Raut wajahmu menggambarkan keringat membesarkan anakmu..oh ibu |
2011/05/23
(Berita Harian)
BARU-BARU ini, Pengarah Bahagian
Warga Tua Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohd Fazari Mohd Salleh, berkata kerajaan
mungkin akan memperkenalkan undang-undang untuk memaksa anak supaya menjaga ibu
bapa mereka yang sudah tua. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin
menyatakan sokongan bagi memperkenalkan undang-undang seperti itu. Adalah satu
tanggungjawab moral bagi semua anak untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah
berusia tetapi malangnya terdapat fenomena yang semakin meningkat di mana anak
ini membiarkan ibu bapa mereka tanpa jagaan. Sebagai ganti menghormati ibu bapa
mereka yang sudah tua, mereka sebaliknya hanya menganggap orang tua mereka
hanya sebagai beban. Oleh itu ada keperluan untuk melaksanakan undang-undang di
mana ibu bapa yang tidak dapat menyara diri mereka mungkin boleh menuntut
saraan daripada anak mereka. Menyara ibu bapa tiada bezanya dengan menyara
anak. Oleh kerana undang-undang boleh memaksa ibu bapa yang berpisah untuk
menyediakan saraan kewangan untuk semua anak, ia juga seharusnya mampu untuk
memaksa anak untuk menyara ibu bapa mereka yang sudah tua. Undang-undang saraan
ibu bapa sudah pun terdapat di negara lain seperti Singapura dan India. Ibu
bapa yang terbiar akan terjejas emosi, fizikal atau kewangan. Bagaimanapun
dengan adanya undang-undang seperti itu sekurang-kurangnya beban kewangan ibu
bapa akan terjaga dalam usia tua. Kami juga mengharapkan kerajaan menggubal
undang-undang saraan ibu bapa dengan seberapa segera.
S M MOHAMED IDRIS,
S M MOHAMED IDRIS,
Ibu tua terbiar
ALOR GAJAH: Dia mempunyai enam anak berusia 20 hingga 50 tahun, tapi
semuanya memilih untuk membawa haluan masing-masing hingga menyebabkan hidup si
ibu dalam kedaifan.
Itu nasib K Puspathy, 75, warga emas yang hanya bergantung dengan bantuan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri untuk meneruskan
kehidupannya di sebuah rumah usang sejak beberapa tahun lalu.
Dia yang menetap di Kampung Machap Baru, dekat sini, tinggal seorang diri di
rumah usang yang menunggu masa untuk rebah ke bumi selepas mendiang suaminya
meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Puspathy berkata, kehidupannya mula berubah selepas kesemua anaknya tidak tinggal
bersama dengannya, sekali gus menyebabkannya sentiasa merenung nasib diri pada
sisa-sisa usia.
Menurutnya, walaupun menyedari keadaan rumah yang diduduki sejak 35 tahun
lalu itu tidak selamat, dia tidak mempunyai pilihan lain selepas kediaman
lamanya diambil bagi pembinaan empangan.
“Saya terpaksa tinggal di rumah ini kerana tiada rumah lain, selain biasa
dengan keadaan ini. Walaupun rasa kurang selesa, apa boleh buat kerana ini saja
tempat yang ada selagi saya masih hidup.
“Sebelum ini saya ada memohon bantuan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat
Termiskin tetapi tiada tanah untuk menyokong permohonan. Jika mohon pun belum
tentu boleh dapat, menyebabkan tiada pilihan selain terpaksa tinggal di rumah
usang ini.
“Cuma saya masih bernasib baik apabila berjiran dengan sebuah keluarga
Melayu yang banyak menghulurkan bantuan tanpa mengira warna kulit kerana mereka
sentiasa mengambil berat keadaan saya yang tinggal seorang diri di rumah ini,”
katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, keadaan rumah itu memang teruk kerana terlalu usang dengan
lantai semakin mereput, manakala bumbung pula bocor dan terpaksa ditutup
menggunakan plastik sampah bagi mengelak basah jika ditimpa hujan.
Malah, katanya, lantai papan pecah di banyak tempat dan berlubang, manakala
siling rumah bocor dan tidak selamat untuk didiami selain pernah beberapa kali
dimasuki ular sawa dan binatang liar.
“Semua bumbung dan siling bocor, kalau hujan lebat waktu saya tidur, saya
terpaksa berlari turun ke bawah rumah sambil membawa bantal dengan kain selimut
untuk berteduh.
“Apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak mampu bekerja kecuali
mengharapkan wang bantuan, dan tinggal bertemankan beberapa ekor binatang
peliharaan bagi menghilangkan kesunyian, tetapi perlu sentiasa cekal untuk meneruskan
hidup.
“Lagipun, saya biasa dengan keadaan di sini. Bila angin kencang, bumbung
rumah bergegar dan pasti ada dinding atau bumbung tertanggal, malah papan
lantai turut tercabut, tetapi saya nak pergi ke mana lagi, mahu mengharapkan
anak, mereka pun jarang menjenguk,” katanya.
Jirannya, Harun Omar, 53, yang juga keluarga angkat kepada warga emas itu
berkata, warga emas berkenaan pernah memohon rumah di bawah PPRT sejak dua
tahun lalu, tetapi hingga kini tiada jawapan.
“Kalau tengok pada struktur rumah didiami Puspathy, memang tidak sesuai.
Saya bukan apa, cuma khuatir kalau perkara tidak diingini berlaku terhadap
dirinya,” katanya.
Sumber : Harian Metro.
p/s: Hormati & jaga la ibu bapamu yg telah membesarkanmu dengan penat jerih. Jgn smpai terpaksa dikerah berbakti kepada kedua ibubapa melalui undang-undang. Berikut, ada doa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa:
0 comments:
Post a Comment