Friday, 28 December 2012

Hakikat Kebenaran.............


Sebuah pengajaran cina datang ke minda saya di mana, apabila guru-guru ingin mengajar ilmu kepada para pelajar mereka, guru-guru ini selalu berkata:

“Jikalau seseorang itu haus, kamu berikannya separuh cawan air. Jikalau dia masih haus, kamu berikannya lagi separuh cawan air”.

Ini bermakna yang pertamanya, apabila seseorang itu ingin memperlajari ilmu, dia haruslah berasa haus akannya. Dan apabila kehausan ilmu mereka dikomunikasi kepada kamu, maka kamu bekalkan mereka dengan separuh daripada ilmu tersebut!

Jangan berikan mereka ilmu itu secara sekaligus kerana ini hanya akan menjauhkan mereka dari ilmu itu. Berikan mereka separuh dahulu. Jikalau mereka meminta lagi, berikan lagi separuh ilmu itu kepada mereka. Jikalau mereka tidak meminta lagi, maka ia bukan tanggungjawab kamu! Mereka akan mempelajarinya dalam kehidupan mereka kelak.

Cara yang terbaik untuk menerima dan mengubah cara pemikiran mereka adalah dengan mereka sendiri melalui pengalaman itu. Juga dengan cara mereka mengkaji ilmu itu sendiri dari diberitahu oleh orang lain.

Jadi jika kamu ambil kisah pasal seseorang, atau jika kamu ingin mengongsi maklumat ini…kamu harus lakukannya dengan cara yang bijak.juga kamu haruslah menarik minat mereka dengan memberi jawapan dari sebaliknya menanya soalan kepada mereka.

Sambil-sambil kamu menonton berita dengan rakan kamu, dan dia pula bertanya tentang situasi-situasi tertentu yang sedang disalurkan dalam berita…kamu Tanya dia, mengapa kamu rasa ia sedemikian? Mengapa kamu rasa berita ini ditayang-tayangkan kepada kita?

Melalui perbincangan yang berikut dari sebaliknya memberi khutbah kepadanya, kamu akan membina sebuah hubungan kepercayaan dan keseksaan di antara kamu dan pendengar kamu.



Sharing is caring ^_^

0 comments:

Post a Comment