DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
DI KUALA TERENGGANU
DALAM NEGERI TERENGGANU
DALAM PERKARA TUNTUTAN NAFKAH KEBELAKANGAN
SAMAN NO: XXXXX-TAHUN 2013
ANTARA
XXXXXXXX
(NO.
K/P: XXXXXXX) …PLAINTIF
DENGAN
XXXXXXXXX
(NO.K/P:
XXXXXXX) …DEFENDAN
PENGHUJAHAN
BERTULIS PEGUAM SYARIE DEFENDAN
Yang Arif Hakim,
FAKTA RINGKASAN DAN LATAR BELAKANG KES
1.
Ini adalah tuntutan
nafkah kebelakangan yang telah difailkan oleh Plaintif sebanyak RM25,300-00. Namun begitu, Defendan ingin membangkitkan
bantahan awal atas tuntutan Plaintif sebagaimana berikut:-
1.1
Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 22-03-2013 adalah
serta tidak mengikut prosedur kerana kes tersebut sepatutnya perlu dimulakan
dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah dan bukannya di Mahkamah Tinggi
Syariah ;
1.2
Tindakan plaintif menyalahi Seksyen 12 (2)
(B) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 kerana jumlah amaun yang
dituntut kurang daripada RM100,000-00 ;
1.3
Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi juga telah memprejudiskan ( “hak
merayu” ) Defendan kerana Defendan hanya mempunyai prosiding Rayuan ke
Mahkamah Rayuan Syariah sahaja yang mana kos rayuan akan membebankan Defendan
berbanding dengan prosiding Rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah ( sekiranya Defendan memfailkan Rayuan bagi
kes ini ) ;
1.4
Tiada apa-apa pun tuntutan telah dibuat oleh pihak Plaintif untuk
memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan di hadapan Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah ;
1.5
Tiada apa-apa pun Perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah telah
diperolehi oleh Plaintif untuk memindahkan prosiding kes ini ke Mahkamah Tinggi
Syariah sebagaimana peruntukan Seksyen 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
( Terengganu ) 2001 ;
1.6
Prosiding perbicaraan kes Nafkah kebelakangan ini adalah lebih wajar
dan adil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah ( Original Jurisdiction ) manakala prosiding di Mahkamah Tinggi
Syariah adalah prosiding Rayuan Nafkah kebelakangan ( sekiranya ada ) ;
1.7
Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah juga akan membuka
ruang kepada kes-kes lain yang sama jenis untuk difailkan dan dibicarakan di
Mahkamah Tinggi Syariah kelak serta akan menyebabkan berlakunya pertindihan
bidangkuasa antara kedua-dua mahkamah;
1.8
Tuntutan plaintif adalah suatu
proses penyalahgunaan kuasa mahkamah kerana menggunakan forum yang salah serta
wajar dibatalkan menurut peruntukan Seksyen 244 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001.
HUJAHAN-HUJAHAN
DEFENDAN
A)
Tindakan Plaintif Menyalahi Seksyen 12 (2) (B)
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 Kerana Jumlah Amaun Yang Dituntut
Kurang Daripada RM100,000-00
Tindakan plaintif yang memulakan Tuntutan Nafkah Kebelakangan
sebanyak RM 25,300-00
terhadap Defendan di Mahkamah Tinggi Syariah menyalahi Seksyen 12 (2) (B) Enakmen Mahkamah Syariah
(Terengganu) 2001 kerana jumlah amaun yang dituntut kurang daripada
RM100,000-00.
Seksyen 12. Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.
(1)
Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah
hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Terengganu dan hendaklah
diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.
(2)
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
(a)
…
(b)
dalam bidang kuasa malnya, mendengar
dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi
kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat
dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta
sepencarian).
(3)
Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh
dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluaskan
bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.
Oleh kerana itu, Mahkamah Tinggi Syariah tidak berbidangkuasa untuk
mendengar tuntutan Plaintif kerana menyalahi Seksyen 12 (2) (B) Enakmen
tersebut. Tuntutan Plaintif sepatutnya dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah
Kuala Terengganu sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 12 (2) (B) Enakmen
tersebut.
B)
Prosiding Perbicaraan Di Mahkamah Tinggi Juga
Telah Memprejudiskan ( “Hak Merayu” )
Defendan Kerana Defendan Hanya Mempunyai Prosiding Rayuan Ke Mahkamah Rayuan
Syariah Sahaja
Tuntutan Plaintif yang
difailkan di Mahkamah Tinggi juga telah memprejudiskan ( “hak merayu” ) Defendan kerana Defendan hanya mempunyai prosiding
Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah sahaja yang mana kos rayuan akan membebankan
Defendan berbanding dengan prosiding Rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah ( sekiranya Defendan memfailkan Rayuan bagi
kes ini ).
Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah adalah seperti berikut:
Seksyen 12 (2) (b) Enakmen Mahkamah Syariah
(Terengganu) 2001.
(2)
Mahkamah
Rendah Syariah hendaklah-
(a)
…
(b)
dalam bidang
kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang
Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika
amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu
ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak
termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).
Bidang kuasa Mahkamah
Tinggi Syariah diperuntukkan dalam Seksyen 11 (3) (b) Enakmen
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.
(3)
Mahkamah
Tinggi Syariah hendaklah-
(b)
dalam bidang
kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua
pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau
prosiding itu adalah berhubungan dengan-
(i)
pertunangan,
perkahwinan, ruju' , perceraian, pembubaran perkahwinan (nafkah kebelakangan),
nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan
dengan perhubungan antara suami isteri;
(ii)
apa-apa
pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang
dinyatakan dalam subperenggan (i);
(iii)
nafkah
orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah)
budak-budak;
(iv)
pembahagian
atau tuntutan harta sepencarian;
(v)
wasiat atau
alang semasa marad-al-maut;
(vi)
alang semasa
hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang
atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam;
(vii)
wakaf atau
nazar;
(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
(ix)
penentuan
orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang
beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu
berhak;
(x)
pengisytiharan
bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
(xi)
pengisytiharan
bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada
masa kematiannya; dan
(xii)
perkara-perkara
lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana
undang-undang bertulis.
Seksyen
13 Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
(1)
Rayuan
boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu
Mahkamah Rendah Rayuan Syariah-
(a)
…
(b)
dalam
bidang kuasa malnya-
(i)
oleh
mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun yang dituntut
itu tidak kurang daripada satu ribu ringgit;
(ii)
dalam
semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana
orang yang terkilan dengan keputusan itu; dan
(iii)
dalam
semua kes yang berhubungan dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana
orang yang terkilan dengan keputusan itu; dengan syarat tiada rayuan boleh
dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan; dan
(c)
dalam
apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberikan kebenaran untuk
merayu.
(2)
Dalam
mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh-
(a)
…
(b)
dalam
perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah
perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah
perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah
perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula.
Seksyen 16 Bidang Kuasa Pengawasan Dan Penyemakan
Mahkamah Tinggi Syariah
(1)
Mahkamah
Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke
atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika tampak perlu oleh Mahkamah
Tinggi Syariah itu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri
atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada
mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau
jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil, dan memeriksa
mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa
arahan yang dikehendaki demi keadilan.
(2)
Apabila
Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod sesuatu perkara atau prosiding di bawah
subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah tentang perkara atau
prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya
daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 58:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di
antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
dengan (suruhan Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Prosiding perbicaraan kes nafkah kebelakangan ini adalah lebih wajar dan
adil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah ( Original Jurisdiction ) kerana mendengar semua tuntutan jika amaun
kurang daripada RM 100,000-00 manakala prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah
adalah prosiding Rayuan Nafkah kebelakangan ( sekiranya ada ). Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah
juga akan membuka ruang kepada kes-kes lain yang sama jenis untuk difailkan dan
dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah kelak serta akan menyebabkan berlakunya
pertindihan bidangkuasa antara kedua-dua mahkamah.
C)
Tiada
Apa-apa Pun Perintah Dari Mahkamah Tinggi Syariah Telah Diperolehi Oleh
Plaintif Untuk Memindahkan Prosiding Kes Ini Ke Mahkamah Tinggi Syariah
Sebagaimana Peruntukan Seksyen 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (
Terengganu ) 2001
Kes ini sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu
yang lebih berautoriti dan berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes
ini, bukannya Mahkamah Tinggi Syariah. Tiada
sebarang perintah dikeluarkan dari Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana
peruntukan Seksyen 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu )
2001.
Seksyen 93. Tatacara Mengenai Pemindahan Daripada
Mahkamah Rendah Syariah Kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
Jika
suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemindahan mana-mana
prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah, maka
Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah fail prosiding itu, segala dokumen, ekshibit dan
salinan diperakui bagi nota keterangan, jika ada, dan Pendaftar hendaklah
memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18 kepada tiap-tiap pihak dalam
tindakan itu.
D)
Tiada
Apa-apa Pun Tuntutan Telah Dibuat Oleh Pihak Plaintif Untuk Memindahkan Kes
Tersebut Ke Mahkamah Tinggi Dan Dibicarakan Di Hadapan Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tuntutan daripada pihak Plaintif untuk
memindahkan kes nafkah kebelakangan tersebut daripada Mahkamah Tinggi ke
Mahkamah Rendah yang lebih berautoriti. Kaedah fiqh menyebut:
ﺍﻷﺼﻞ ﺑﻗﺎﺀ
ﻤﺎ ﻛﺎﻦ ﻋﻟﻰ ﻤﺎ ﻛﺎﻦ
Huraian:
Pada
asalnya sesuatu itu berkekalan kedudukannya seperti masa lalu (melainkan
terbukti ada perubahan).
Bidang
kuasa satu-satu Mahkamah juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan
Islam atau Hukum Syara’. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam
Madkur di dalam kitabnya berjudul Al-Qada’ fil Islam, terbitan Matbaah
Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, muka surat 54 beliau yang mana menyebut ;
هو أن يخصص ولى الأمر القاضى
عند تقليده القضاء أو بعد ذلك بنوع
معين من القضايا، كالأحوال الشخصية،
أو المدنى، أو
التجارى، أو الجنائى إلى
غير ذلك، فلا يصح
له أن ينظر
فى نوع اخر
غيره.
Yang bermaksud :
Bidangkuasa mengikut
jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim
semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan menentukan
bahawa Hakim itu mempunyai bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi
bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil,
undang-undang perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh
yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi
bidangkuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang
tidak diberi kepadanya.
E)
Tuntutan Plaintif Adalah Suatu Proses
Penyalahgunaan Kuasa Mahkamah Kerana Menggunakan Forum Yang Salah Serta Wajar
Dibatalkan Menurut Peruntukan Seksyen 244 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (
Terengganu ) 2001.
Seksyen 244. Kuasa Sedia Ada Mahkamah.
Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan
sebagai mengehadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat
apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan
penyalahgunaan proses Mahkamah.
KESIMPULAN
Defendan ingin
membangkitkan bantahan awal atas tuntutan Plaintif dengan mengemukakan beberapa
alasan. Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 22-03-2013 adalah
serta tidak mengikut prosedur kerana kes tersebut sepatutnya perlu dimulakan
dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah dan bukannya di Mahkamah Tinggi
Syariah. Tambahan pula, tiada apa-apa pun tuntutan telah dibuat oleh pihak
Plaintif untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan di
hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Lagipun. tiada apa-apa pun Perintah dari
Mahkamah Tinggi Syariah telah diperolehi oleh Plaintif untuk memindahkan
prosiding kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana peruntukan Seksyen 93
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001.
Prosiding
perbicaraan di Mahkamah Tinggi juga telah memprejudiskan ( “hak merayu” ) Defendan kerana Defendan
hanya mempunyai prosiding Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah sahaja yang mana
kos rayuan akan membebankan Defendan berbanding dengan prosiding Rayuan di
Mahkamah Tinggi Syariah ( sekiranya
Defendan memfailkan Rayuan bagi kes ini ). Prosiding perbicaraan kes nafkah
kebelakangan ini adalah lebih wajar dan adil dibicarakan di Mahkamah Rendah
Syariah ( Original Jurisdiction )
manakala prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah adalah prosiding Rayuan Nafkah
kebelakangan ( sekiranya ada ).
Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah juga akan membuka ruang kepada
kes-kes lain yang sama jenis untuk difailkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Syariah kelak serta akan menyebabkan berlakunya pertindihan bidangkuasa antara
kedua-dua mahkamah.
Bertarikh pada hb
, 2013
…………………………….………………
PEGUAM SYARIE DEFENDAN
PENGHUJAHAN BERTULIS PEGUAM SYARIE DEFENDAN ini difailkan oleh XXXXXX
Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.