Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara
Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau
habis memberi ceramah agama pada banduan di sana.
Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada
beliau tentang seorang banduan yang bernama Mohd. Amin Mohd.
Razali iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana
melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah
peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal,
mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan
lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel
beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang
walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada
pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia
berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada Subuh
pagi jumaat.
Pada malam sebelum dia digantung, didapati si Amin ini tidur begitu
lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya
sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok. Bayangkan kalau orang
nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur
punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus
beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia
berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali
gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan
tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung
ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun
dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut
seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan,
tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih
melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari
tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak
terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan seperti orang
dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.
Subhanallah, mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum
digantung. Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada
hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari
langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa
wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang
mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang
(sgt banyaknya malaikat itu).
Menyusul kemudian, datanglah Malaikat
Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai
jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A’LAM..
Source: Harian Metro Online
0 comments:
Post a Comment