Thursday 13 December 2012

'Baby Hatch' : Antara Kebaikan @ Keburukan?


Sebelum itu, elok kita baca berita terkini berkenaan 'baby hatch' ini.
Dua lagi pusat perlindungan bayi atau 'baby hatch' akan dibuka tidak lama lagi iaitu di Johor Bahru, Johor dan Kota Bharu, Kelantan dalam usaha berterusan memerangi kes pembuangan bayi terutama kelahiran luar nikah.

Pengerusi Yayasan OrphanCare Tan Sri Faizah Tahir berkata dua pusat itu  dijangka mula beroperasi pertengahan bulan ini dan pembukaan rasmi dirancang Mac depan.

"Perkhidmatan sebegini amat penting kerana 'baby hatch' dapat menempatkan bayi dengan selamat untuk ibu-ibu terdesak sebelum bayi diserah kepada penjaga baharu," katanya kepada pemberita selepas lawatan penyanyi Amerika, Jermaine Jackson dan isteri Halima Rashid ke ibu pejabat OrphanCare di Kampung Tunku di Petaling Jaya hari ini.

Faizah berkata apabila pusat di Bandar Baru Uda, Johor Baharu dan Pengkalan Chepa, Kota Baharu dibuka nanti, yayasan itu turut bercadang mewujudkan pusat perlindungan untuk remaja mengandung.

Lawatan itu dihoskan oleh penaung OrphanCare, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Jermaine, seorang daripada anggota kumpulan terkenal 'Jackson 5' yang dianggotai adik beradiknya termasuk adiknya penyanyi terkenal mendiang Michael Jackson, menghadiri pelancaran OrphanCare pada April 2009.

Faizah berkata pihaknya bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga bercadang membuka 'baby hatch' di Pulau Pinang tahun hadapan.

Beliau berkata 'baby hatch' yang disediakan di bangunan ibu pejabat OrphanCare itu menerima empat bayi tanpa sebarang dokumen serta 67 bayi yang diserah sendiri oleh ibu atau bapa mereka, sejak dibuka pada Mei 2010.

Tegas beliau, pihaknya sentiasa berhati-hati dalam memilih keluarga angkat untuk bayi yang diserahkan dengan memastikan hanya pasangan yang sesuai terpilih untuk mendapat hak penjagaan.

"Pemantauan ke atas bayi sering dilakukan selepas mereka diserahkan kepada keluarga angkat bagi memastikan mereka dijaga dengan baik, dan setakat ini semua bayi yang diambil keluarga angkat berada dalam keadaan baik dan selamat malah begitu dimanjakan," katanya.

Memetik statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Faizah berkata 31 bayi dibuang antara Januari dan Jun tahun ini manakala 98 bayi dibuang tahun lepas, 91 pada 2010, 40 pada 2009 dan 58 pada 2008.

Sementara itu, Sultanah Kalsom bertitah baginda gembira melihat perkhidmatan yang ditawarkan OrphanCare dihargai oleh masyarakat.

"Beta dapat lihat semakin ramai orang menggunakan perkhidmatan ini dan lebih banyak bayi diserahkan. Kita semua patut berasa gembira kerana nyawa manusia sedang diselamatkan," titah baginda.

Jermaine memuji perkhidmatan yang ditawarkan oleh OrphanCare, menyifatkannya sebagai 'penyelamat nyawa'.

"Mereka lakukan kerja yang hebat dalam memastikan bayi-bayi berada dalam jagaan baik. Bayi-bayi memerlukan sebuah keluarga dan adalah amat penting untuk mengasihi mereka," kata penyanyi itu yang berada di Malaysia untuk menjayakan konsert 'The Jacksons Unity Tour 2012' esok di Stadium Negara.

- Bernama


Dalam melihat perkara ini, kita perlu berbalik kepada kaedah perundangan Islam yang siaitu :

الأخذ بأخف الضررين
Terjemahan: memilih mudarat yang paling ringan daripada dua mudarat.

Penubuhan 'baby hatch' boleh menggalakkan zina & mengelakkan pembuangan bayi. Yang mana mudarat lebih berat dan utama?? Tanya pada diri..

Langkah penubuhan nampak ada positifnya, namun apabila diperhatikan secara mendalam..sepatutnya mencegah zina lebih aula lebih utama daripada mencegah pembungan bayi. Masalah yang menjadi punca dan dasarnya perlu diatasi..bukan mencegah selepas berlakunya masalah. Sepatutnya dilaksanakan preventive action untuk menghalang kes pembuangan bayi, bukannya corrective action. Walaupun kita buka lebih banyak cawangan 'baby hatch;, ia tidak memadai andai belenggu masalah pokok tidak diselesaikan. Di sinilah kita akan nampak kelebihan konsep hudud yang dianjurkan oleh Islam. Konsepnya menekankan pencegahan berbanding dengan mengatasi. Hudud adalah jalan terbaik supaya orang yang terfikir untuk berzina akan merasa takut. Hudud bukan untuk menghukum tetapi adalah untuk mengelak dan mengajar. Contoh paling mudah, konsert percampuran antara lelaki & wanita. (Kalau buat konsert, solat dulu, asingkan lelaki perempuan tak kisahlah....tu pn ada batasnya lagi) Tetapi kalau lelaki & wanita bergaul tanpa ada ikatan yang sah sampai berzina, tiba-tiba nak tubuhkan 'baby hatch' untuk lelaki bayi-bayi hasil hubungan haram, bukan salah penyanyi tu 100% pn salahkan pihak yang luluskan konsert itu. Misalan mudah, seorang bapa hisap rokok, tiba-tiba sound anak 'abah tangkap ko hisap rokok, abah akan pukul ko.' Jangan anggap mudah perkara ini kerana merasakan ia tak akan terjadi kat anak kita. Jangan cakap besar, esok-esok kalo anak perempuan kita balik dalam keadaan mengandung, tak kira siapa kita, kita tetap akan diuji.

Kalau diberi peluang untuk membuat pemilihan antara beberapa perkara sedangkan pilihan itu tidak dapat tidak mesti dibuat. Kalau pilihan itu tidak wajib dibuat, contohnya, kita tiba-tiba terfikir untuk melaksanakan satu idea. Idea itu wajib ditimbang manfaat dan mudaratnya. Kalau idea itu mempunyai manfaat sahaja sudah tentu tidak ada masalah untuk dilaksanakan. Begitu juga kalau idea itu mempunyai semata-mata mudarat. Andai kata, idea itu mempunyai manfaat dan mudarat, apa yang perlu kita lakukan?

Dalam masalah ini, idea itu perlu ditinggalkan sahaja kerana kaedah menyatakan:

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Terjemahan: menolak keburukan diutamakan daripada mendatangkan kebaikan.

Ibnu al-Qayyim pernah berhikayat, gurunya Imam Ibnu Taimiyah pernah melarang murid-muridnya daripada mengamalkan amar makruf nahi mungkar dengan menegah tentera-tentera Tatar daripada minum arak. Alasannya, kalau mereka tidak minum arak, mereka akan merampas harta dan membunuh kaum Muslimin. Dalam hal ini, menolak kezaliman tentera Tatar didahulukan daripada menghalang mereka daripada minum arak. Namun begitu, masalah ini lebih sesuai menjadi contoh kepada kaedah ‘memilih mudarat yang paling ringan...’.

Rasulullah shallallahu’alaihiwasallam sebagaimana riwayat al-Bukhari pernah berkata kepada Siti ‘A’isyah radhiyallahu’anha:

يا عائشة لولا قومك حديث عهدهم بكفر لنقضت الكعبة فجعلت لها بابين باب يدخل الناس وباب يخرجون
Terjemahan: wahai ‘A’isyah, kalaulah bukan kerana kaummu masih baru lepas daripada kekufuran, pasti akan daku hancurkan Kaabah dan aku jadikan baginya dua bab. Satu bab untuk manusia masuk dan satu bab untuk mereka keluar. [Shahih al-Bukhari (126)]

Demikian bagaimana kaedah ini dipraktikkan oleh baginda. Baginda tahu bahawa yang lebih afdal adalah membina Kaabah sebagaimana binaan asal Nabi Ibrahim ‘alaihissalam akan tetapi, kerana takutkan mafsadah iaitu kesan ke atas orang-orang yang baru masuk Islam daripada kalangan kaum Quraisy, baginda membatalkan hasrat itu.

Akan tetapi, dalam kaedah ini terpakai sekiranya maslahat itu bukanlah suatu perkara wajib sebagaimana pembinaan Kaabah sebagaimana asalnya dalam hadis di atas. Hukumnya hanya sunat atau mustahab. Jika wajib sudah tentu baginda tidak akan meninggalkannya. Kalau baginda tetap meninggalkannya meskipun hukumnya wajib, bermakna menjaga orang-orang Quraisy daripada fitnah itu juga adalah wajib kerana kaedah mengatakan:

الواجب لا يترك إلا لواجب
 
Terjemahan: Kewajipan tidak ditinggalkan melainkan kerana kewajipan lain.

Sumber: http://alkutawi.blogspot.com & cakera sendiri.

Sharing is caring ^_^

0 comments:

Post a Comment