MAIDSTONE – Kuasa Allah. Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang
mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam
tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.
Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan
nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada
dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.
Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila
doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam
tubuhnya.
Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat
didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang
menyambut kelahirannya.
Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan
perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap
dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.
“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.
“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.
“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan
pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata
Katy.
Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.
Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit
itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam
rahim ibunya.
Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada
minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar
Maidstone.
Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.
Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak
bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor
memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya
rosak.
Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu
rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.
Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.
Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh
doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap
kesihatannya berada dalam keadaan stabil.
Mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment