Showing posts with label Parents Love. Show all posts
Showing posts with label Parents Love. Show all posts

Monday, 29 July 2013

Waran Tangkap Anak

Metro 29/8/2012
Hampir setahun berlalu, jika kita masing ingat gambar di atas yg menjadi paparan muka depan akhbar Harian Metro & beberapa akhbar lain. Kisah si tanggang moden. Oleh kerana keingkaran si anak mematuhi perintah mahkamah menyebabkan perlaksanaan perintah dilakukan & perintah pengkomitan (penjara) dikeluarkan. Bulan2 pose ni ada cerita yang tak sedap didengar..
 
(Harian Metro, 29/07/2013)
 

Kuala Terengganu: Selepas tiga tahun bersabar, seorang bapa yang menyaman anak lelakinya bagi menuntut nafkah untuk dua cucunya terpaksa menggunakan jalan terakhir dengan memohon Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengeluarkan waran tangkap.

Mustafa Ismail, 67, berkata, hanya itu jalan terakhir yang akan membolehkannya berjumpa dan menyelesaikan masalah dengan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, yang bukan saja enggan memberi kerjasama, tetapi gagal mematuhi perintah mahkamah pada 28 Ogos tahun lalu yang memutuskannya membayar nafkah dan memohon maaf secara terbuka kepada kedua ibu bapanya. “Dia yang memaksa saya mengambil tindakan ini. Waran tangkap ini jalan terakhir untuk saya berjumpa dan menyelesaikan masalah kami,” katanya yang kesal dengan masalah itu yang berlarutan hingga kini.

Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya, tiga tahun lalu.

Selepas tiga tahun, permohonan pesara syarikat cari gali minyak itu akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.

Hakim Syarie Rosdi Harun dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun yang digelarnya sebagai ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM400 seorang kepada ibu bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun yang diabaikan sejak lapan tahun lalu.

Selain itu, Rosdi turut memerintahkan Nasrun membayar RM18,866.50 kepada kedua ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang ke rumah bertemu anaknya lebih lapan tahun.
Bagaimanapun, selepas lebih 10 bulan perintah mahkamah itu dikeluarkan, Nasrun gagal mematuhinya menyebabkan Rosdi semalam terpaksa mengeluarkan waran tangkap terhadap Nasrun atas permohonan pelaksanaan perintah difailkan Mustafa menerusi peguam syarienya Fazru Anuar Yusof.

Mustafa berkata, dia kesal kerana anaknya tidak pernah memberi kerjasama sedangkan tuntutan dibuat adalah untuk kepentingan dua cucunya yang sedang bersekolah di tingkatan empat dan seorang lagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal memasuki institut pengajian tinggi.

“Sejak tarikh perintah dikeluarkan mahkamah hingga hari ini, Nasrun gagal dan mengingkari perintah itu tanpa sebarang sebab munasabah. Sehingga hari ini, tiada sebarang bayaran pun dijelaskannya kepada saya. “Saya pernah cuba menghubunginya, tetapi tidak pernah mendapat maklum balas. Malah, beliau juga tidak pernah menghadiri sebarang prosiding yang berkaitan dengan kes ini. Setakat hari ini, responden tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada saya selaku bapa kandung dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, serta tidak menjenguk kami yang sudah uzur.

“Saya merasakan seperti dianiaya responden yang sudah mengabaikan dan mengingkari perintah dikeluarkan mahkamah sebelum ini. Responden juga mengingkari perintah Allah untuk taat kepada saya selaku bapanya,” katanya dalam tuntutannya.



Sharing is caring ^_^

Tuesday, 12 March 2013

Senarai Tajuk Artikel @ Tesis (Jagaan Anak)




Bil
Title
Writer
Year
1
Prinsip-prinsip Kebajikan Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam: Rujukan Khusus Kepada Penghakiman Kes-kes Hadanah Di Mahkamah Syariah Di Malaysia.
Raihanah Azahari & Najiha Norman
2010
2
Hak Kanak-Kanak Dalam Aspek Hadhanah Dan Nafkah: Di Bawah Undang-undang Keluarga Islam Di Malaysia
Nora Abdul Hak
2004
3
Hak Hadanah & Perlaksanaannya.
Abdullah Abu Bakar
2006
4
Hak Penjagaan Anak (Hadanah) Mengikut Undang-undang Keluarga Islam.
Mahamad Arifin
2006
5
Hadanah.
Normi Abdul Malek
2007
6
Kedudukan Wanita Dalam Undang-Undang Keluarga Islam: Kajian Tentang Hadanah.
Nurazmallail Marni
2008
7
Penjagaan Anak (Hadanah) Menurut Hukum Syarak & Perlaksanaan Di Malaysia.
Ruzana Abu Nasir
2002
8
Agama & Akhlak: Satu Analisa Kelayakan Pengasuh Dalam Kes Hadanah.
Zanariah Noor
2004
9
Hadanah Dalam Kes-kes Pertukaran Agama.
Zulkifly Muda
2009
10
Hak Kanak-Kanak Dalam Aspek Hadhanah, Prinsip-Prinsip Yang Digunapakai Oleh Mahkamah Dalam Tuntutan Hadhanah, Perlaksanaan Dan Permasalahan.
Abu Bakar Ahmad
2009
11
Hadanah: Beberapa Aspek Penyelewengan.
Zanariah Noor
2004
12
Penjagaan & Pemeliharaan Anak.
Noor Aziah Mohd Awal
2007
13
Overview Of Shari’a And Prevalent Customs In Islamic Societies Divorce And Child Custody
Kristine Uhlman / UmHani
2004
14
The Concept Of Custody In Islamic Law.
Mahdi Zahraa & Normi Abdul Malek
1998
15
Application Of Maslahah (Interest) In Deciding The Right Of Hadanah (Custody) Of A Child The Practice In The Syariah Court Of Malaysia
Roslina Che Soh & Nora Abdul Hak
2011
16
Best Interest Of Children In The Division Of Family Business As Matrimonial Property The Civil & Syariah Courts Perspective In Malaysia
Zuhairah Ariff Abd Ghadas & Norliah Ibrahim
2011
17
How The Best Interests Of The Child Is Best Served In Islamic Law With Special Reference To Its Application In The Malaysian Shariah Court
Najibah Mohd Zain
(Vol. 9, No. 1, Jan - Jun IKIM Law Journal , page 323 - 347
2005
18
Aplikasi Prinsip Kebajikan Kanak-kanak Dalam Kes Hadanah
Zanariah Noor
2010
19
Akta Kanak-kanak 2001: Kesannya Terhadap Undang-undang Keluarga
Sridevi Thambapillay
2002
20
Akta Kanak-kanak 2001: Penguatkuasaan Semula Tugas & Tanggungjawab Ibu Bapa Atau Penjaga?
Jal Zabdi Mohd Yusoff & Zulazhar Tahir
2005
21
Shared Parenting As An Interpretation Of The Best Interest Of The Child In Custody Disputes: An Overview Of The Practice In Malaysia
Roslina Che Soh
2011
22
For The Best Interest Of The Child: The Impact On The New Approach Custody Order In Malaysian Legislation
Najibah Mohd Zain
2003
23
Challenges To Parenting In A New Culture: Implications For Child And Family Welfare
Kerry Lewig, Fiona Arney & Mary Salveron
2010
24
Children's Needs Compromised In The Construction Of Their ‘Best Interests’.
Amanda Shea Hart
2010
25
Parental Alienation Syndrome vs. Parental Alienation: Which Diagnosis Should Evaluators Use In Child Custody Disputes?
Richard A. Gardner
2002
26
Parent–Child Supervised Visitation Within Child Welfare And Custody Dispute Contexts: An Exploratory Comparison Of Two Distinct Models Of Practice
Michael Saini, Melissa Van Wert & Jacob Gofman
2012
27
Providing For The Best Interests Of The Child?: The Adoption And Safe Families Act Of 1997
Emily Kernan & Jennifer E. Lansford
2004
28
Unresolved Issues In Custody Matters The Position In Malaysia
Normi Abdul Malek
2011
29
Interpretation Of The Best Interests Principle In Islamic Family Law
Hafiz Nazeem
2005
30
Muslim Women's Claims To Refugee Status Within The Context Of Child Custody Upon Divorce Under Islamic Law
Ekaterina Yahyaoui Krivenko
2010
31
Islamic Shari’a Contracts: Pre-Nuptial and
Custody Protections
Kristine Uhlman & Elisa Kisselburg, Esq.
2007
32
The Best Interests Of The Child : A Question Of Reflex
Paola Riva Gapany
2002
33
Pengangkatan Dan Pemeliharaan Anak
Azizah Mohd
2007
34
The Protection Of Five Essential Interest For Children According To Islamic Law
Rojanah Kahar
(jurnal ilim)
2011
35
Forum Non Conveniens In The Syariah Court In Malaysia
Suzana Muhammad Said
2012
36
Factors Determining Welfare Of The Child In Malaysian Law Of Custody: An Analysis Of Decided Cases
Normi Abdul Malek
2001
37
Legal Protection Of Children’s Right Across The Age: An Overview In Malaysia
Abidah Abdul Ghafar
(usim)
2007
38
Perlindungan Anak Dalam Perspektif Islam
Zulfa Ahmad
2009
39
Perlindungan Anak Dalam Perspektif Hukum Islam & HAM
Imran Siswadi
2011
40
Kedudukan Kebajikan Dan Hak Anak Bukan Islam Apabila Ibu Bapa Memeluk Islam: Pendekatan Perundangan Syariah & Perlembagaan Malaysia
Zainul Rijal Abu Bakar & Nur Hidayah Muhd Hashim
2009
41
Status Agama Anak Bagi Ibubapa Yang Memeluk Agama Islam Di Malaysia
Zaini Nasohah, Abdel Wadoud Moustafa Moursi Elseoudi & Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
2010
42
Melarikan Anak Ke Luar Negara: Kawalan Undang-Undang Di Malaysia Dan Di Bawah the Hague Convention on the Civil Aspects of International Child Abduction 1980.
Zanariah Noor.
2010

 (*Red = Family Law)                                (*Yellow = Islamic Family Law)                   

Sharing is caring ^_^