Pengenalan
Yayasan
Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail adalah sebuah badan bukan kerajaan
(NGO) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 di mana ianya menyediakan
kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Yayasan ini ditubuhkan pada pertengahan
tahun 1999 dan sesi pengambilan pertama anak-anak ialah pada September 1999
iaitu seramai 30 orang. Sehingga kini setelah 5 tahun beroperasi, asrama yang
diberi nama Rumah Ilham ini boleh dimuatkan sehingga 80 orang anak-anak hanya
menempatkan 60 orang anak-anak sahaja. Jumlah tersebut dikekalkan mengikut
kemampuan kewangan yang sedia ada. Oleh kerana kawasan dan bangunan yang ada
agak terhad, asrama ini hanya menempatkan pelajar lelaki sahaja.
Yayasan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim, tetapi
juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan disiplin meliputi
fizikal, mental dan rohani. Yayasan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang
dalam bidang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama
akhlak dan tingkah laku juga adalah terpuji. Dengan ini mereka boleh menjadi
harapan bukan sahaja keluarga bahkan pada agama, bangsa dan Negara
Pengenalan
Kumpulan kami disertai oleh 40 orang pelajar dari berbagai-bagai program
seperti syariah, teknologi maklumat, dan sebagainya. Penempatan kami adalah
terletak di Asrama Jabatan Belia dan Sukan, Bukit Kiara. Kami disambut mesra
oleh Tuan Haji Hanafiah b. Haji Yusof selaku penolong pegawai Belia dan Sukan
dan Encik Mohamad Zaffa b. Mustaffa iaitu jurulatih Rakan Muda Jabatan Belia
dan Sukan yang juga guru arobik kami sepanjang berada di sana. Penempatan yang
disediakan amat memuaskan dan selah-olah berada di penginapan mewah. Kumpulan
kami di pecahkan kepada dua iaitu satu kumpulan akan ke Yayasan Anak-anak
Yatim, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail dan satu lagi ke Perumahan Orang Asli Desa
Temuan, Bukit Lanjan. Saya dikehendaki berada di Yayasan Anak-anak Yatim iaitu
Rumah Ilham.
Objektif
Program
- Mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan kepada generasi muda intelek bagi mengukuh dan membangunkan jalinan intergrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat
- Menggerakkan jentera atau tenaga muda iaitu mahasiswa belia sebagai pemimpin kepada perubahan sosial
- Memberi kesedaran dan pemahaman kepada golongan intelek terhadap peranan dan tanggungjawab dalam pencapaian pembangunan modal insan
- Membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasakan ilmu pengetahuan yang disalurkan melalui mahasiswa belia
Jadual Aturcara Perlaksanaan Program Rakan Muda Wawasan
Desa IPT
Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
Kawasan Kepong / Segambut
Hari Pertama ( 15 Disember 2006 )
3.00 ptg - Peserta tiba di Asrama Jabatan Belia
dan Sukan, Bukit
Kiara dari Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor
( KUIS ), Bangi
4.00 ptg - ‘Check in’/ Urusdiri
4.30 ptg - Minum Petang
- Suai kenal dan ‘ice breaking’
- Pembahagian kumpulan
- Senamrobik
6.30 ptg - Berehat
- Solat Maghrib
8.00 mlm - Makan Malam
8.30 mlm - Bicara Program Khidmat Muda Wawasan
Desa IPT
Bersama :
* AJK Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman
Tun Dr. Ismail
* AJK Perumahan Orang Asli
Desa Temuan, Bukit Lanjan
11.00 mlm - Kudapan / Rehat
Hari Kedua ( 16 Disember 2006 )
7.30 pg - Sarapan Pagi
8.00 pg - Bertolak ke Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman
Tun
Dr. Ismail
- Bertolak ke Perumahan Orang Asli, Desa Temuan Bukit
Lanjan
9.00 pg - Program Gotong-royong bersama Anak-anak
Yatim
di sekitar kawasan Anak-anak Yatim, Pinggir Taman Tun
Dr. Ismail
·
Mengecat 4 blok bahagian
dalaman asrama lelaki
·
Mengecat 1 bilik bahagian
dalaman bilik bacaan
·
Mengecat pagar batu utama
depan pejabat
·
Mengecat balconi asrama
lelaki
·
Mengecat grill tangga setinggi
2 tingkat
·
Mengecat 4 bahagian dalaman
bilik air
·
Kebersihan dalaman dan
luaran
10.30 pg - Minum Pagi
- Gotong-royong diteruskan
1.00 ptg - Makan Tengahari
- Berehat
- Solat Zohor
2.30 ptg - Acara Gotong-royong diteruskan
5.00 ptg - Minum Petang
- Solat Asar
- Berehat / Urusdiri
7.00 mlm - Solat Maghrib / Tazkirah / Bacaan
Yaasin dan Tahlil
- Solat Isyak
- Makan Malam
- Bersama Anak-anak Yatim
10.00 mlm - Pulang ke Asrama Jabatan Belia dan
Sukan, Bukit Kiara
Hari Ketiga ( 17 Disember 2006 )
7.30 pg - Sarapan Pagi
8.30 pg - Persiapan Sukaneka
- Senamrobik bersama Anak-anak Yatim
dan penduduk
Komuniti Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail
9.00 pg - Sukaneka Anak-anak Yatim dan penduduk
Komuniti
Pinggiran Taman Tun Dr.
Ismail
11.15 pg - Persiapan Majlis Penutup
12.30 t/hari - Majlis
Penutup Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT
1.30 t/hari - Jamuan
- Bersurai
Perkara
Positif
·
Mengeratkan hubungan
antara pelajar dan penghuni rumah anak yatim serta kakitangan yang terlibat
dalam perlaksanaan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT Yayasan Anak-anak Yatim,
Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail
·
Menanam rasa insaf dan
bersyukur dalam diri akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri.
Walaupun mereka berjauhan dari keluarga, namun mereka mampu berdikari
meneruskan pengajian dan kehidupan di samping rakan-rakan serumah yang lain
yang senasib dengan mereka.
·
Membina semangat
dalam diri untuk membantu meningkat taraf hidup anak-anak yatim bukan sahaja di
Rumah Yayasan Anak-anak Yatim, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail sahaja malah di
tempat lain juga. Semangat dan dorongan dari kita akan dapat menguatkan
semangat mereka tanpa rasa malu berdepan dengan masyarakat.
Komen / Cadangan
- Diharap program seumpama ini dapat diteruskan dan dilaksanakan pada masa akan datang terutama oleh pihak Rakan Muda
- Sistem pengangkutan dikaji semula dari segi perlaksanaan kerana tidak lancer dan tidak tiba pada waktu yang ditetapkan sehingga boleh mengganggu jadual perjalanan program yang bakal dilaksanakan
- Melanjutkan tempoh bersama anak-anak yatim lebih lama sehingga dapat mewujudkan keakraban antara kami.
Kesimpulan
Respond
Mahasiswa
·
Rata-rata semua pelajar yang
terlibat menjayakan program dengan jayanya dan menjalankan tugas seperti
mengecat dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
· Walaupun program ini hanya
dilaksanakan dalam masa yang singkat namun kemesraan terpancar antara pelajar
dan penghuni Rumah Ilham.
Respond
Masyarakat
· Masyarakat setempat
menerima kehadiran kami dengan penuh mesra dan dilayani seolah-olah kami tetamu
yang istimewa
·
Mereka sedia memberi tunjuk
ajar kepada kami seandainya kami melakukan kesilapan atau tidak mahir dalam
sesuatu perkara
· Ada
di kalangan mereka yang masih menghubungi kami dan kerap bertanya khabar
walaupun kami tidak mempunyai pertalian namun hubungan yang terjalin seakrab
perhubungan kami di sana
0 comments:
Post a Comment