikan baju untuk Ibu sebagaimana Ibu pakaikan baju untuk Adam pada hari ini ?? '' Tidak semena-mena dia mengangguk. Anggukkan yang penuh makna. Seperti dia memahami apa yang saya kata. Seperti dia berjanji kan menjaga saya. Terkedu. Diam saya seketika. Sambil diiringi linangan air mata, saya dakap tubuh kecil anak mulia ini. Di kala itu juga, saya teringatkan arwah emak yang bertanyakan soalan yang serupa ketika saya kecil dahulu.. '' Ain.. Ain akan pakaikan baju untuk mak nantikan, bila mak dah tua, bila mak dah tak larat memakai baju seperti biasa.. '' Aku mengangguk sambil menghadiahkan al-Fatehah buatnya - Semoga dikau aman di sana -

P/S : Siapa kita hari ni adalah hasil didikan daripada ibu bapa kita pada suatu ketika dahulu. Dan siapa anak kita akan datang adalah hasil dari didikan kita pada masa sekarang.. Oleh itu, buatlah pilihan yang terbaik untuk mereka. Sediakanlah acuan Iman dan Islam agar mereka tak tersalah memilih jalan. Agar ketika mana kita telah dibaringkan tanpa teman, datang sebaris doa dari mereka untuk menerangi liang persemadian kita yang amat kelam..

* Mohon kepada sesiapa yang ingin copy and paste kisah teladan ini, silalah sertakan sekali sumber asalnya. Semoga kita semua mendapat barakah, rahmah dan maghfirah dari Allah..

Sharing is caring ^_^

0 comments:

Post a Comment