Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

100 Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit.

Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.

Sollu 'alannabiy.

Sharing is caring ^_^

Monday, 29 July 2013

Hadiah untuk si Mati

Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Sham Kamikaze

Sehari dua ini panas isu Sham Kamikaze
kata Tak sampai Fatihah kepada si mati ...
Ikuti pandangan Syeikh Nuruddin Al Banjari
Ulama Nusantara

Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Sham Kamikaze

Menghadiahkan Al Fatihah, atau Yaasiin, atau zikir, Tahlil, atau sedekah, atau Qadha puasanya dan lain lain, itu semua sampai kepada Orang yang telah meninggal Dunia...

Kata Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki
"jikalau kita send sms, send massage dari Fesbuk kita, ke Amarika Syarikat dengan teknolongi Manusia yang merupakan makhluk yg lemah ini pun boleh sampai, Kenapa Teknologi Allah Swt Yang Maha Agung, Yang Maha Pencipta bila Kita menghantar Al Fatihah, Tahlil, zakir tidak Sampai"

dalam Sohih Muslim hadits no.1149,
“seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yang telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasulullah saw”
dalam riwayat Bukhari dan Muslim
“seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yang telah wafat”,
Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat hari raya aidul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, doa Nabi “Wahai Allah terimalah sembelihan ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Shahih Muslim hadits no.1967).

Mengenai hadits yang mengatakan
"bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3, sedaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anaknya yang berdoa untuknya, maka orang orang lain yang mengirim amal, zikir dll untuknya ini jelas jelas bukanlah amal perbuatan si mayyit, kerana Rasulullah SAW menjelaskan terputusnya amal si mayyit, bukan amal orang lain yang dihadiahkan untuk si mayyit, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Qur'an untuk mendoakan orang yang telah wafat : "WAHAI TUHAN KAMI AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN BAGI SAUDARA-SAUDARA KAMI YG MENDAHULUI KAMI DALAM KEIMANAN", (QS Al Hasyr-10).

Berkata Imam Alhafidh Al Muhaddits Ali bin Almuwaffiq rahimahullah : “aku 60 kali melaksanakan haji dengan berjalan kaki, dan kuhadiahkan pahala dari itu 30 haji untuk Rasulullah saw”.

Berkata Al Imam Alhafidh Al Muhaddits Abul Abbas Muhammad bin Ishaq Atssaqafiy Assiraaj : “aku mengikuti Ali bin Almuwaffiq, aku lakukan 7X haji yang pahalanya untuk Rasulullah saw dan aku menyembelih Qurban 12.000 ekor untuk Rasulullah saw, dan aku khatamkan 12.000 kali khatam Alqur’an untuk Rasulullah saw, dan kujadikan seluruh amalku untuk Rasulullah saw”.

Ia adalah murid dari Imam Bukhari rahimahullah, dan ia menyimpan 70 ribu masalah yang dijawab oleh Imam Malik, beliau lahir pada 218 H dan wafat pada 313H

Berkata Al Imam Al Hafidh Abu Ishaq Almuzakkiy, aku mengikuti Abul Abbas dan aku haji pula 7X untuk rasulullah saw, dan aku mengkhatamkan Alqur’an 700 kali khatam untuk Rasulullah saw.

Sharing is caring ^_^

Sunday, 28 July 2013

Tidur Dalam Masjid

Cara berbaring yang menghampiri kaedah Rasulullah SAW berbaring....

Salam ustaz, saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah. Agak berulang-ulang juga saya melihat perbuatannya. Segan untuk bertanya beliau, jadi soalan saya, adakah ada nas perbuatannya itu?

Waalaikumussalam. Ya, perbuatan berbaring sebelum iqomah solat subuh iaitu selepas mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ialah perbuatan yang thabit di dalam sunnah Rasulullah SAW. Agak malang, sunnah ini agak tidak masyhur di kalangan masyarakat kita.

Daripada ‘Aisyah R.A:


كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن
 

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”

Dikatakan bahawa hikmah berbaring sekejap dan bukannya lena tidur ialah untuk mengingatkan kita bahawa kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja. Dan manusia apabila mati hanya akan 'berbaring' sementara sahaja di alam kubur sebelum dipanggil untuk menghadapi hisab di hari kiamat, wallahualam.


Sharing is caring ^_^

Monday, 15 April 2013

Musibah Tanda Redha

Gambar hiasan ; kanak2 yg tiada makanan & kehidupan yg sempurna
Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Seorang bapa di hosp menegur, mmberitahu : Anak ini sangat unik, kami cuba utk merawatnya tp hingga kini pakar pun tak pasti bagaimana caranya !!


AlhamdulilLah kami tetap dapat bertahan w/p hujan ribut, taufan & tsunami kadang kala melanda itu resam dunia...


Isteri pun pernah beritahu ; " anak ini pinjaman kan utk kita ", dia tidak mampu menjawab, cuma menahan air mata yg bergenang di kelopak tanda mengiakan..

Apabila diberi kekuatan barulah dia jawab : "Jika Allah mnampakkan pahala pd org yg ditimpa musibah tentulah manusia akan merebut2 utk mendapatkannya tapi bila ia urusan ghaib yg tak kelihatan dek mata, maka banyakn kita merasakan ia bebanan..

MasyaAllah hikmahnya bapa ini (yg rupa2ny doktor pakar) berkata menceritakan jerit perihnya menghadapi ujian anak sakit selama lebih 5 tahun ..

Memang Allah swt dengan kebijaksanaanNya menarik sesuatu tapi Dia berkuasa mmberikan suatu yg lebih baik dari yg ditarikNya itu..


Ya Allah berilah kekuatan pd kami & mereka , sembuhkanlah pesakit2 di kalangan anak kami & anak mereka..

Seorang pula bercerita, alhamdulillah bisnes kami masih bertahan w/p few staf kanan kami telahpun keluar,sebahagian mereka membuat bisnes yg sama dgn kami ( become competitor) dan sebahagiannya keluar mmbuat fitnah pd kami, tapi alhamdulilLah & berbanyak alhamdulilLah kami msih lagi mmilik staf yg setia w/p tak sehebat yg pergi itu..

Walau tak punya wang berjuta macam depa, tapi hati lega takde komision, takde mengampu & takde melobi serta takde fitnah orang...

AlhamdulilLah , Bisnes masih jalan mmberikan penghasilan utk kami makan hasilnya buat mnumpang teduh, mnyara makan pakai dlm perjlnan yg tak tahu berapa lama kah ia !

Seorang lagi berkongsi cerita, saya kematian ibu sejak kecil, maka ayah berkahwin baru dgn wanita yg tak langsung takut pd Allah..

Kami adik beradik didera mentally, fizikal , kata2 nya ibarat pisau tajam yg mengikis ...

Tapi kami takut mengadu pd ayah kerana bimbang salah tafsir..

AlhamdulilLah akhirnya dgn izin Allah kami berjaya belajar ke peringkat tertinggi, berjumpa dgn kawan2 yg salih & salihah dlm pengajian dan tamat belajar mnjawat jawatan berbagai...penganiyaannya pd kami telahpun berakhir..

Seorang lagi mengadu bahawa hidupnya tak seceria dahulu slps suami berkahwin lagi..

Walaubagaimanapun syukur alhamdulillah, punya anak2 yg salih salihah menemani dan memdoakan walau suami kurang berada di rumah menemani..

Seorang lagi bertanya, adatak sebarang doa utk melembutkan hati ibu bapa saya yg amat menyebelahi hak abang saya seolah2 saya anak angkat yg tak layak mmiliki sebarang hak.. walhal saya hidup sebatang kara...
Alhamdulillah rumah yg dimiliki berdekatan dgn surau, boleh juga hadir mendengar kulia sekali sekala ada kesempatan buat menghilangkan stress..


Dan macam2 lagi sketsa hidup yg kita lalui.. Tapi lihatkan setiap episod di atas menimpa tp masih lagi ada rahmat di sebalik ungkapan alhamdulillah..

Betapa menunjukkan walau apapun ujian , masih banyak rahmat utk disyukuri..

Ujian diberikan olehNya lantaran Dia pasti ianya baik utk kita macam kita akan mempertanggungjawabkan suatu yg berat utk dilaksanakan oleh seseorang yg terpercaya baik kalangan anak atau pekerja ..

Dahtu kita berdoa belum dimakbulkan sbb Dia maha mengetahui kbaikan suatu itu atau ketidak elokannya untuk kita... Wa lilLahil mathallil akla

Tak layak kita nak samakan Allah dgn makhluk tapi jika kita renung dlm hidup kadang2 hajat anak tak mudah dipenuhi oleh ayah krn melihat ketidak mampuan anak dan ketidak sediaannya mendapat apa yg diminta..

Kita takkan belikan utk anak lelaki kita yg score straight A dlm upsr sebuah kawasaki ninja 500 cc wp ayah ini mampu krn bimbang ia anugerah yg melampau & sgt membahayakan nyawanya..

Tulah sebab hukamak ( para bijaksana ) brkata : ziarahilah orang sakit agar kau memahami nikmat sihat, ziarahilah mereka yg mati agar kau mengerti nikmat hidup dan ziarahilah mereka yg dipenjarakan agar kau mensyukuri nikmat bebas, jika kau gagal melakukan perkara2 ini dibimbangi kau belum bersyukur atas nikmat yang menghujani kau selama ini...

Perhatikan dgn aynul baseerah ( mata hati ) ...Allah mengkehendaki dgn ujian itu kita melipatgandakan doa, bangun malam agar tak terputus hubungan denganNya.

Sharing is caring ^_^

Haram


"HARAM"...

1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Firman Allah dah jelas, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Sharing is caring ^_^

Sunday, 14 April 2013

5 Ubat Hati


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Sharing is caring ^_^

Cara Elak Maksiat



Sharing is caring ^_^

Saturday, 13 April 2013

Jika Aku Jatuh Hati


Ya Allah,
Jika ku jatuh hati,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu.

Ya Muhaimin,
Jika ku jatuh hati,
Izikan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabana,
Jika ku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya ,
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika ku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..

Ya Allah,
Jika ku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu..

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu..

Amin..



Sharing is caring ^_^

Friday, 12 April 2013

Kahwin Bawah umur?

Hari ini kita dilaporkan dengan satu berita seorang bapa yang memohon kepada mahkamah syariah untuk menikahkan anaknya perempuannya yang berusia 12 tahun atau dalam bahasa mudah perkahwinan di bawah umur. Jom kita baca lebih lanjut mengenai berita ini.

Gambar Hiasan


Seorang bapa terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.
    
Pembantu Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim Azmi Ahmad berkata peristiwa itu berlaku kira-kira dua minggu lalu dan gadis itu dan teman lelakinya berusia 19 tahun akan mendirikan rumah tangga bulan depan.
    
"Gadis itu baru sahaja mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala pasangannya pula menganggur tetapi ibu bapa mereka bersetuju pasangan itu dinikahkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Bina Generasi al-Quran di Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob dekat Kulim hari ini.
    
Azmi yang mewakili Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim melancarkan program tersebut berkata waris gadis berkenaan telah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah Daerah sebagai mematuhi Enakmen Keluarga Islam 2008 (Pindaan) Negeri Kedah.
    
"Bagi pihak perempuan yang berumur di bawah 16 tahun yang mahu bernikah dan lelaki pula yang berusia di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah melalui enakmen tersebut," katanya yang juga Ketua Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim.
    
Azmi berkata kes itu julung kali berlaku sejak berpuluh tahun beliau berkhidmat dengan Jabatan Agama Islam di Kedah.

- Bernama
(Disiarkan oleh
Malaysiakini. 21/11/12)

Gambar Hiasan

Kita ikuti perbincangan dalam artikel berikut yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 14/12/2010.

 'Jangan Berpolemik Kahwin Bawah Umur'.

KISAH pernikahan Siti Maryam Mahmod, 14, dengan seorang guru, Abdul Manan Othman, 23, awal Disember lalu dengan kebenaran Mahkamah Syariah menimbulkan rasa kurang senang segelintir masyarakat.

Bagaimanapun, jika kita mengkaji sirah Nabi SAW, baginda SAW telah memberi panduan kepada kita dalam hal ini.

Nas  paling jelas adalah pernikahan baginda dengan Siti Aisyah r.a yang ketika itu berusia enam tahun.

Ia  sebagaimana hadis yang bermaksud: Daripada Aisyah r.a. berkata: Nabi SAW melaksanakan pernikahan denganku ketika aku berumur 6 tahun. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto MOHD. NOOR MAT AMIN menemu bual Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal bagi mengupas isu ini.

Mega:  Apakah hukum Islam mengenai perkahwinan bawah umur?

NOOR AZIAH:  Perkahwinan dalam Islam adalah sunnah Nabi Muhamad saw. Ia adalah satu ibadah dan satu-satunya cara menghalalkan hubungan seks atau kelamin antara seorang lelaki dan perempuan bukan mahram.

Pernikahan disebut mithaq yang bermaksud satu perjanjian suci dan mesti diupacarakan mengikut hukum Islam. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Nikah itu adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah daripada umatku. (riwayat Bukhari).

Untuk suatu pernikahan menjadi sah ia mestilah memenuhi keperluan berikut:
(a) Lelaki
(b) Perempuan
(c) Wali
(d) Saksi
(e) Ijab & Qabul. 

Jika dilihat di atas, perkahwinan mempunyai nas tersendiri dan hukum yang sesuai mengenainya. Mengikut Iman Abu Hanifah, Ahmad ibn Hanbal dan Malik Ibn Anas, perkahwinan adalah sesuatu yang digalakkan namun bagi sesetengah individu ia menjadi wajib.

Pandangan  umumnya adalah jika seseorang lelaki atau perempuan takut dia akan melakukan zina, maka perkahwinan adalah wajib baginya. Perkahwinan juga wajib bagi orang yang mempunyai nafsu seks yang tinggi.

Daripada sudut umur, Islam tidak menjadikan umur sebagai syarat perkahwinan. Ini jelas melalui perkahwinan Nabi Muhamad SAW dengan Aisyah. Dalam satu hadis Aisyah menyatakan yang dia berkahwin dengan Nabi semasa berumur 6 tahun dan perkahwinan itu disempurnakan semasa dia berumur 9 tahun. Dan mereka tinggal bersama selama 9 tahun sehingga kewafatan Nabi SAW.

Jadi dalam Islam, perkahwinan bawah umur atau kanak-kanak boleh berlaku dengan syarat ia mengikut hukum Islam.

Di Malaysia, di bawah undang-undang keluarga Islam di semua negeri, semua perkahwinan yang hendak diakadnikahkan perlu membuat permohonan dan diletakkan umur minimum iaitu 18 bagi lelaki dan 16 bagi perempuan. Namun pasangan masih boleh diakadnikahkan di bawah umur tersebut jika dibenarkan oleh Hakim Syarie.

Benarkah baligh antara faktor yang diambil kira untuk membenarkan perkahwinan bawah umur?

NOOR AZIAH:  Jika dilihat kepada hadis mengenai perkahwinan Aisyah dengan Nabi SAW, baginda hanya mula tinggal bersama Aisyah apabila beliau sudah baligh.

Jadi  pernikahan boleh berlaku sebelum baligh. Asalkan wali memberi persetujuan dan kita tahu, dalam mazhab Shafie, wali mujbir boleh menikahkan anak gadisnya tanpa persetujuan anak gadis itu.

Peranan  wali sangat penting kerana perkahwinan tanpa wali adalah tidak sah. Jadi untuk mengadakan hubungan seks, anak gadis yang terlalu muda usianya yang dinikahi itu mesti telah baligh.

Apa  maksud baligh? Daripada sudut bahasa baligh bermakna sampai kepada sesuatu atau penghabisan kepada sesuatu tujuan, tempat terhenti.

Tanda baligh bagi perempuan adalah haid atau hamil.

Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) mentakrif kanak-kanak sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun atau di bawah umur tersebut jika umur dewasa dicapai lebih awal di negara tersebut. Jadi definasi baligh dan dewasa dalam Islam tidak bercanggah dengan CRC.

Menetukan  had umur antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah hak negara. Penentuan had umur perlu dibuat kerana implikasi undang-undang berbeza di antara orang dewasa dengan kanak-kanak.

Di Malaysia,  Akta Umur Dewasa 1971, mentakrif orang dewasa sebagai yang berumur di atas 18 tahun dan Akta Kanak-kanak 2001 mentakrif kanak-kanak sebagai yang berumur di bawah 18 tahun.

Namun, semua perundangan Islam tidak memberi takrif kepada mumaiyiz dan baligh. Jadi ada kalanya percanggahan berlaku daripada sudut umur sahaja. Perlu juga diingat perbezaan dewasa dan kanak-kanak penting kerana jika kanak-kanak melakukan jenayah, mereka tidak dihukum seperti orang dewasa.

***

Perbincangan En. Zainul Rijal Abu Bakar dalam Berita Harian bertarikh 20/12/2010 turut mengupas berkenaan isu ini. 

Islam Benar Perkahwinan Bawah Umur 

Mahkamah Syariah pastikan perempuan layak, kebajikan dijaga sebelum beri kebenaran. 

ISU mengenai perkahwinan bawah umur kembali mendapat tempat untuk dibahaskan. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan pandangan mereka berkenaan isu ini.   

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, menolak cadangan supaya perkahwinan kanak-kanak bawah umur diharamkan meskipun ramai tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun Siti Maryam baru-baru ini. 

Menurut Nazri, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk memansuhkan undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur kerana amalan itu tidak menyalahi agama Islam sambil menegaskan jika agama membenarkannya, kerajaan tidak boleh mengharamkannya.  

Perkahwinan Siti Maryam dikatakan menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berkeras berkata kerajaan tidak menyokong amalan itu.  

Kumpulan aktivis pula mahu undang-undang itu dipinda kerana sering menjadi amalan dan dikatakan kira-kira 16,000 gadis bawah umur 15 tahun di Malaysian sudah berkahwin. Pertentangan kenyataan ini sebenarnya manifestasi meletakkan gender mengatasi hukum agama.  

Saya mengucapkan syabas kepada Nazri kerana mempertahankan hukum syarak dalam sudut ini. Shahrizat pula seperti biasa meletakkan isu gender melebihi hukum syarak walaupun perundangan Islam membenarkan perkahwinan bawah umur asalkan sudah mencapai umur baligh dan datang haid. 

 Walaupun perkahwinan bawah umur dibenarkan agama, dari sudut perundangan ia bukanlah secara automatik boleh dilaksanakan. Peruntukan yang jelas ialah jika seorang perempuan bawah umur hendak dikahwinkan, wali hendaklah memohon kebenaran dari Mahkamah Syariah.  

Mahkamah Syariah akan memastikan perempuan itu layak berkahwin atau sebaliknya dan kebajikan perempuan itu setelah berkahwin juga diberi perhatian. Kebenaran mahkamah bukan dibuat secara semberono tetapi dikawal kaedah hukum syarak dan perundangan Islam.

Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 menyatakan tiada suatu perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah akta itu jika lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang 16 tahun kecuali jika hakim syarie memberi kebenaran secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Pada ketika ini kebiasaannya umur 16 tahun itu masih lagi di bangku sekolah iaitu di Tingkatan Empat. Manakala, lelaki berumur 18 tahun mungkin sudah menamatkan alam persekolahan.

Polemik yang timbul ialah pada waktu umur persekolahan itu bagaimanakah pasangan muda ini akan meneruskan pelajaran dan bagaimana pula jika mereka ingin meneruskan pengajian ke pusat pengajian tinggi?

Dengan adanya siasatan terperinci oleh hakim syariah sebelum memberi kebenaran, kemaslahatan dan kebajikan pasangan bawah umur dapat dijaga. Malah, hakim syarie juga boleh mengenakan syarat tertentu semasa membenarkan pernikahan itu.

Dalam banyak keadaan, perkahwinan bawah umur bukanlah atas desakan ibu bapa tetapi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Malah ada antara mereka yang sudah tidak dapat dikawal oleh ibu bapa dan sanggup melakukan apa saja jika tidak dibenarkan bernikah.

Inilah pertimbangan yang perlu disiasat oleh hakim syarie sebelum memberi kebenaran kepada pernikahan pasangan bawah umur.

Justeru, saya berharap Shahrizat yang mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur meneliti kembali peruntukan hukum syarak dan tidak sewenang-wenang membuat gesaan bertentangan undang-undang Islam.

Isu masa depan perempuan muda yang berkahwin bukan perkara yang boleh mengubah hukum. Sepatutnya program sesuai digarap bagi menjaga kebajikan perempuan muda yang berkahwin ini. Undang-undang mestilah disesuaikan dengan agama bukan agama disesuaikan dengan undang-undang.

Pasangan bernikah pada usia muda sepatutnya diberi bantuan dari segi persediaan alam rumah tangga, meneruskan persekolahan atau pengajian dan meningkatkan ekonomi keluarga. Malangnya, bukan saja perempuan muda yang berkahwin tidak dijaga kebajikannya, tetapi wanita dewasa juga banyak mengalami masalah kebajikan mereka terabai.

Tiada pembelaan yang baik kepada pasangan berkahwin sehingga mencatatkan indeks perceraian yang tinggi akibat tiada persefahaman. Kursus praperkahwinan kepada bakal pengantin tidak membekalkan ilmu yang patut mereka miliki untuk melayari bahtera perkahwinan.

Saya berpandangan walau apapun keadaannya, dalam setiap tindakan kita janganlah sampai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Setiap pandangan kita hendaklah digarap berteraskan kepada agama.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my

Sharing is caring ^_^

Wednesday, 3 April 2013

Beza Muslim & Mukmin


Beza antara seorang muslim dan mukmin bangun pagi.

Anak: Ayah, kenapa saya tengok ayah hari Isnin sampai Jumaat ayah bangun awal pagi?
Ayah: Mestilah, ayah hendak solat subuh, kena bangun awal pagi.
Anak: Solat subuh?
Ayah: Ya, kenapa?
Anak: Tapi kenapa sabtu dan ahad selalu ayah bangun lewat, kadang-kadang nak dekat pukul 7 baru ayah bangun.
Ayah: Erkk sebab sabtu dan ahad ayah cuti, tak kerja.
Anak: Jadi, hari isnin sampai jumaat ayah bangun awal pagi sebab solat subuh atau sebab kerja?
Ayah: Erkkkkk, kerja, kerja itu pun ibadah. hehe
Anak: Yelaaaa ayahkuuuuuuu.

Sharing is caring ^_^

Monday, 1 April 2013

::..Kisah Jodoh..::


Dear someone and someone out there, PLEASE read this storyyy :'D 
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin
emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Sharing is caring ^_^

Be a good Muslim



Don't tell people that you are a Muslim, show them you are a Muslim.
Remember: Actions speak louder than words.

Sharing is caring ^_^