Abstrak
Pelaksanaan Sulh secara formal di Mahkamah Syariah dilihat sebagai satu produk baru walaupun secara asasnya Sulh telah dianjurkan oleh Islam sejak wahyu Allah diturunkan. Penggunaan sistem ADR yang sistematik telah dipelopori oleh sistem perundangan konvensional terdahulu dari Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian satu perbandingan yang sihat wajar dibuat bagi memajukan lagi kaedah-kaedah sedia ada untuk kemaslahatan pelanggan Mahkamah. Objektif kertas kerja ini adalah untuk melihat pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah persamaan dan perbezaannya dengan kaedah Mediasi yang dilaksanakan oleh pihak MMC, disamping mencungkil teknik dan asas kemahiran yang perlu ada pada Pegawai Sulh hasil dari kursus yang diberikan oleh Accord Group.
1. PENGENALAN
Perkembangan positif Mahkamah Syariah di Malaysia dalam menerapkan sistem pilihan selain dari perbicaraan telah mendapat sambutan yang baik. Selain dari Hakam dan Jawatankuasa Pendamai, Sulh telah mula diberi perhatian sebagai satu kaedah penyelesaian tuntutan secara damai yang murah dan ringkas. Kaedah Sulh secara literalnya telahpun digalakkan oleh Al-Quran dalam menyelesaikan masalah rumahtangga. Dalam konteks Negara Malaysia kaedah yang hampir serupa telah diusahakan terlebih dahulu secara sistematik dengan penubuhan Malaysian Mediation Centre oleh Majlis Peguam Malaysian. Manakala dalam perundangan sesetengah negara maju yang lain kaedah ini telahpun dilaksanakan dan menjadi kaedah mainstream bagi menyelesaikan pertikaian.
Inisiatif untuk mewujudkan sistem ADR (Alternative Dispute Resolution) bagi membantu mempercepat dan mengurangkan kes-kes tertunggak mendorong kepada pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah. Idea ini turut didorong oleh pelaksanaan sistem mediasi yang diamalkan di negara lain yang diakui keberkesanannya. Sulh dan Mediasi walaupun mempunyai nama yang berbeza tetapi maksud dan objektifnya adalah sama, menyelesaikan pertikaian pihak-pihak dengan mengikat perjanjian persefahaman. Untuk memudahkan pemahaman kertas kerja ini, ‘Sulh’ atau ‘Majlis Sulh’ adalah merujuk kepada amalan sulh yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah. ‘Pengurusan Mediasi’ merujuk kepada input yang telah diberikan oleh Accord Group disepanjang kursus yang dikelolakan oleh firma tersebut dan dihadiri oleh pembentang samada sebagai peserta ataupun sebagai ‘mediator assessor’ dan ‘coach’. Manakala ‘Mediasi’ adalah merujuk kepada amalan mediasi yang dibuat selain dari Mahkamah Syariah dan amalan ini adalah menurut sumber rujukan yang dinyatakan.
1.1 Sulh.
Sulh di dalam kertas kerja ini,
adalah merujuk amalan Sulh di Mahkamah Syariah di Malaysia secara umum.
Kebanyakan contoh diambil daripada pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah
Selangor diatas sifat pelaksanaan Sulh secara sistematik yang terawal di
Mahkamah Syariah dan berdasarkan dari pengalaman pembentang sewaktu bertugas
sebagai Pegawai Sulh. Takrifan Sulh yang digunakan oleh Mahkamah Syariah Selangor
adalah:
“Majlis perbincangan bersama di
antara pihak-pihak yang terlibat didalam suatu pertikaian, melibatkan satu atau
lebih tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor dengan dipengerusikan oleh Pegawai
Sulh dan seandainya satu persetujuan secara damai tercapai secara sukarela
antara kedua-dua pihak, ianya akan di rekodkan oleh Hakim sebagai satu perintah
mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan. Sulh hanya boleh dibuat selepas
berlakunya perceraian sahaja atau permohonan poligami.”
Sulh yang dilaksanakan di Mahkamah
Syariah adalah berasaskan daripada dalil syarie Firman Allah SWT:
“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nushuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua, (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai)” [An-Nisaa:128]

Manakala sempadan atau bidangkuasa
syarak turut digariskan secara jelas dalam Hadis Rasul SAW:
“Sulh itu antara kalangan Muslim adalah suatu yang harus kecuali adalah yang mengharamkan sesuatu perkara yang halal atau Sulh yang menghalal suatu yang haram”
“Sulh itu antara kalangan Muslim adalah suatu yang harus kecuali adalah yang mengharamkan sesuatu perkara yang halal atau Sulh yang menghalal suatu yang haram”
Pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah
secara tidak rasmi telahpun dipelopori oleh pendaftar atau penolong pendaftar
Mahkamah Syariah dan peguam-peguam syarie malah adakalanya berdasarkan perintah
dari Hakim. Perbincangan dibuat mengikut kehendak pelanggan dan mengikut
kesempatan masa sebelum atau semasa prosiding perbicaraan. Draf pertama
berkaitan Sulh telah diwujudkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak
dan Sivil Kebangsaan yang dinamakan Kaedah-Kaedah Prosedur Mal (Sulh)
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1996.
1.2 Pengurusan Mediasi
Accord Group mempunyai takrifan yang
luas dan menyimpulkan Mediasi sebagai:
“Mediation is a process which is aimed at building concencus and agreement which is voluntarily reached between the parties where the independent third party does not act as a judge to decide how the parties should resolve their dispute nor give advise or recommendations to tell the parties how to resolve their dispute.”

Dalam tafsiran ini dan melalui
latihan yang diikuti, Accord Group menekankan kepentingan pihak mediator yang
bebas dan tidak menghukum, mencadang mahupun menasihat pihak-pihak sepanjang
proses mediasi. Tiada sebarang perbezaan ketara antara dengan takrifan Sulh,
kerana matlamat proses adalah sama.
1.3 Mediasi
Mediasi yang ditakrifkan oleh MMC
(Malaysian Mediation Centre) dinyatakan seperti berikut:
“It’s a voluntary process in which an impartial third party known as mediator, assists parties involved in a dispute to resolve their differences in an amicable manner.”
“It’s a voluntary process in which an impartial third party known as mediator, assists parties involved in a dispute to resolve their differences in an amicable manner.”
Menerangkan peranan mediator dalam
proses mediasi. Walaupun ringkas, takrifan ini dibantu penerangan yang jelas di
dalam mediation kit. Mediation kit diedarkan kepada pelanggan, sekiranya mereka
bercadang untuk menjalani mediasi.
MMC secara ringkasnya telah
dilancarkan oleh Majlis Peguam Malaysia pada 6 November 1999. Perancangan untuk
melaksanakan mediasi telahpun wujud sejak Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian
Secara Alternatif (ADR) dilantik pada tahun 1995. Sehingga hari ini perjalanan
MMC diselia oleh Jawatankuasa ADR Majlis Peguam Malaysia. Objektif penubuhannya
adalah untuk mempromosikan mediasi sebagai kaedah alternatif penyelesaian kes
dan menyediakan prasarana yang sesuai untuk pelaksanaan mediasi. Pada awal
penubuhannya, seramai 27 mediator mengikuti kursus teknik mediasi di Singapore
Mediation Centre and the Law Society of Singapore. Kini terdapat 179 mediator yang
telah diakreditasi oleh MMC.
2. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SULH DAN
MEDIASI
2.1 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
2.1.1 Sulh
Peruntukan Sulh di Mahkamah Syariah
dinyatakan dalam kaedah yang diluluskan kebanyakan negeri dan wilayah secara
berperingkat. Antaranya dinyatakan: Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor
2001 diwartakan pada 20 Disember 2001 dan mula berkuatkuasa 1 Ogos 2001,
Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2004 diwartakan
pada 8 Januari 2004 dan mula berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Kaedah-Kaedah
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) 2004 (Melaka) disiarkan pada 12 Februari
2004 dan mula kuatkuasa pada 15 Februari 2004., Kaedah-Kaedah Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Sulh) Johor 2004 disiarkan pada 12 Ogos 2004 dan mula
kuatkuasa pada 1 September 2004. Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Mahkamah
Syariah Pulau Pinang 2006 disiarkan pada 22 Jun 2006 dan mula kuatkuasa pada 22
Jun 2006. Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pahang (Sulh) 2005
disiarkan pada 7 Julai 2005 dan kini masih belum berkuat kuasa.
Sebilangan Mahkamah Syariah di
Malaysia mempunyai kaedah Sulh yang hampir serupa digunapakai sewaktu kendalian
Majlis Sulh. Sulh di Mahkamah Syariah bernasib baik kerana pelaksanaannya
mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan perundangan, dan ruang untuk
berbincang melalui Sulh diberi pada mana-mana bahagian dalam prosiding. Malah
dalam Arahan Amalan JKSM (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) 1/2001 berkenaan
Kod Etika Hakim secara jelas menyatakan antara etika Hakim semasa dalam
Mahkamah adalah menggalakkan Sulh, arahan tersebut berbunyi:
“(j) menggalakkan pihak-pihak
menyelesaikan pertelingkahan mereka dan mencapai persetujuan secara sulh dalam
kes-kes mal di mana-mana peringkat sebelum dia memberi penghakiman;”
Dalam melaksanakan Kaedah-Kaedah
Sulh yang dinyatakan pihak JKSM dan JKSN (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan
Wilayah) sentiasa mengeluarkan Arahan-Arahan atau Pekeliling yang menunjukkan
prosedur atau polisi tertentu untuk digunakan atau untuk menjelaskan yang kabur
atau tidak ada dalam kaedah-kaedah yang dinyatakan tadi. Arahan-Arahan ini
penting untuk dilaksanakan bagi negeri yang belum mempunyai Kaedah--Kaedah
Sulh.
Antara contoh ketelitian yang
digubal bagi memastikan kredibiliti Sulh tidak dipertikaikan adalah Manual
Kerja Sulh bertujuan menerangkan proses kerja yang perlu dilalui dalam Majlis
Sulh dan Pekeliling Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor 1/2002 (Kod Etika
Pegawai Sulh dan Manual Kerja Sulh MSS). Kod Etika Pegawai Sulh berkuatkuasa
pada 1 Jun 2002 di Mahkamah Syariah Selangor. Etika yang dinyatakan tidak
begitu berbeza dengan Kod Etika Hakim dalam perkara tertentu. Kawalan berbentuk
kod etika ini diaplikasikan seawal pelaksanaan Sulh di Selangor sebagai
tindakan proaktif bagi memastikan tiada sebarang penyelewangan berlaku.
** Maklumat dalam bentuk dokumen
yang direkodkan adalah baik untuk rujukan pengamal undang-undang namun dipihak
pelanggan, maklumat Sulh yang lengkap hanya boleh didapati melalui ucapan
pembukaan pegawai dalam sesi Sulh. Inisiatif pihak Mahkamah untuk menyediakan
pamplet di kaunter atau khusus untuk pelanggan Sulh adalah tindakan yang baik.
2.1.2 Mediasi
Tiada sebarang peruntukan yang jelas
samada mengikat atau menggalakkan pihak mahkamah untuk memilih sistem mediasi
sebagai jalan penyelesaian kes. Penyelesaian melalui Mediasi adalah inisiatif
pihak bertikai dengan kerjasama oleh pihak MMC. Kewujudan MMC sebagai
alternatif penyelesaian pertikaian yang disediakan oleh Majlis Peguam dilihat
sebagai pelopor mediasi yang bersistematik dan seragam. Segala peraturan
mediasi dan kod etika Mediator dirumuskan dalam dokumen yang dikenali sebagai
‘Mediation Kit’. Keterangan yang jelas di dalam Mediation Kit turut meliputi
kos yang perlu ditanggung oleh pelanggan.
** Dengan penyediaan dokumen
‘Mediation Kit’, pelanggan mempunyai peluang untuk mengetahui proses sepenuhnya
dan ini membantu tugas mediator menjimatkan masa penerangan semasa proses pra
mediasi. Pra mediasi penting untuk pelanggan bagi menjamin komitmen dan
keserasian pihak-pihak bertikai dan mediator.
** Dalam kontrak perdagangan samada
takaful, insurans, bankrupsi, kemalangan, pinjaman, perdagangan antarabangsa
dan lain-lain, terdapat terma yang merujuk kepada proses mediasi dan arbitrasi.
Oleh yang demikian sebarang pertikaiian hendaklah dirujuk kepada proses
tersebut. Sekiranya proses ini gagal maka pertikaian dirujuk ke Mahkamah.
2.2. WAKTU PELAKSANAAN
2.2.1 Sulh
Mahkamah Syariah memperuntukkan
ruang kepada proses Sulh setelah sesuatu kes didaftarkan. Dalam konteks Negeri
Selangor, Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
No.4 / 2003 menyatakan :
“Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding
boleh, pada mana-mana peringkat prosiding itu, mengadakan sulh bagi
menyelesaikan pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang
ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian, mengikut Hukum Syarak”.
Walaubagaimanapun khidmat Pegawai
Sulh hanya bermula setelah kes didaftarkan di Mahkamah Syariah kerana ia
sebahagian daripada prosedur Mahkamah. Manakala Pegawai Sulh pula adalah
terikat dengan mahkamah dan tidak dibenarkan untuk melakukan Sulh selain dari
kes yang diarahkan. Secara amalan, kes-kes sulh didaftarkan secara automatik
mengikut kesesuaian tuntutan oleh Pendaftar, terdapat juga kes yang
diperintahkan oleh Hakim Bicara untuk dijalankan Sulh secara serta merta.
Keadaan ini berlaku apabila Hakim berpendapat prospek untuk sesuatu kes
diselesaikan melalui Sulh sesegera mungkin adalah lebih besar berbanding proses
litigasi di dalam dewan bicara.
2.2.2 Mediasi
Mediasi tidak dijadikan sebagai
prosedur Mahkamah, maka sebarang pertikaian boleh dirujuk ke proses Mediasi
sebelum kes difailkan di Mahkamah atau semasa kes sedang dalam prosiding.
Faktor ini disebabkan mediasi melibatkan peguam-peguam, tidak seperti Sulh yang
melibatkan pegawai mahkamah, maka ruang untuk melakukan mediasi kelolaan MMC
adalah lebih luas.
2.3 PROSES PELAKSANAAN
2.3.1 Sulh
Manual Kerja Sulh telah dikeluarkan
dalam Pekeliling Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor 1/2002, diringkaskan isi
kandungan setiap proses berdasarkan huraian didalam Manual tersebut:
1) Kenyataan Awal Pegawai Sulh –
Memperkenalkan diri, membaca Al-Fatihah dan doa yang disarankan, memaklumkan undang-undang yang dipakai, matlamat Sulh, peraturan yang patut dipatuhi, sifat berkecuali pegawai sulh serta proses yang akan dilalui.
2) Pembentangan Awal Pihak Yang Bertikai –
Plaintif membentangkan terlebih dahulu, Defendan memaklumkan pertikaiannya, Pegawai Sulh membuat peta konflik, mengenalpasti dan mengurus maklumat yang diberi bagi menentukan isu, kedudukan, kepentingan dan alternatif penyelesaian.
3) Perbincangan Bersama-
Pihak-pihak menyuarakan pendapat, penilaian dari Pegawai Sulh, sekiranya persetujuan didapati maka Pegawai boleh terus mendrafkan perjanjian penyelesaian tanpa perlu mengikuti proses seterusnya.
4) Pertemuan Sebelah Pihak (kaukus) -
Plaintif dipanggil dahulu diikuti Defendan, Pegawai Sulh menyeimbangkan keadaan, maklumkan kelemahan setiap pihak, brainstorming, Pegawai adil dalam masa bersama pihak.
5) Perundingan Bersama -
Setelah kaukus, perundingan secara langsung pihak-pihak yang bertikai. Jika perlu mengulangi proses perbincangan.
6) Penghakiman Berasaskan Persetujuan -
Pegawai memutuskan wujud persetujuan atau tidak, drafkan perjanjian sekiranya ada, kebenaran untuk merujuk peguam, perjanjian diserahkan kepada Hakim untuk penghakiman berasaskan persetujuan.
7) Kes Diserahkan Kembali-
Penyelesaian separuh daripada pertikaian, selebihnya (syarat yang tidak dipersetujui) diserahkan ke proses perbicaraan.

** Pembentangan awal Pegawai Sulh
boleh diringkaskan sekiranya terdapat satu proses yang dinamakan pra-sulh
dimana pihak-pihak diberi penerangan tentang proses Sulh dan peranan Pegawai
Sulh terlebih dahulu. Boleh dilakukan secara proaktif dengan maklumat sulh
ringkas yang dilampirkan bersama notis sulh atau menelefon pelanggan yang
terbabit sebelum beliau hadir ke Majlis Sulh.
2.3.2 Pengurusan Mediasi
Accord Group menyenaraikan
bentuk-bentuk kemahiran yang perlu ditampilkan mengikut kesesuaian proses sulh
dan tindakan yang perlu diambil oleh Mediator dan pihak-pihak.
1) Langkah Persediaan –(Preparatory
Steps)
Berjumpa dengan pihak-pihak dan mencari kesepakatan tentang dokumen, agenda, masa dan menandatangani pelantikan mediator.
2) Penyataan Pembukaan – (Opening Statement)
Mediator menerangkan peranan, kerahsiaan dan peraturan asas mediasi.
3) Pembentangan Pihak-Pihak (Opening Presentations) –
Mana-mana pihak bebas untuk bercakap tanpa diganggu, mediator akan menggunakan kemahiran mendengar, kesimpulan, kenalpasti keperluan, faedah dan objektif serta agenda.
4) Perbincangan Bersama dan Pertanyaan (Joint Discussion and Questions)-
Pihak-pihak dibantu menyelesaikan salah faham dan bincang perkara yang tidak dipersetujui, mediator memberi kesedaran dan pemahaman masalah sebenar pihak bertikai.
5) Sesi berasingan dan bersama (Separate and Joint Session)-
Bincang isu sensitif dan rahsia, mediator bantu kenalpasti keperluan dari kehendak, mengalakkkan percambahan pilihan, memecah kebuntuan dan menerangkan kesimpulan.
6) Tahap persetujuan (The Agreement Stage)-
Mengkaji kesan dan akibat persetujuan, Mediator bantu mendrafkan persetujuan, nasihat berdasarkan persetujuan yang diambil dan mencadangkan proses yang lain jika gagal.

** Pengurusan mediasi oleh Accord
Group amat menekankan kepentingan memelihara proses (protect the process),
walaupun persetujuan mungkin didapati pada peringkat awal perbincangan namun
keenam-enam proses seolah-olah wajib dilaksanakan. Walaubagaimanapun proses
boleh dilakukan secara fleksibel tanpa mengabaikan keperluan pihak-pihak.
** Modul proses yang dicadangkan adalah berbentuk mediasi komersil, namun ia adalah relevan untuk kes-kes kekeluargaan.
** Proses Langkah Persediaan (Preparatory Steps) diberi penekanan yang lebih mendalam oleh Accord Group dalam Kursus Mediasi Lanjutan. Kebanyakan kejayaan mediasi bergantung kepada proses ini, adalah penting untuk Mediator mengadakan perjumpaan awal (preliminary meeting) pihak bertikai.

2.3.3 Mediasi
MMC membantu pemahaman pelanggan
dengan menyediakan jadual proses dan penerangan ringkas sebelum mediasi
bermula.Sepertimana digariskan dalam Mediation Kit, proses mediasi mengikut
turutan seperti berikut:
1) Proses Pra Mediasi (Pre Mediation Process)–
Pihak-pihak menandatangan persetujuan syarat-syarat menjalani mediasi.
2) Pengenalan (Preliminary)–
Pengenalan kepada Mediasi.
3) Pembentangan oleh Mediator (Mediators Opening)–
Penetapan peraturan perbincangan oleh mediator. Mediator dimaklumkan tentang beberapa fakta asas mengenai pertikaian.
4) Sesi bersama (Joint Session)–
Pihak-pihak dibenarkan untuk menyatakan tuntutan dengan kehadiran pihak satu lagi.
5) Perjumpaan sebelah pihak (Caucuses)–
Sekiranya perlu salah satu pihak boleh bersama mediator secara sebelah pihak bagi menyatakan emosi dan bercakap dengan bebas.
6) Perjanjian Persetujuan (Settlement Agreement)–
Pihak-pihak menandatangani perjanjian penyelesaian disaksikan oleh mediator. Pihak-pihak boleh menfailkan kes di Mahkamah sekiranya tiada persetujuan dalam mediasi. Peguam kedua-dua belah pihak atau pihak mediator boleh menyediakan perjanjian sekiranya ada penyelesaian.

** Tidak terdapat banyak perbezaan
antara proses Sulh dan Mediasi, ini adalah kerana tujuan utama proses dilakukan
adalah untuk mencapai kata persetujuan antara pihak-pihak, manakala proses sulh
sedikit sebanyak diadaptasi daripada mediasi dengan sebahagian penyesuaian,
pengubahsuaian ini bagi menonjolkan identiti Islam seperti bacaan doa pada
permulaan dan unsur litigasi dengan endorsement pada akhir proses sekiranya
berjaya.
** Matlamat Sulh dikenalpasti dengan
wujudnya perjanjian penyelesaian diakhir Manual Kerja Sulh. Apabila pihak-pihak
menyatakan persetujuan tanpa mengira kedudukan proses maka Pegawai Sulh boleh
mengabaikan proses selanjutnya dan terus mendrafkan perjanjian.
2.4. KEHADIRAN
2.4.1 Sulh
Kehadiran pihak-pihak adalah
diwajibkan berdasarkan kepada Kaedah 4 Kaedah- Kaedah Tatacara Mal (Sulh)
Selangor 2001, Kaedah tersebut dinyatakan sebagai:
“Jika ada mana-mana pihak telah disampaikan notis di bawah perenggan 3(c) tidak hadir pada hari yang ditetapkan, ketidakhadiran itu hendaklah menjadi suatu penghinaan Mahkamah dan Bahagian XXX Enakmen hendaklah terpakai kepadanya”.

Manakala bagi negeri yang belum
mempunyai kaedah, Arahan Amalan No.8 Tahun 2003 digunakan bagi tujuan
penyempurnaan notis Sulh, Arahan tersebut berbunyi:
“Prosedur penyerahan Notis Sulh kepada pihak-pihak di dalam Majlis Sulh hendaklah mengikut prosedur penyerahan saman sebagaimana yang terdapat di dalam Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-Negeri.”

Pemakaian prosedur penyerahan saman
antara tujuannya adalah untuk membezakan antara prosiding Sulh di Mahkamah
Syariah dan khidmat kaunseling di Jabatan Agama Islam. Prosedur ini juga bagi
memastikan kehadiran dan kejayaan majlis sulh.
** Sehingga kini tiada kes menghina
mahkamah dikeluarkan atas kegagalan menghadiri majlis Sulh di Mahkamah Syariah
Selangor.
2.4.2 Mediasi
Mediasi yang dijadualkan di MMC
adalah inisiatif pihak pemohon dan penjadualan mengikut kesesuaian Mediator.
Tiada implikasi undang-undang boleh dikenakan kepada pihak yang tidak
menghadiri mediasi. Tetapi untuk sebarang kontrak yang menyatakan penyelesaian
hendaklah dilakukan secara mediasi atau arbitrasi terlebih dahulu apabila
berlaku pertikaian, maka keengganan salah satu pihak untuk ke meja perundingan
memungkinkan tindakan undang-undang ke atas pihak tersebut selain dari kesan
perundangan atas pelanggaran kontrak tersebut.
2.5 PENYERTAAN
2.5.1 Sulh
Kaedah 5(2) Kaedah-Kaedah Tatacara
Mal (Sulh) Selangor 200 secara proaktif menggalakkan pihak-pihak membuat
keputusan secara bersendiri, Kaedah tersebut dinyatakan sebagai:
“Dalam Majlis Sulh, pihak-pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.”
“Dalam Majlis Sulh, pihak-pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.”
Kaedah ini tidak bertujuan sebagai
pemencilan pihak lain seperti peguam atau saudara terdekat untuk membantu
pihak-pihak, dalam kebanyakan kes, pihak-pihak dibenarkan untuk menelefon
peguam diluar bilik Sulh malah Pegawai Sulh boleh menangguhkan kes sekiranya
pihak perlu merujuk terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
** Kelonggaran masih boleh diberikan
berasaskan permintaan kepada Pegawai Sulh setelah dipertimbangkan rasional
kehadiran peguam dalam Majlis Sulh tersebut. Kebenaran oleh Pegawai Sulh
dicatatkan pada akhir kaedah yang dinyatakan.
2.5.2 Pengurusan Mediasi
Accord Group dalam Kursus Pengurusan
Mediasi Lanjutan telah memberi panduan pengurusan mediasi dalam keadaan pihak
yang bertikai membawa masuk agen. Agen ini samada terdiri dari ibu, bapa,
suami, isteri, rakan, peguam atau mana-mana individu yang mampu memberi
sokongan kepada pihak.
Latihan mediasi yang dijalankan,
dibuat dengan kehadiran agen-agen yang akan mencelah dan mengganggu proses
mediasi, kemahiran mediator akan diuji dari aspek mengendalikan gangguan dan
pada masa yang sama tidak boleh mengarahkan agen keluar dari sesi mediasi.
** Accord Group mementingkan
autoriti untuk membuat keputusan ada pada pihak yang berunding, sekiranya tiada
autoriti mediasi masih boleh dijalankan tetapi persetujuan hendaklah dirujuk
terlebih dahulu sebelum perjanjian didokumenkan. Kepentingan validasi ini
ditekankan oleh mediator sewaktu diperingkat proses kedua iatu Penyataan
Pembukaan (Opening Statement).
2.5.3 Mediasi
Individu digalakkan untuk hadir
sendirian, dalam kes entiti korporat, pihak bertikai boleh melantik wakil yang
mempunyai autoriti untuk hadir dan membuat keputusan bagi pihaknya. Pihak bertikai
akan memberi nama wakil tersebut kepada mediator.
2.6 JANGKAMASA PENYELESAIAN
2.6.1 Sulh
Antara fungsi utama Sulh
dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah untuk menangani masalah kelewatan serta
kelemahan perjalanan kes, jestru penetapan tarikh dan jangkamasa Sulh tidak
sepatutnya menjadi punca kepada kelewatan kes di Mahkamah. Oleh yang demikian
Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 dinyatakan:
“Jika selepas menerima sesuatu saman
atau permohonan bagi apa-apa kuasa tindakan, Pendaftar berpendapat bahawa ada
kemungkinan yang munasabah bagi penyelesaian antara pihak-pihak kepada tindakan
itu, Pendaftar hendaklah—
(a) tidak menetapkan tarikh perbicaraan tindakan itu dalam tempoh tiga bulan;
(b) dengan seberapa segera yang praktik menetapkan tarikh bagi pihak-pihak mengadakan sulh;
(c) menyampaikan notis kepada pihak-pihak mengenai tarikh yang ditetapkan itu.”

Maksud “tidak menetapkan tarikh
perbicaraan tindakan itu dalam tempoh tiga bulan” adalah menerangkan jangkamasa
maksima Sulh boleh dijalankan, namun sekiranya kes dapat diselesaikan dalam
tempoh kurang dari tiga bulan maka tarikh sebutan untuk merekodkan persetujuan
harus diberi seberapa segera yang boleh, ini untuk mengelakkan perubahan hati
pihak-pihak. Malah sekiranya tiada sebarang persetujuan sekalipun, tarikh
sebutan tidak boleh dijarakkan dalam masa yang panjang, kerana ini akan memberi
persepsi bahawa proses sulh hanya memanjangkan masa pihak-pihak.
Bagi memastikan kelancaran proses
Sulh, kes akan mula dipanggil dalam tempoh tidak melebihi 21 hari dari kes
didaftarkan. Arahan Amalan No. 3 Tahun 2002 berkenaan Pemakaian Sulh dinyatakan
seperti berikut:
“..semua kes-kes selepas didaftarkan, hendaklah dengan seberapa segera tidak melebihi 21 hari dirujukkan kepada Pengerusi Majlis Sulh dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk sesi Sulh / penyelesaian damai, sebarang persetujuan yang dicapai hendaklah dicatatkan dan dibacakan semula di hadapan pihak-pihak dan terus dipanjangkan kepada Hakim untuk direkodkan Perintah Persetujuan Bersama.”

2.6.2 Mediasi
Tiada limitasi jangkamasa ditentukan
dalam mana-mana proses mediasi, namun kelancaran proses ditetapkan seawal
pra-mediasi di mana pihak MMC akan menetapkan tarikh dan masa sesi mediasi
dijalankan. Sekurang-kurangnya 5 hari sebelum pertemuan mediasi, setiap pihak
boleh mengemukakan ringkasan kes dan apa-apa dokumen berkaitan ringkasan kes
yang akan dirujuk dalam mediasi.
Pihak yang mengusahakan proses
mediasi akan menamakan pihak yang bertikai dan membayar kos sebanyak RM100.00
(tidak dikembalikan) kepada MMC beserta dengan permohonan. Dengan pembayaran
serta permohonan, pihak MMC akan menghubungi pihak yang dinamakan dalam tempoh
14 hari. Setelah semua pihak menerima permohonan, dalam tempoh 21 hari pihak
MMC akan memaklumkan kepada semua pihak samada mediasi boleh dijalankan atau
sebaliknya.
2.7 PEMILIHAN PENGANTARA
2.7.1 Sulh
Pihak-pihak tidak mempunyai pilihan
untuk memilih Pegawai Sulh kerana Pegawai Sulh dilantik dan ditempatkan
dilokasi-lokasi tertentu di Mahkamah Syariah. Tetapi Pegawai Sulh tidak
dibenarkan untuk mengendali Sulh dimana wujud kepentingan diri seperti salah
satu pihak adalah kenalan pegawai atau saudara maranya. Perkara ini dinyatakan
dalam Perkara 3, Kod Etika Pegawai Sulh:
“Pegawai Sulh tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan syak munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas rasminya sebagai Pegawai Sulh, dia telah menggunakan kedudukannya bagi faedah sendiri”

2.7.2 Mediasi
MMC akan memberi senarai panel
mediator yang berdaftar kepada pemohon selepas persetujuan untuk menjalani
mediasi diberi. Sekiranya pilihan tidak dibuat oleh pemohon dalam tempoh 7 hari
MMC akan melantik mediator untuk tindakan seterusnya. MMC akan mencadangkan
mediator kepada pelanggan berdasarkan jenis pertikaian dengan kepakaran yang
dimiliki oleh mediator tersebut dan mengikut ciri-ciri yang diminta oleh
pelanggan.
Mediator atau mana-mana rakan kongsi
tidak boleh bertindak untuk salah satu pihak berhubung perkara yang dirunding.
Mediator dan MMC tidak menjadi agen kepada salah pihak atau bertindak bagi
pihaknya.
** Pihak Mahkamah boleh menyediakan
Pegawai Sulh khas dengan mengenalpasti potensi kemahiran masing-masing dalam
tuntutan tertentu, seperti kes harta sepencarian, hadhanah, muta’ah dan
sebagainya.
2.8 KELAYAKAN
2.8.1 Sulh
Asas kelayakan untuk Pegawai Sulh
gred LS41 adalah sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana
universiti yang diiktiraf beserta Diploma Pentadbiran Kehakiman Guaman Islam
atau Diploma yang setaraf dengannya. Termasuk dalam kelayakan ini adalah
lulusan LLBS dari UIA. Perkembangan perjawatan di Mahkamah Syariah menyaksikan
Pegawai Sulh dilantik dari kalangan LS44 di Mahkamah tertentu. Kelulusan ini
adalah setaraf dengan syarat dilantik menjadi Hakim Syarie.
2.8.2 Mediasi
Terdapat tiga syarat sebelum seorang
peguam boleh diakreditasi sebagai mediator dan berdaftar dengan MMC antaranya;
I. Telah menjadi pengamal undang-undang sekurang-kurangnya 7 tahun,
II. Melalui latihan intensif selama 40 jam, pemilihan jurulatih dibuat mengikut kelulusan Majlis Peguam Malaysia dan
III. Berjaya dalam assessment atau ujian yang dikendalikan oleh jurulatih tersebut.

Syarat kelulusan ini adalah kekuatan
MMC dan untuk memastikan kualiti mediator yang berdaftar. Keperluan
sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman bertujuan menyediakan mediator yang
matang dan berpengalaman dalam urusan undang-undang. Secara adil, syarat 7
tahun pengalaman adalah berkaitan dengan undang-undang bukan dikhususkan
pengalaman sebagai mediator. Oleh yang demikian dalam konteks amalan mediasi,
mereka mempunyai pengalaman yang sama seperti pegawai sulh di Mahkamah Syariah.
2.9 LATIHAN
2.9.1 Sulh
Hasil inisiatif JKSM, Pegawai Sulh
telah dilatih dan diberi akreditasi oleh Accord Group setelah mengikuti kursus
selama 40 jam secara berperingkat sejak tahun 2006. Firma yang berpengkalan di
Sydney Australia ini berpengalaman mengendalikan latihan mediasi di Hong Kong,
Singapura, Philipina, New Zealand dan Australia.
Dalam konteks Mahkamah Syariah
Selangor, latihan berbentuk kaunseling turut disertai oleh Pegawai Sulh samada
dianjurkan oleh pihak JPA dan pihak JKSM. Kemahiran kaunseling banyak membantu
Pegawai mengendalikan pelanggan sulh yang bermasalah.
** Mediator yang berdaftar dengan
MMC ada yang mendapat latihan dari firma yang sama. Ini menjadikan latihan yang
dijalani dan akreditasi yang diperolehi Pegawai Sulh adalah setaraf dengan
Mediator yang lain.
** Generasi pertama Pegawai Sulh Selangor telah menghadiri Kursus Asas Rakan Pembimbing anjuran Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebanyak 3 sesi disepanjang tahun 2005 hingga 2007. Pegawai Sulh yang melengkapkan kesemua kursus tersebut ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAM) pada 29 November 2007, Kursus tersebut banyak menekankan teori kaunseling dan pengiktirafan. Ini membolehkan Pegawai menjalankan kaunseling dalam jabatan secara sah setelah diarahkan. Asas dan pengalaman kaunseling diadaptasi dalam pengendalian Sulh tanpa mengabaikan prinsip dan proses Manual Kerja Sulh.

2.9.2 Pengurusan Mediasi
Latihan Mediasi dan akreditasi oleh
Accord Group mendapat pengiktirafan dari Hong Kong International Arbitration
Centre, Hong Kong Law Society, MMC, UK Chartered Institute of Arbitrator, UK
Bar Council, Law Society of England and Wales, Institute of Arbitrators and
Mediators Australia, NSW Law Society, NSW Bar Association, Law Institute of
Victoria, Victorian Bar Association, QLD Law Society, South Australian Law
Society, Western Australian Dispute Resolution Service.
** Pengiktirafan dan pengalaman
mengendalikan latihan oleh Accord Group di pelbagai negara secara tidak
langsung mengangkat kewibawaan Pegawai Sulh yang berjaya mendapat akreditasi
dari firma tersebut. Malah ia turut meningkatkan imej Mahkamah Syariah kerana
mempunyai pegawai yang dilatih oleh firma bertaraf antarabangsa. Setiap Pegawai
Sulh mesti berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya sijil akreditasi mediasi dari
Accord Group untuk mengekalkan mutu serta kualiti Majlis Sulh.
Antara kemahiran yang diberi
penekanan oleh Accord Group dalam Kursus Pengurusan Mediasi secara ringkas
adalah:
1. Negotiation – Kemahiran berunding, matlamat perundingan bukan selalunya untuk menulis persetujuan, ia mungkin untuk kepuasan hati pihak.
2. Listening – Mendengar dan memahami, menunjukkan perhatian dan simpati. Body language juga sebahagian dari mendengar. Boleh mendapat agenda tersembunyi jika soalan yang tepat ditujukan kepada pihak bertikai hasil dari pemahaman mediator terhadap sesuatu isu.
3. Summary – Kesimpulan yang dibuat oleh mediator bertujuan memahamkan pihak-pihak situasi sebenar. Dibuat setiap kali pihak selesai memberi kenyataan, kesimpulan juga boleh membantu pihak melihat isu dengan lebih besar.
4. Common Ground – Kemahiran mencari titik persamaan antara pihak-pihak, perlu dikenalpasti bagi mengelakkan isu dan fakta yang tidak berkaitan dimasukkan dalam perbincangan.
5. Setting Agenda – Kenalpasti agenda untuk ditulis, agar perhatian pihak-pihak tidak keluar dari matlamat yang dikehendaki, agenda mestilah neutral iaitu tidak menyebelahi atau merendahkan salah satu pihak.
6. Reframe – meneutralkan kenyataan, dalam mediasi kadangkala terdapat perkataan negatif, salah menyalahkan, menghukum. Kemahiran mediator mengeluarkan ungkapan positif atau neutral membantu pihak-pihak membina persepsi yang baik kepada pihak yang lain.
7. Identifying Objective and Needs – Kemahiran mengemukakan soalan untuk membantu pihak mengenalpasti keperluan dari kehendak. Keutamaan hendaklah diberikan kepada keperluan dan objektif bukan sekadar hak dan kehendak semata-mata.
8. Raising Doubt – Mencipta keraguan dengan soalan tentang kedudukan pihak sekiranya pertikaian tidak diselesaikan. Dalam banyak situasi pihak bertikai susah untuk berfiir secara rasional. Soalan boleh berbentuk ujian realiti. Menggunakan perkataan ‘jika’, ‘kalau’, ‘bagaimana sekiranya’ dan sebagainya.
9. Diplomatic – Kemahiran diplomasi, menggunakan kembali perkataan positif yang diucapkan oleh pihak bertikai, menyentuh secara tidak langsung keegoan pihak dan membantu mereka menyelamatkan air muka.
10. Intervener – Mencelah, Kemahiran terbesar dalam mediasi adalah tahu bila masa yang sesuai untuk mencelah, sebagai pemudahcara rundingan, terlalu banyak mencelah atau tidak mencelah langsung memberi kesan kepada persepsi pihak-pihak terhadap mediator.
11. Questioning – Kemahiran menyoal, membantu pihak-pihak menuju kepada penyelesaian dengan meminta kerjasama dan soalan yang sesuai, ini lebih sesuai daripada mengeluarkan kenyataan.
12. Breaking Impasses – Memecah kebuntuan dengan meninggalkan isu yang susah dan meneruskan isu yang mudah, menggalakkan brainstorming, menangguhkan mediasi untuk pandangan pakar , melakukan kausus, menangguhkan ke tarikh yang lain.

2.9.3 Mediasi
Mediator dilatih oleh jurulatih dari negara yang telahpun mengamalkan mediasi samada melalui prosiding Mahkamah atau sebaliknya seperti Australia dan Singapura. Antara jurulatih adalah daripada Singapore Mediation Centre, Lawyers Engaged in Alternative Dispute Resolution (LEADR), Australia, Accord Group (Australia) dan University of Florida. Pihak MMC telah menjemput jurulatih atau pengamal mediasi yang telah diketahui kejayaannya di negara mereka.
2.10 FOKUS
2.10.1 Sulh
Selain dari terhad kepada ‘tidak
menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal’, Sulh di Mahkamah Syariah
Malaysia tertentu kepada kes-kes kekeluargaan atau Mal sahaja, berbanding aspek
sulh yang besar dalam perundangan Islam, Hampir semua kes-kes tuntutan
dijalankan Sulh kecuali kes-kes penceraian sepertimana yang ditetapkan dalam
Kaedah 1(2) Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001:
“Kaedah-kaedah ini tidak terpakai bagi sesuatu permohonan untuk mendapat penceraian di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 84, dan prosiding selanjutnya berkenaan dengannya hendaklah dijalankan mengikut Enakmen itu.”

Bagi maksud tersebut, Arahan Amalan
No.3 Tahun 2002 Pemakaian Sulh dikeluarkan untuk menjelaskan:
“Bagi maksud pemakaian sistem Sulh ini ianya tidak terpakai ke atas kes-kes Pembubaran Perkahwinan dan Nasab”.
Begitu juga dengan Arahan Amalan No.15 Tahun 2005, Menggugurkan Nafkah ’Iddah , Mut’ah, Nafkah Anak Dan Hadhanah Dalam Perjanjian Persetujuan. Larangan ini dinyatakan seperti berikut:
“Perjanjian-perjanjian persetujuan bersama atau perjanjian semasa Majlis Sulh tidak boleh menggugurkan hak-hak isteri yang belum disabitkan melalui talaq iaitu nafkah iddah dan mut’ah, dan hak anak iaitu hadhanah dan nafkah anak.”
2.10.2 Pengurusan Mediasi

Accord Group banyak mengendalikan
Mediasi berkaitan pertikaian franchise, perniagaan, organisasi, pertikaian
tempat kerja, komuniti, perancangan dan isu pembangunan. Secara umum kebanyakan
kes yang di mediasi adalah berbentuk komersil.
2.10.3 Mediasi
Buat masa ini MMC hanya menerima
pertikaian berkaitan komersil dan akan mengembangkan skop mediasi meliputi
tuntutan sivil. Majoriti kes yang telah dimediasi adalah berkaitan penentuan
isi kandungan persetujuan, perjanjian perniagaan dan lain-lain.
2.11 PENCAPAIAN
2.11.1 Sulh
Dalam konteks Negeri Selangor, sejak
mula dilaksanakan dari Mei 2002 sehingga Januari 2009, sebanyak 12,025 kes
didaftarkan untuk Sulh, 7,230 berjaya diselesaikan dan 4,597 kes gagal dan
diteruskan dengan perbicaraan, manakala selebihnya masih dalam proses. Secara
purata, bilangan kes Sulh di JAKESS adalah sebanyak 1781 kes setiap tahun.
Mahkamah paling tinggi peratusan berjaya adalah Mahkamah Rendah Syariah Sabak
bernam sebanyak 81%, Kuala Langat 79% dan Klang 77%.. Dalam lingkungan 6 tahun
9 bulan Sulh dilaksanakan di Selangor, pencapaian Sulh Berjaya tidak pernah
kurang dari 60%.
2.11.2 Mediasi
Pada 18 Ogos 2008, terdapat 155 kes
dirujuk kepada MMC sejak tahun 2000 hingga Ogos 2008. 40 kes berjaya
diselesaikan mewakili 28.38% manakala 18 kes tidak berjaya mewakili 11.61%.
Pada 18 Ogos 2008, 5 kes masih dalam tindakan dan satu kes tidak berjaya. 4 kes
dikategorikan tutup.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara umum, apabila sesuatu
aktiviti yang melibatkan keputusan secara bebas, maka risiko kegagalan tidak
dapat dielakkan. Kebebasan untuk membuat keputusan turut bererti kebebasan
untuk menarik diri dari komitmen. Konsep Sulh yang tidak memaksa pihak-pihak
untuk membuat keputusan memberi kesempatan kepada pihak yang mempunyai agenda
tersendiri meletakkan tawaran yang membebankan dan bersifat opressi kepada
pihak yang lain.
Kurangnya persediaan pihak-pihak
untuk menghadapi perbincangan dalam majlis sulh menyumbang kepada kegagalan.
Kegagalan pihak-pihak untuk menjiwai penyelesaian secara damai mengakibatkan
proses sulh gagal diikuti dengan berkesan. Bagi Majlis Sulh di Mahkamah
keutamaan satu (kategori kes yang banyak didaftarkan dalam setahun) masa amat
terhad untuk menerangkan secara ditil keperluan Kenyataan Awal Pegawai Sulh.
** Bagi mengatasi masalah Sulh gagal
akibat pihak-pihak kurang memahami proses dan matlamat Sulh, dicadangkan supaya
proses permulaan Sulh (sebelum Kenyataan Awal Pegawai Sulh boleh mencontohi pelaksanaan
proses Langkah Persediaan –( Preparatory Steps) yang dianjurkan oleh Accord
Group dan Proses Pra Mediasi (Pre Mediation Process) .
** Persekitaran yang positif boleh membantu pihak-pihak berbincang secara damai dan akhirnya membuat keputusan berdasarkan persefaman semua pihak. Antara cadangan yang pernah dibangkitkan dalam kursus pengurusan mediasi adalah seperti berikut:

I. Papan tulis – untuk kemudahan
pegawai sulh menulis agenda, agar pihak-pihak fokus kepada perkara yang
ditentukan sahaja.
II. Bentuk meja rundingan – keluasan meja rundingan hendaklah mendatangkan keselesaan fizikal dan mental pihak yang berunding.
III. Pemilihan warna bilik sulh – rona warna yang ringan dan tidak terlalu garang akan membantu emosi dan mengundang keselesaan pihak yang berunding.
IV. Air minuman – minuman boleh membantu pihak untuk melegakan ketegangan.
V. Penyegar udara – membantu pihak-pihak mendapat keselesaan dan salah satu cara mengatasi masalah individu yang sensitif terhadap bauan.
PENUTUP
Melalui pemerhatian terhadap pelaksanaan Sulh dan Mediasi yang diamalkan di MMC, perbandingan dari segi pencapaian adalah tidak relevan kerana asas pelaksanaan yang berbeza, Sulh di Mahkamah Syariah dijadikan sebahagian dari prosedur Mahkamah dan dikendalikan oleh Pegawai Sulh yang dilantik oleh Mahkamah. Manakala mediasi tidak dijadikan satu prosedur Mahkamah dan dijalankan oleh peguam yang diiktiraf oleh MMC.

Manakala Accord Group banyak
menumpukan kepada kemahiran (skill) yang boleh digunakan. Tumpuan juga diberi terhadap
modul proses yang sepatutnya dilalui oleh mediator untuk mencapai penyelesaian
yang berkesan. Tidak banyak perbezaan berkaitan proses antara pengendalian Sulh
dan pengurusan mediasi yang diterapkan disepanjang kursus. Namun sikap dan
kemahiran yang diajar banyak membantu pegawai dalam pengendalian sulh seharian.
Perbezaan kendalian Sulh antara sebelum dan selepas latihan oleh Accord Group
dapat dikesan melalui kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan
Haji Zainol Rijal bin Abu Bakar. Beliau menegaskan bahawa sejak Pegawai Sulh
mendapat latihan secara professional oleh pihak Accord Group, tidak terdapat
lagi aduan mengenai cara kendalian sulh oleh pelanggan Mahkamah, malah terdapat
pujian yang diberikan kepada Pegawai Sulh.
RUJUKAN
BUKU
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada
Pengertian Al-Quran, Darul Kitab Malaysia .
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Subulus Salam. Darul Kutub Ilmiyah.
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No.4 Tahun 2003
Kompilasi Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2000-2005 Jabatan Kehakiman Malaysia. PNSB 2006.
Pekeliling Ketua Hakim Syarie Selangor 1998-2002. D’Fa Print 2003.

KERTAS KERJA
Kertas Kerja YAA Dato’ Sheikh
Ghazali bin Abdul Rahman, “Penyelesaian Kes-Kes Kekeluargaan Islam Melalui
Manual Kerja Sulh”, di Seminar Keperluan Manual Mengenai Undang-Undang Keluarga
Islam pada 3-4 September 2002, di Dewan Besar IKIM.
Kertas Kerja Puan Su’aida binti Safei, UITM. “Majlis Sulh (Islamic Mediation) In The Selangor Syariah Court and Malaysian Mediation Centre of Bar Council: A Comparative Study” dibentangkan dalam International Seminar on Comparative Law 2008 di Marriot Hotel Putrajaya pada 18 – 20 November 2008.

Nota Kursus
Nota kursus oleh Accord Group
Australia, “Mediation Process and Skills Course” di Kursus Pengurusan Mediasi
pada 10-16 Disember 2006 di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur.
Nota kursus oleh Accord Group Australia, “Mediation Process and Skills Course” di Kursus Pengurusan Mediasi pada 13-19 Jun 2008 di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor.
Nota kursus oleh Accord Group Australia “Advanced Mediation Training Course”, di Kursus Pengurusan Mediasi Lanjutan pada 12-16 Disember 2008 di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland, Pahang.

Sumber online
Portal esyariah http://www.esyariah.gov.my/ sepertimana diakses pada tarikh 9 Mac 2009
Khutubul Zaman Bin Bukhari, “Arbitration And Mediation In Malaysia”, Arbitration and Mediation in ASEAN: the Law & Practice, In 8th general Assembly 2003, Dokumen PDF dalam http://www.aseanlawassociation.org/docs/w4_malaysia.pdf diakses pada 11 Mac 2009

Sumber lain
Pamplet bertajuk ‘The Accord Group
Australia, Mediation, Training, Industry Dispute Resolution” diedarkan pada
Kursus Pengurusan Mediasi kali pertama di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur pada 10-16
Disember 2006.
Pamplet bertajuk ‘Don’t Litigate – Mediate’ oleh The Malaysian Mediation Centre.
‘Mediation Kit’ mengandungi penerangan oleh The Malaysian Mediation Centre berkaitan Mediasi, didapati dari Bar Council pada 10 September 2008.
Pamplet bertajuk “Sulh (Mediasi)” edaran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor cetakan ke 2 dan diedar mulai tahun 2007.

TEMUBUAL
Tuan Haji Zainol Rijal bin Abu
Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia berkaitan ucapan beliau semasa
majlis penutup Kursus Pengurusan Mediasi Lanjutan pada 16 Disember 2008 di
Hotel Seri Malaysia Genting Highland dan di ulas semula pada 10 Mac 2008
melalui perbincangan telefon.
David Newton, Course Leader dan Managing Director, The Accord Group. Menekankan kepentingan ‘protect the process’ Jawapan beliau sewaktu disoal di dalam Kursus Pengurusan Mediasi Lanjutan.
Tuan Nurul Azhar bin Toha, Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, selaku Penyelia Statistik Mesyuarat Pegawai Sulh apabila memberikan maklumat data serta statistik Sulh terkini.

0 comments:
Post a Comment