Friday, 12 October 2012

Undang-undang Beri Nafkah Hidup Kepada Ibu Bapa Dikaji

Utusan Malaysia (11/05/2011)

KUALA LUMPUR 11 Mei – Kerajaan mungkin akan mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira dari segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurutnya, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.

"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang dari anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka,” katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam. – Bernama

Wajibkan nafkah ibu bapa

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.

"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam.

..(^_^)..

Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).


Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.


Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;


a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.


b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.


Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.


Wallahu a’lam.


Rujukan;


1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.

2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

..(^_^)..
 
Kerajaan mungkin akan mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak. Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira dari segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurutnya, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini. “JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang dari anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita. “Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka,” katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam. – Bernama


Sharing is caring ^_^

0 comments:

Post a Comment