Thursday, 22 November 2012

Perundangan Syariah Di Malaysia: Satu Analisis Sejarah


PENGENALAN

Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, undang-undang Islam telah pun diterima dalam istiadat atau adat masyarakat tempatan. Kedua-dua bentuk adat yang utama ialah Adat Temunggung dan Adat Perpatih. Oleh kerana itu, boleh disimpulkan bahawa undang-undang yang dilaksanakan ketika itu ialah undang-undang Islam yang telah diubahsuai oleh adat Melayu. Walaubagaimanapun, pentafsiran tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana pentafsiran tersebut merupakan daripada pemikiran para sarjana Barat seperti Hooker dan lain-lain. Persoalannya kini, adakah undang-undang ketika itu merupakan hasil undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat Melayu atau ianya merupakan undang-undang yang dipengaruhi oleh adat Melayu tetapi telah diubahsuai dan dipengaruhi oleh undang-undang Islam? Perlu diingat bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang yang khusus dicipta Allah tanpa boleh dipengaruhi oleh mana-mana unsur yang bertentangan dengannya samaada daripada adat Melayu dan sebagainya.

Penulisan ini akan meninjau dengan lebih khusus tentang pemakaian undang-undang Islam sebelum penjajahan dan perubahan yang berlaku selepas era kemerdekaan. Tidak dapat dinafikan bahawa telah wujud pemakaian undang-undang Islam dalam Undang-undang Melaka, Terengganu, Johor dan Perak sebelum penjajahan British yang membuktikan cara hidup Islam telahpun diamalkan oleh masyarakat ketika itu.

PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA : ERA KESULTANAN MELAYU

Adapun Islam mula bertapak di rantau nusantara kira-kira pada abad 13 dan di Melaka lewat satu kurun kemudian. Di zaman pemerintahan Melaka, suatu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka,telah diperkenalkan dan diterima pakai sebagai undang-undang Islam. Walaupun ia banyak merujuk kepada undang-undang adat dan bukannya semuanya Islam,namun ia sudah cukup untuk membuktikan undang-undang Islam berada di tahap tertinggi ketika itu.

Sebenarnya Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka merupakan hasil rujukan daripada teks Abu Shuja’ at-Tariq dan Fath al-Qarib oleh Ibn Qasin al-Ghazzi. Malah undang-undang ini juga dikatakan mengandungi perundangan Islam dan ianya terdiri daripada Undang-undang Melaka Asal, Undang-undang Laut, Undang-undang Keluarga dan Undang-undang Jual Beli. Di Perak, terdapat Undang-undang 99 Perak. Bagi negeri Terengganu, undang-undang Islam telah ditadbir dengan berkesan di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Bagi negeri Johor, Majallah Al-Ahkam dari Turki telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan dipakai di Johor. Malah pada akhir abad ke 19,Perlembagaan Johor melalui Artikel 2 menyatakan dengan jelas bahawa raja yang terpilih hendaklah bangsa Melayu berdarah raja,laki-laki dan beragama Islam.Malah agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi bagi Johor.

Boleh dinukilkan di sini bahawa sebelum penjajahan Inggeris, kuasa Sultan atau Raja adalah meliputi semua perkara termasuklah adat istiadat Melayu dan persoalan agama Islam. Didapati bahawa sebahagian kuasa pentadbiran ketika itu ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam di negeri masing-masing begitu juga dengan kuasa eksekutif juga ditangan mereka.

Melihat kepada bukti-bukti sejarah,memang menjadi kenyataan bahawa undang-undang Islam merupakan undang-undang utama di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan dalam satu kes iaitu Sheikh Abdul Latif & Others lwn Shaikh Elias Bux, mahkamah memutuskan undang-undang yang terpakai kepada orang Islam pada masa itu adalah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat tempatan. Dalam satu kes terpenting, Ramah lawn Laton, mahkamah semasa penjajahan Inggeris menerima hakikat bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang tempatan Tanah Melayu, malah undang-undang Islam mestilah diberi pengiktirafan oleh mahkamah. Walaubagaimanapun, pada pandangan penulis, skop undang-undang Islam yang dimaksudkan hasil dari penghakiman tersebut bukannya meliputi keseluruhan undang-undang Islam tetapi hanya meliputi persoalan tertentu sahaja melibatkan undang-undang diri dan prosedural sahaja.

Sejarah juga telah membuktikan Perjanjian Pangkor 1874 menjadi titik bermulanya penasihat British di Tanah Melayu secara rasmi. Pengaruh undang-undang Inggeris mula menular selepas pihak Inggeris memperkenalkan sistem penasihat British atau Residen melalui perjanjian dengan Sultan atau Raja di negeri Tanah Melayu. Penasihat Inggeris telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran kecuali dalam urusan agama Islam dan adat Melayu.Ini menyebabkan skop undang-undang Islam disempitkan sehingga agama Islam hanya diterima pakai dan tertumpu dalam hal-hal berkaitan kekeluargaan yang melibatkan persoalan prosedur dan pentadbiran sahaja.

KEMASUKAN PERUNDANGAN INGGERIS

Pada pandangan penulis, kemasukan undang-undang Inggeris ke Tanah Melayu berdasarkan kepada 3 cara utama. Pertama melalui statut Inggeris yang diperkenalkan di Tanah Melayu. Diantara undang-undang yang diterima pakai ialah Kanun Jenayah(Penal Code), Enakmen Keterangan(Evidence Enactment), Enakmen Kontrak(Contract Enactment), Kanun Acara Sivil(Civil Prosedure Code), Kanun Acara Jenayah(Criminal Prosedur Code) dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Melalui penggunaan perundangan ini, undang-undang Islam yang berkaitan dengan bidang-bidang ini telah diketepikan pemakaiannya. Kes yang berkaitan dengan masalah ini ialah seperti dalam kes PP lwn White. White asalnya adalah Kristian dan dia telah berkahwin dengan seorang perempuan Kristian.Kemudian semasa isterinya masih hidup,dia telah berkahwin dengan seorang Islam dan dia turut menganut Islam.Dia telah dituduh melakukan kesalahan bigami di bawah Kanun Keseksaan kerana dikatakan White masih terikat dengan syarat monogami perkahwinan yang pertama. Jika ditinjau berdasarkan kes ini, jelas menunjukkan undang-undang Islam telah diketepikan. Undang-undang Islam tidak melarang poligami tetapi mahkamah mengikut peruntukan berdasarkan Kanun Keseksaan walaupun White telah memeluk Islam ketika itu.

KONSEP DULUAN MENGIKAT

Cara kedua ialah melalui keputusan hakim atau secara lebih tepat melalui konsep duluan mengikat. Umum mengetahui bahawa dalam amalan Common Law, keputusan mahkamah yang lebih tinggi mengikat mahkamah bawahan dan keputusan sebelum mengikat keputusan mahkamah selepasnya.Namun apa yang hendak dibincangkan,hakim yang mendengar kes di Mahkamah Sivil berkelulusan England dan lazimnya akan merujuk kepada perundangan Inggeris sekiranya wujudnya masalah yang tidak boleh diselesaikan mengikut undang-undang bertulis.Pada satu ketika,usaha telah dibuat untuk meringankan bebanan hakim-hakim Mahkamah Sivil itu dengan diadakan undang-undang,Enakmen Penentuan Undnag-undang Islam 1930,yang membolehkan hakim-hakim Mahkamah Sivil merujuk soalan tentang undnag-undang Islam ke Majlis Kerajaan Negeri untuk pendapatnya dan kemudian memutuskan kes itu menurut pendapat itu. Akan tetapi Enakmen itu telah dimansuhkan apabila undang-undang pentadbiran undnag-undang Islam diadakan di negeri-negeri Melayu.

PENGENALAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG SIVIL 1937, 1951 DAN ORDINAN UNDANG-UNDANG SIVIL 1956

Disamping itu, penggunaan undang-undang Inggeris menjadi rujukan utama setelah adanya Enakmen Undang-undang Sivil 1937, 1951 dan Ordinan Undang-undang Sivil 1956. Mengikut undang-undang Sivil, mahkamah di Tanah Melayu seharusnya menerima pakai peraturan ekuiti sebagaimana yang terpakai di England pada 7 April 1956 dan juga Common Law di England. Ordinan Undang-undang Sivil 1956 juga dipanjangkan pemakaiannya ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1971. Dalam hal ini, seseorang hakim akan merujuk kepada Common Law di England dan peraturan ekuiti bersama statut umum yang berkuatkuasa di England pada 1 Disember 1951 untuk negeri Sabah dan pada 12 Disember 1949 di Sarawak.Penguatkuasaan itu menyebabkan segala kes sivil adalah tertakluk kepada prinsip undang-undang Inggeris.

Enakmen tersebut secara jelas telah menyekat dan menyempitkan pemakaian hukum syarak serta bidang kuasa Mahkamah Syariah (Mahkamah Kadi ketika itu).Sebagai contoh dalam kes Myriam lwn Ariff. Dalam kes tersebut, seorang ibu telah menuntut hak jagaan anak lelaki yang berumur 3 tahun dan anak perempuan 8 tahun.Apabila perceraian berlaku, Mahkamah Syariah telah putuskan untuk memberi hak penjagaan kepada bapanya.Kemudian,ibu telah berkahwin dengan lelaki lain dan dia memohon hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi.Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa Mahkamah mempunyai bidangkuasa mendenagar kes tersebut.Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa di bawah undang-undang Sivil dan undnag-undang Islam, pertimbangan utama hendaklah diberi kepada kebajikan kanak-kanak itu dan dalam kes itu, Mahkamah Tinggi telah memberi hak penjagaan anak lelaki kepada ibunya dan anak perempuan kepada bapanya. Ini bertentangan dengan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agma Islam(ketika itu) yang menghalang hak penjagaan anak kepada ibunya sekiranya ibu tersebut telah berkahwin dengan lelaki lain.sayangnya di dalam kes ini,hakim telah mengatakan beliau tidak semestinya mengikut dengan tepat apa yang diperuntukkan di dalam agama Islam.

Hal yang sama juga berlaku dalam kes Ainan lwn Syed Abu Bakar apabila soal kesahtarafan seorang anak yang dilahirkan empat bulan selepas perkahwinan ibunya dengan seorang lelaki ditimbulkan di Mahkamah Tinggi di Perak, rujukan telah dibuat oleh mahkamah itu kepada Seksyen 112 Enakmen Keterangan yang dikatakan dikenakan juga kepada orang-orang Islam.Oleh itu, undang-undang Islam tidak boleh dipakai. Walaubagaimanapun,terdapat juga kes yang mempunyai “double provision” atau dualisme iaitu yang mempunyai peruntukkan yang sama atau bertindan samaada di Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Harta pencarian sebagai contoh ialah perkara yang dulunya boleh diputuskan oleh Mahkamah Sivil dan di Mahkamah Syariah. Di Mahkamah Sivil, perkara harta sepencarian dianggap sebagai soal adat Melayu dan bukannya soal undang-undang Islam seperti yang disebutkan di dalam kes Roberts lwn Umi Kalthom, Mohamad lwn Commissioner of Lands dan Boto lwn Jaafar. Sebaliknya apabila Mahkamah Syariah memutuskan kes tuntutan harta sepencarian,ia merujuk kepada persoalan undang-undang Islam. 

Walaubagaimanapun, pada masa sekarang, nampaknya tuntutan harta sepencarian hanya boleh dibawa di Mahkamah Syariah oleh kerana pindaan kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah dibawahnya tidak mempunyai bidangkuasa dalam mana-mana perkara yang termaktub dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini kerana Jadual 9 Senarai II Senarai Negeri telah memberi bidang kuasa khusus kepada Negeri melalui Mahkamah Syariah bagi mendengar segala kes berkaitan harta sepencarian. Malah peruntukkan ini juga termaktub dalam Enakmen Keluarga Islam di setiap negeri yang memperuntukkan seksyen khusus tentang pembahagian harta sepencarian.

SISTEM MAJLIS NEGERI – PENGENALAN UNDANG-UNDANG DIRI

Selain itu, cara ketiga kemasukan perundangan Inggeris di Tanah Melayu ialah dengan penubuhan sistem Majlis Negeri oleh pihak Inggeris yang berperanan untuk membuat statut-statut bertulis dan bertindak sebagai satu badan eksekutif. Malah pemakaian Common Law dan Ekuiti melalui enakmen Undang-undang Sivil seperti yang telah dibincangkan sebelum ini telah mengukuhkan undang-undang Sivil dan menyempitkan lagi tafsiran undang-undang Islam yang sebenar. Pada pandangan penulis, penyempitan itu dikukuhkan lagi dengan pengenalan undang-undang khusus yang mentadbir hal ehwal orang Islam dalam perkara-perkara yang terhad. 

Kesemua undang-undang ini diluluskan melalui Majlis Negeri yang mereka asaskan dan mereka menjadi penasihatnya. Sebagai contoh, pihak Inggeris lebih menumpukan kepada undang-undang diri yang diperkenalkan dan terbahagi kepada tiga undang-undang yang paling utama iaitu undang-undang keluarga,harta dan kesalahan terhadap agama. Pertama, kandungan undang-undang keluarga meliputi perkara yang berkaitan dengan pertunangan dan mungkir janji pertunangan, mahar, soal wali, perceraian misalnya talak biasa, khulu’ dan fasakh. Sementara undang-undang berkaitan dengan harta pula hanya tertumpu kepada soal harta pusaka, wasiat dan harta wakaf orang-orang Islam yang banyak berkaitan dengan undang-undang bertulis lain dan bukanya perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam. Kemudian bagi perkara yang berkaitan dengan kesalahan terhadap agama seperti kesalahan tidak mendaftarkan perkahwinan dan perceraian,mengakadnikah tanpa kebenaran atau tidak mengikut undang-undang,kesalahan yang berkaitan dengan moral seperti berzina, berkhalwat, meminum arak serta hal-hal yang berkaitan dengan akidah misalnya tidak bersolat Jumaat, tidak membayar zakat, tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan sebagainya.

PENGASINGAN URUSAN AGAMA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU

Seperti mana diketahui, pihak Inggeris telah mengasingkan bidang kuasa dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu kepada Sultan atau Raja sesebuah negeri.Walaubagaimanapun, sebagai pihak eksekutif, mereka beranggapan perlu diwujudkan satu pentadbiran yang tersusun melalui pengenalan sistem perundangan menerusi Majlis Negeri yang bertindak sebagai badan pemutus dan pengesah sesuatu statut bertulis. Penubuhan Majlis Negeri ini telah dibincanagkan oleh penulis sebelum ini. Namun apa yang ingin ditumpukan penulis ialah walaupun bidang kuasa agama dan adat istiadat Melayu telah diasingkan, tetapi Inggeris masih melaksanakan perundangan yang meliputi soal agama Islam seperti pengenalan enakmen Pendaftaran Perkahwinan dan Perceraian Orang Islam. 

Begitu juga pentadbiran Mahkamah Kadhi melalui Enakmen Mahkamah Syariah. Mereka beranggapan bahawa mereka tidak mencampuri urusan agama tetapi sebagai pihak yang mempunyai kuasa eksekutif yang mutlak,maka adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga kepentingan awam tanpa mengira agama. Sebab itu, pihak Inggeris berjaya memperkenalkan undang-undang pentadbiran bagi tujuan penyelarasan semua undang-undang yang diperkenalkan. Bidang kuasa agama Islam yang diberi kepada Sultan oleh Inggeris pada pandangan penulis hanyalah meliputi soal hukum syarak sahaja dan tidak meliputi soal pentadbiran agama Islam secara keseluruhannya.Perlu diingat bahawa pihak Inggeris hanya berbidang kuasa dalam aspek pentadbiran dan prosedural undang-undnag Islam sahaja tanpa campur tangan dalam persoalan asas hukum syarak yang sebenar.

KESAN DAN IMPLIKASI HINGGA KINI

Kesimpulan kesan daripada pengaruh Inggeris dalam pentadbiran hal ehwal Islam ini dan juga daripada kes-kes yang diputuskan yang melibatkan soal adat Melayu dan hukum syarak telah mempengaruhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang digubal kemudiannya dan juga memberi kesan kepada perkembangan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. Pada pandangan penulis juga, kebanyakan penghakiman dibuat hanya mengambil kira aspek prosedur dan keterangan yang jika dipenuhi maka barulah ia mengambil kira hukum syarak atau perundangan Islam. Boleh juga diambil kira bahawa kebanyakan kes di Mahkamah Sivil yang ditafsirkan melibatkan undang-undang Islam ialah merupakan persoalan undang-undang diri yang melibatkan orang-orang Islam dan bukannya melibatkan undang-undang jenayah awam. Apa yang boleh dikatakan ialah kesalahan-kesalahan tersebut hanya ditafsirkan sebagai kesalahan agama atau kesalahan melanggar peruntukan undang-undang pentadbiran agama.

Mungkin kerana itu, meskipun dalam sejarah penghakiman Inggeris di Tanah Melayu ada dicatatkan bahawa undang-undang Inggeris bukan merupakan undang-undang asing tetapi sebagai undang-undang negeri,sebenarnya ia hanyalah merujuk kepada undang-undang diri sahaja. Dan mungkin juga kerana semua pengalaman ini sejak zaman penjajahan British,pembentukkan Perlembagaan Persekutuan di bawah Suruhanjaya Reid telah memikirkan bentuk dan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang akhirnya membentuk Jadual 9 Senarai II Senarai Negeri yang memberi kuasa mutlak kepada negeri untuk menyusun pentadbiran agama Islam dan bukannya kepada persekutuan. Malah hingga kini, kebanyakan peruntukan tentang agama Islam juga hanya mengkhususukan kepada undang-undang diri sahaja.


Sharing is caring ^_^

Jual Kereta Kesayangan Bantu Baby Sakit

Family of Rare Disease Baby 'Grateful'

A stranger who raffles his beloved race car to help a baby he's never met.

A caring, intrepid team of doctors halfway around the world who could save that baby's life.

And watching that wide-eyed baby giggle with his 3-year-old sister.

They're the moments that make the parent of a child with a disease so rare he's just one of 14 people in the world who have it thankful.

"I think life throws a lot of curveballs, and this is definitely one of them," said Jenna Buswell, the mother of 9-month-old Casen Buswell.

(Courtesy: Jenna Buswell)

The past nine months have been spent taking Casen, who is only one of 14 people in the world with a rare vascular disease called glomuvenous malformations plaque type, to doctor's appointments.

The disease causes Casen's breathing to be labored and his blood vessels, skin and muscles to harden, something that will only worsen as he gets older unless he receives lifesaving care in Belgium, where a husband and wife team are the only doctors in the world who have experience treating the rare disease.

"Being a special education teacher, I'm used to working with high needs children. I never envisioned that was going to my life at home," Buswell said. "We're so grateful Casen is our son so we can fight for him and advocate for him."

Through the bad news at doctors' appointments, the hospital stays and medical bills, Jenna Buswell said she's been overwhelmed by the generosity and support her family has received from strangers, making this Thanksgiving, baby Casen's first, especially meaningful for the Puyallup, Wash., family.

"We'll be thinking about what everyone else is doing who helped us. And what they have done for us and we look forward to the day when we can give back," she said.

Buswell said she keeps a scrapbook documenting all of the acts of kindness, many on the part of complete strangers that have touched her family, in the hope that she will one day be able to teach her son about gratitude.

There was racing enthusiast Ron Cook, from nearby Arlington, who raffled his beloved 1957 Chevy Bel Air netting $11,000 for the family, who were complete strangers to him before he saw a report on ABC News' affiliate KOMO.

The good deed was then carried on when the winner of the car, octogenarian Della Phillip, vowed to sell it and donate the proceeds to the Buswell family.


Then there are the doctors, including those in the United States, who have treated Casen and kept in communication with his specialists in Belgium.

And the strangers, the people who heard about Casen's story and left encouraging notes for the Buswells or donated to them online.

"The thing I want everyone to know is that our Thanksgiving table may be small when we're eating dinner, but it's really going to be quite large. I'll be thinking of everyone who has helped us," Buswell said. "This Thanksgiving is about living every moment to the fullest."

Source: www.yahoo.com

Sharing is caring ^_^

Sunday, 18 November 2012

Universiti Kita Seperti Sekolah Menengah??

Oleh:ZulaikhaZulkifli
 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem universiti yang ada di negara kini seperti sistem pendidikan sekolah menengah kerana tidak memberi ruang untuk berbincang dan mengupas tentang sesuatu topik secara bebas.

Beliau berkata, sistem yang ada kini berbeza dengan sistem universiti sebelum ini yang "lebih hidup" dengan membenarkan mahasiswa serta ahli akademik mengolah dan mengkritik sesuatu isu.

"Untuk meningkatkan mutu pendidikan itu sendiri soalnya (ialah) soal kemudahan dan mutu pendidikan bermula dengan asas falsafah dan kini falsafah pendidikan dilihat kian merosot. (Ia) bermula dengan universiti-universiti dikehendaki lebih kurang macam sekolah menengah sahaja.

"Saya masih ingat anda semua yang seangkatan saya dulu, lebih hidup wacana di universiti, forum dan seminar mengenai pendidikan, ekonomi, kemiskinan dan (ini) memberi ruang kepada mahasiswa dan para akademik untuk mengupas dan mengolah secara bebas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara anjuran Yayasan Selangor di Universiti Selangor (Unisel) di Shah Alam hari ini.

Selain itu, Anwar berkata lagi, berbeza dengan sistem yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat sekiranya dapat mengambil alih kuasa, sistem pendidikan yang akan dilaksanakan adalah demi pembangunan saksiah dan pembentukan akhlak.

"Pendidikan ini istilah yang berat. Tetapi kita jangan lupa, asas kita. Asasnya ialah al-Quran dan Sunnah. Kita juga harus peka Malaysia ini masyarakatnya pelbagai kaum. Maka usaha untuk jelaskan bahawa pendidikan itu harus punyai asas etika yang kukuh dan ia tidak lari dari sandaran agama.

"Bila kita ambil alih kuasa, hal ini kita akan tentukan tetapi untuk memahami keadaan semasa dan tuntutan pelbagai kaum dan agama, saya akan pastikan input dari semua harus ada. Ini dasar pendidikan nasional.

"Antara fokus kerajaan sekarang ialah pembelajaran komputer di sekolah. Tumpuan itu bukan pendidikan di sekolah tetapi memberi komputer. Komputer di hantar ke sekolah di Sarawak, elektrik tak ada, komputer pun dikembalikan," katanya lagi. 

 
p/s: Artikel ini hanya satu penyiaran oleh admin & tidak semestinya pandangan admin. Ia hanya sebagai renungan kepada kita & percambahan pengetahuan. Segala komen & maklum balas adalah tanggungjawab sendiri. 

Sharing is caring ^_^

Hiburan Dari Si Manja

Aksi manja Jetli a.k.a adik...eiii geramm

Menikus ape tu?? haha..

Iyahhh...aksi candit except suzy haha

Awat ceq...sedih je. Lapaq ye..:)

Adik jgn main arang nnt hitam stokin...hehe

Suzy bersahaja...ohh ;P
Alahai gebunya bulumu...tringat kat abg memey 
Suzy yg sk bergambr haha
Mata abg jackie bersinar-sinar tuh!
Adik jgn tdo main la dlu
Lihatlah perotku yg ramping ini...haha cekononnya
Ni aksi ape ni? haha..
Yin yang 3 version

Bolatnya mata abg jack..suji nyeper skali :P
Akulah X-men punya org...haha

Mata bengkak kena sengat...tulah nakal sgt. nk tunjuk hero
Hidung double colour...sebelah kental sebelah jambu haha
Adik & muka menjanya...haha
Tempat landing pling bes..aduhai nk gn meja xleh. Nk kejutkan kecian...cobaan :)


Sharing is caring ^_^

Buah-buahan Snek Berkhasiat


Buah-buahan sebenarnya mampu dijadikan sumber untuk menyerlahkan penampilan disamping mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Malah rasanya yang manis dan harganya pula murah dan juga boleh menyempurnakan diet anda memandangkan ia mudah didapati. Oleh itu, gantikan makanan tidak berkhasiat seperti snek kepada buah-buahan.

Jenis-jenis buah-buahan yang boleh didapati adalah seperti tembikai,pisang,mangga,betik dan kiwi mempunyai khasiat-khasiat yang tertentu . Antara khasiat buah-buahan ini adalah vitamin C dan juga vitamin A . Buah-buahan yang mengandungi vitamin C dapat membantu anda memulih dan menambah tisu tubuh badan selain memantapkan sistem imunisasi. Vitamin C turut dapat mencerahkan kulit wajah.

Jika anda mempunyai masalah penglihatan seperti rabun terutamanya rabun malam, vitamin A adalah penawar terbaik. Kandungan dalam vitamin A dapat membantu memulihkan masalah penglihatan serta mampu melawan penyakit.

Jika anda tidak tahu bagaimana mahu memilih buah yang mempunyai vitamin A, pilih buah-buahan yang berwarna merah, oren atau kuning kerana kandungan Carotenoids di dalamnya mampu bertukar kepada vitamin A ketika proses penghadaman berlaku. 


Manakala buah-buahan seperti nenas, avocado, kismis, epal, anggur dan limau mandarin mempunyai khasiat serat , potasium dan juga protein yang bagus untuk kesihatan. Serat membantu anda melawan penyakit kanser, menurunkan tahap kolestrol dan tahap gula dalam tubuh badan. Manakala protein pula adalah nutrisi yang terbaik untuk mengatasi masalah seperti keguguran rambut, pening kepala, kesukaran untuk tidur dan juga masalah kulit kering.

Potasium juga satu nutrisi yang baik untuk mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu dimana ia juga membantu menguatkan otot. Oleh itu, tambahkan buah-buahan yang mengandungi potasium dalam diet harian anda kerana ia juga mampu menyelesaikan simptom-simptom seperti tekanan darah tinggi, diebetis dan kelemahan memori.

Oleh itu makanlah buah-buahan segar yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan anda.

Buah-buahan & sayur-sayuran berada pada kedudukan penting dalam diet pemakanan kita.
Source: http://aristons.blogspot.com
Sharing is caring ^_^

BSK @ Berita Harian: BEBAN NAFKAH

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan inovasi baru Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bermatlamatkan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang tidak dipatuhi oleh bekas suami/bapa.

Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Kerajaan juga telah menyuntik dana kepada BSK untuk disalurkan kepada ibu-ibu tunggal/ anak-anak yang terkesan dengan sikap ketidakbertanggungjawaban bekas suami/bapa masing-masing.

Setelah 3 tahun beroperasi, BSK meneruskan kesinambungan dasar utamanya untuk memperkasakan perintah-perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah demi untuk memastikan motto utama JKSM ‘Syariah Asas Keadilan’ dapat terus dijana dan direalisasikan.

Ikuti laporan eksklusif BSK bersama wartawan Berita Harian untuk rujukan lanjut berkenaan perjalanan BSK.

BEBAN NAFKAH

Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my


01


Masalah bekas suami culas dan liat membayar nafkah kepada bekas isteri serta anak selepas pelaksanaan perintah mahkamah bukan cerita baru. Tidak keterlaluan, jika dikatakan hampir semua negara di dunia mempunyai masalah seumpama itu dengan pelbagai alasan diberikan. Lantaran itu, terdapat banyak institusi di peringkat antarabangsa yang mengambil berat mengenai persoalan dan pemasalahan berkaitan keluarga. 

Di sesetengah negara mengorak langkah lebih awal dan proaktif menubuhkan agensi atau badan khas yang berperanan untuk memastikan pelaksanaan perintah berjalan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.
Contohnya, termasuklah di Australia dengan tertubuhnya  ‘Child Support Authority (CSA)' yang mana matlamat penubuhan ialah bagi menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan hak saraan dan nafkah kepada kanak-kanak. 

Bantuan Ringan Beban


Di Malaysia, nasib wanita Islam yang dibelenggu masalah sama kian terbela dengan kewujudan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) pada 2008 sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Sejak penubuhan BSK, sudah ramai wanita dibantu, khususnya bagi meleraikan konflik dihadapi wanita dan ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.

BSK bekerja keras bagi memastikan bapa atau bekas suami melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah, khususnya dalam kes nafkah dan saraan. Tidak cukup dengan itu bagi meringankan masalah, BSK juga menyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga menghadapi masalah tuntutan nafkah.

Apa yang pasti, kewujudan BSK ternyata turut menarik perhatian negara lain sehinggakan ada yang memuji terhadap usaha dilakukan. Antara memuji dan kagum dengan kewujudan dan kejayaan BSK dalam mengatasi masalah tuntutan pembayaran nafkah bagi wanita Islam selepas bercerai dan pelaksanaan perintah ialah Hakim Mahkamah Rayuan Sudan, Sittina Abd Elgalil.

02Sittna berkata, struktur sokongan khususnya bantuan kewangan diberikan kerajaan kepada keluarga selepas bercerai untuk meneruskan kelangsungan hidup, melalui bantuan BSK dilihat idea menarik untuk dicontohi.

“Apabila berlaku perceraian, isu tuntutan nafkah menjadi antara masalah utama dan tidak dinafikan, ada bapa atau bekas suami yang gagal membayar nafkah walaupun perintah sudah dibuat. 

Dalam hal ini, dikasihani ialah nasib anak hasil perkahwinan itu yang perlu dibela. Mereka perlukan wang untuk makan minum dan juga menyediakan keperluan lain. 

“Jika tiada wang, apakah nasib seterusnya dialami mereka. Dana BSK yang menyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara kepada wanita yang berhadapan dengan masalah tuntutan nafkah daripada bekas suami diperkenalkan di negara ini dilihat memang sesuatu yang memberi banyak manfaat,”  katanya ketika ditemui selepas  majlis kunjungan hormat delegasi Hakim Mahkamah Rayuan Sudan kepada Ketua Hakim Syarie merangkap Ketua Pengarah Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut.


Sittna antara tiga hakim wanita yang turut menyertai delegasi itu. Dua hakim wanita lain ialah Nahid Younis dan Asia Babikir Mokhtar. Dalam kunjungan itu, sesi perbincangan dan pertukaran pendapat antara kedua belah pihak telah diadakan.


03


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Kamilia Ibrahim dan juga Pengarah, BSK, Dr Mohd Naim Mokhtar yang memberikan taklimat dan penerangan mengenai penubuhan dan fungsi BSK di negara ini.

Sittna yang berpengalaman lebih 13 tahun dalam bidang kehakiman syariah dan kekeluargaan berkata, di Sudan isu tuntutan nafkah sememangnya rumit diselesaikan selepas perceraian berlaku. Di Sudan, kebanyakan kes mengambil masa lama untuk diselesaikan, malah ada yang bertahun-tahun masih tidak dapat diselesaikan.

Katanya, selepas penghakiman mengenai perceraian pasangan diputuskan, tuntutan nafkah tidak dibuat serentak sebaliknya wanita terbabit perlu memfailkan kes dan membuat permohonan lain.
 

Beban Bukti

“Sebelum permohonan dibuat, wanita itu perlu menampilkan bukti dan saksi. Tetapi yang malangnya, ada bekas suami terus menghilangkan diri sebelum perbicaraan atau ketika perbicaraan dibuat. Di Sudan, buat masa ini tiada keutamaan diberikan bagi perbicaraan untuk tuntutan nafkah. Namun, bagi yang berdepan dengan masalah kewangan akibat perceraian bantuan zakat akan disalurkan untuk membantu meringankan keluarga berkenaan,” katanya mengenai senario kes tuntutan nafkah di Sudan.

Sittna berkata, melihat keberkesanan pelaksanaan BSK di Malaysia pihaknya berhasrat dan bercadang akan mengesyorkan kepada ketua hakim di negaranya untuk meneliti penubuhan badan seumpama itu di Sudan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, setiap bapa atau bekas suami perlu ada sifat lebih bertanggungjawab dalam menurut perintah agama termasuklah dalam urusan membayar nafkah jika berlaku perceraian. 


04Sementara itu, Asia juga menganggap kewujudan BSK di negara ini unik dan berkata, sokongan bantuan kewangan sememangnya perlu disalurkan kepada wanita yang tidak mendapat nafkah dan lazimnya tiada sumber kewangan menyara keluarga. Katanya, apa yang sering menjadi masalah bagi pasangan Sudan yang bercerai dan kes tuntutan nafkah ialah mencari beban bukti. Ada pihak yang tidak mahu bekerjasama dan ini melambatkan lagi proses keadilan dibuat.

“Satu lagi masalah ialah apabila bapa atau bekas suami itu miskin dan sememangnya tidak mampu untuk membayar nafkah yang dituntut. Tetapi penghakiman mengenai tuntutan nafkah akan menjadi mudah jika lelaki itu dari golongan kaya atau berharta. Jika ada aset seperti rumah misalnya, disarankan untuk menjualnya dan hasil jualan akan dibahagi dua termasuk kegunaan untuk membayar nafkah anak,” jelasnya.


Asia berkata, objektif menuntut nafkah bukanlah untuk mencari kesenangan hidup tetapi memastikan dan memberi kehidupan serta masa depan lebih baik kepada anak hasil perkongsian perkahwinan yang sudah terlerai.  

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan supaya menjaga kerukunan rumah tangga bagi mengelakkan perceraian berlaku yang natijahnya pasti memberi impak tidak baik terutama kepada anak. 

BSK Perkasa Sistem Kehakiman 


Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) diwujudkan semenjak April 2009 dengan matlamat utamanya adalah untuk menguatkuasakan perintah nafkah.

Ketika tindakan penguatkuasaan dijalankan, BSK menyediakan pendahuluan dana nafkah kepada ibu dan anak-anak yang berkelayakan selama 6 bulan. Tempoh ini diberikan berdasarkan kemunasabahan tindakan penguatkuasaan selesai di Mahkamah Syariah.

05Pengarah BSK, Dr Mohd Naim Mokhtar ketika taklimat berkata, “bantuan kewangan sara hidup BSK khusus diberikan kepada wanita yang berhadapan dengan permasalahan tuntutan nafkah dan bertujuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh isteri sementara menunggu suami atau bekas suami membayar nafkah.”

“Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan tersebut dan wang itu digunakan sebaik mungkin untuk disalurkan pula kepada wanita dan anak-anak yang memerlukannya. Dana disalurkan ini boleh dianggap sebagai hutang bekas suami. Bagaimanapun, jika suami terbabit meninggal dunia, hutang itu akan dilupuskan sekiranya tiada harta peninggalannya yang boleh dijadikan sandaran penyelesaian hutang tersebut,” katanya.  

e-Nafkah Mudah Urusan  


Bagi melancarkan urusan pemantauan terhadap perintah nafkah di Mahkamah Syariah, BSK telah mengaplikasikan sistem e-Nafkah sejak Januari tahun ini bagi memastikan BSK mencapai objektif penubuhannya.

Ini kerana, setiap perintah nafkah yang diputuskan di mahkamah syariah seluruh Malaysia akan dipam masuk ke dalam sistem e-Nafkah bagi membolehkan pegawai BSK mengambil langkah sewajarnya.

Lebih membanggakan, sistem e-Nafkah merupakan satu-satunya sistem seumpamanya di negara Islam dan di negara Barat yang berkemampuan untuk memantau data serta sejarah penghakiman nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.  

Sejak ditubuhkan, BSK telah menjadi model kepada negara lain antaranya Bangladesh, Thailand, Zanzibar, Maldives, dan termasuklah negara Komanwel kerana menjadikan formula adunan inovasi, kreativiti dan perundangan sebagai produk dalam membela masyarakat dan memperkasakan sistem kehakiman negara. 


Kelayakan Penerima Dana : 

  • Memperoleh perintah nafkah dari Mahkamah Syariah;
  • Bekas suami/bapa gagal patuhi perintah;
  • Terdapat kepercayaan bahawa bekas suami/bapa mampu untuk membayar balik pendahuluan dana kepada BSK;
  • Bekas suami/bapa dapat dikesan;
  • Bekas isteri/isteri berikan kerjasama untuk tindakan penguatkuasaan terhadap bekas suami.

Artikel ini disiarkan pada : 19/10/2012


Sharing is caring ^_^

Wednesday, 7 November 2012

Khasiat Buah-buahan


1.  ACAI (Asai)
-Membantu dan merangsang Sistem Imun dan Metabolisma
-Membantu menghalang pembekuan darah
-Menjaga kolestrol yang baik dan mencegah penyakit jantung
-Membantu mengurangkan berat badan/melawan Obesiti
-Membaiki sistem penghadaman
-Mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan
-Memperbaiki penglihatan
-Menggalakkan tidur yang lena dan sihat
-Meningkatkan tenaga dan stamina
-Membina otot
-Mencegah dan merawat Alzheimer
-Mengandungi anti alergi
-Menurunkan tekanan darah
-Menggalakkan kitaran yang lebih baik
-Anti-penuaan dan radang
-Membaiki fungsi seks
-Membaiki penumpuan minda
-Amino acid/protein & menyerupai profil telur
-Anti oksidan yang tinggi dan berkesan
-Melawan radikal bebas
-Kaya dengan vitamin, mineral,fitonutrient dan lain

2. BUAH ANGGUR PUTIH
-Buah anggur yang beraneka jenis warna memberi spektrum perlindungan anti- Pengoksidaan
-Komponnen jus buah anggur dilaporkan boleh mengurangkan risiko terhadap kanser, strok, sakit jantung dan kehilangan daya ingatan.

3. BUAH ANGGUR UNGU
Buah anggur ungu mengandungi Resveratrol, sejenis agen Anti-Pemgoksidaan yang menentang kanser dengan berkesan. Jus buah Anggur memberi kebaikan seperti berikut:
-Anti Penuaan
-Anti-inflamasi
-Kelenturan Arteri
-Kesihatan sistem Jantung
-Pencegahan kanser Prostat
-Anti Bakteria/Virus
-Anti Pengoksidaan
-Kesihatan otak, kulit & Mata
-Kesihatan gastrik

4. BUAH PRUN
Buah Prun merupakan buah plum yang dikeringkan, ia kaya dengan minerals dan polyphenol, mempunyai nilai ORAC yang amat tinggi. Proses pengeringan sebenarnya meningkatkan daya Anti-Pengoksidaan lebih daripada 6 kali ganda. Buah Prun mempunyai daya pemulihan seperti:

-Menentang jangkitan
-Penyakit sistem Jantung
-Pengurangan kolestrol
-Kencing Manis
-Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
-Penyakit Diverticular
-Pengurangan risiko tanggungan estrogen kanser
-Merangsang kepadatan tulang
-Kesihatan hati
-Pembersihan usus perut

5.CAMU CAMU BERRY
Buah Camu Camu Berry merupakan sumber Vitamin C semulajadi yang paling kaya di dunia ini. Kandungannya dinilai sebanyak 30-60 kali lebih tinggi untuk memperkuat sistem daya tahanan dan memperbaiki tisu penghubung. Ia didokumenkan mempunyai daya keupayaan sebagai Astringent, Anti-Pengoksidaan dan Emollient terhadap:

-Jangkitan virus
-Selsema
-Kemunduran Macular
-Masalah Gusi

6.BUAH KIWI
Buah kiwi kaya dengan phytonutrients serta pelbagai Vitamin dan mineral. Ia terkenal sebagai alternatif kepada aspirin untuk mencairkan darah demi perlindungan kesihatan sistem jantung. Kanak-kanak yang mengambil buah Kiwi didapati kurang dipengaruhi oleh masalah kesihatan berkaitan dengan sistem pernafasan termasuk berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Buah kiwi biasa digunakan untuk:

-Melindungi DNA daripada radikal bebas
-Pengawalan tahap gula dalam darah
-Mengurangkan triclycerides dalam darah
-Pencegah kanser kolon/kanser kulit/prostate
-Pengawalan kolestrol
-Menyingkirkan toksin kolon

7. BUAH GOJI BERRY/WOLFBERRY
Selama beribu-ribu tahun di negeri China, ia dikenali senagai "Herba Panjang Umur". Ia membekalkan Anti-Pengoksidaan dan polysacharides, serta menunjukkan peningkatan aktiviti sistem daya tahanan. Sejarah Sains telah membuktikan GojiBerry/ Wolfberry boleh mencegah:

-Keletihan kronik
-Penyakit kulit
-Sakit kepala
-Sakit sendi-sendi/sengal-sengal tulang
-Kencing Manis
-Kerosakan DNA
-Kanser
-Masalah Fungsi Seksual
-Masalah Pengaliran saluran darah
-Insomnia (sukar tidur)

8. BUAH BLUEBERRY
Buah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Perubatan tradisional memberitahu kita bahawa Bluberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk:

-Anti Penuaan
-Kencing Manis
-Keletihan Mata
-Menentang kanser serviks/payudara
-Perlindungan sistem Jantung
-Peningkatan Selera makan
-Peningkatan daya ingatan
-Menyokong saluran darah
-Jangkitan saluran air kencing
-Pengurangan kolestrol

9.BUAH DELIMA
Jus buah delima mengandungi Anti-Pengoksidaan yang lebih daripada teh hijau,jus blueberry, jus cranberry atau jus oren. Ia amat berkesan untuk membersihkan plak dari dinding dalaman arteri. Ia telah digunakan dalam bidang perubatan selama beribu-ribu tahun untuk:

-Strok
-kencing manis
-menentang bakteria & jangkitan kulat
-gangguan tekanan Darah
-Pelbagai Jenis Masalah Usus
-Pencegahan pembekuan darah
-Pencegahan serangan sakit jantung

10. BUAH BILBERRY
Buah Bilberry mempunyai hubungan rapat dengan Blueberry dan ia terkenal dengan daya memperkuatkan kapilari-kapilari mata. Buah Bilberry melambatkan proses kemunduran macular berkaitan dengan usia, rabun malam dan gangguan mata yang berkaitan dengan diabetes. Buah bilberry mempunyai daya penyembuhan dan kesan pemulihan untuk:

-Batu Pundi
-Menentang inflamasi
-Glaukoma (penyakit mata dan beransur-ansur buta)
-Memperkuatkan kapilari
-Tekanan darah tinggi
-Pembentukan kolagen
-Sendi Menjadi Bengkak
-Ketiadaan haid secara abnormal
-Pencegahan/rawatan artritis reumatik

11. BUAH LAICI
Buah laici berasal dari hutan cuaca panas di China Selatan dan juga di Vietnam. Ia telah dipelihara lebih dpd seribu tahun. Ia merupakan buah hutan yang digemari oleh orang ramai di negara-negara asia. Dengan 100gm isinya, terdapat 72mg Vitamin C. Oleh itu, ia merupakan sumber vitamin C utama, termasuklah potassium dan pelbagai nutrient lain. Mengambil laici setiap hari kemungkinan dapat membantu meburangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain.

12. BUAH PEAR
Pada zaman silam, Buah Pear Nashi hanya disajikan kepada golongan kaya dan bangsawan Cina. Buah Pear Nashi ditanam dan dimakan dari abad ke abad. Asal-usulnya tidak dapat dikaji lagi. Ia dianggarkan telah muncul sekurang-kurangnya 3,000 tahun lalu di negeri China. Buah Pear Nashi merupakan sumber diet fiber yang utama, ia juga mempunyai kandungan potassium dan pelbagai mineral utama. Ia mengandungi kira-kira 10% USRDA untuk Vitamin C, dan sari folate yang menjadikan kumpulan Vitamin B kompleks. Vitamin-vitamin tersebut adalh penting untuk aktiviti metabolisme dan penghasilan sel-sel darah merah.

13. BUAH CRANBERRY
Buah Cranberry kaya dengan phytonutrients & pranthocyanidis (PAC's). Berdasarkan sejarah, CRANBERRY telah digunakan untuk:

-menyokong kesihatan gusi
-Gangguan pundi hempedu dan hati
-Prostatis (radang pada prostate)
-Antibiotik (E.Coli, H Pylori)
-Anoreksia (wanita hilang nafsu makan kerana takut gemuk)
-Kesihatan saluran Air kencing
-Masalah penghadaman makanan
-Masalah penyakit darah
-pencegahan kanser prostate

14. BUAH ACEROLA CHERRY
Buah Acerola Cherry tumbuh dengan suburnya pada tanah berpasir di kawasan tropika. Ia merupakan Anti-Pengoksidaan kuat, kaya dengan Vitamin dan Mineral. Terdapat lebih daripada 150 unsur-unsur nutrient telah dikenalpasti dalam buah Acerola Cherry. Ia dilaporkan mempunyai daya anti-fungus yang kuatdan keupayaan untuk merendahkan tahap kolestrol. Ia telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel membantu menghidratkan kulit dan mempergiat fungsi kapilari. Penduduk Asli telah lama menggunakan Acerola untuk:

-Merawat DEMAM
-Astringent
-Turbecolosis
-Hati, Perangsang sistem buah pinggang
-Kencing Manis
-Memulihkan luka
-Radang (inflammation)
-Fungsi Jantung yang sihat
-Penyakit Reumatik (Rheumatisme)
-Bantuan berkhasiat untuk Anemia

15. BUAH PEAR
Penanaman Buah Pear telah dikesan sejak 3,000 tahun di Asia Barat. Ia merupakan pemakanan luar Biasa di Istana Perancis,Louis XIV dan pernah dikenali sebagai "hadiah dari Alam" oleh Homer di epik beliau, Odyssey. Buah Pear kaya dengan perisa, fiber potassium, polyhenols, Vitamin C & copper. Levulose yang merupakan gula semulajadi paling manis terdapat di buah PEAR jika dibandinkan dengan buah-buahan lain. Buah Pear dikaitkan dengan:

-Anti infeksi/jangkitan
-Pembersihan kolon
-Mengawal tahap gula dalam darah
-Anti Radang
-Meningkatkan metabolisme
-Memperbaiki tisu-tisu badan
-Merendahkan tahap kolestrol
-mengekalkan kesihatan Jantung

16. BUAH ARONIA
Jus Aronia mengandungi tahap anthocyanins & Flavonoids yang tinggi, lima hingga sepuluh kali ganda daripada jus Cranberry. Nutrient mengandungi manfaat seperti Anti Pengoksidaan, polyphenols, mineral dan mengandungi mineral trace yang penting. Ia telah digunakan sebagai pemakanan antibiotik. Ia juga dilaporkan baik untuk menentang inflamasi/radang, diabetes dan masalah pengaliran darah. Ia mengandungi 10 kali ganda kandungan asid quinic buah Cranberry, yang menjadikannya buah yang sesuai untuk menentang infeksi/jangkitan saluran air kencing.

17. BUAH PASSION
Buah Passion kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan fiber, termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sodium dand sulfur dan juga Vitamin B. Legenda Buah Passion bermula semenjak 2,000 tahun yang lepas. Pada masa kini, kajian perubatan moden telah menggunanya untuk menggalakkan tidur yang sihat, menyenangkan kegelisahan dan berkesan terhadap budak yang keterlaluan aktif. Kebaikan lain termasuk:
-Asma
-Diuretik ringan
-Infeksi saluran air kencing
-Mempergiatkan kesihatan jantung

18. PISANG
Pisang merupakan HANYA satu-satu buah yang bukan dari jenis pokok atau belukar tetapi dari jenis tanaman besar yang merupakan jenis herba besar dan berkaitan dengan jenis tumbuhan lily & keluarga orkid. Pisang dengan fiber, magnesium, Vitamin B6, juga terkenal dengan kandungan potassium dan essential serotonin dan norepinephrine dalam pisang membantu mereka yang menghidapi tekanan psikologi.
Buah Pisang dikaitkan baik untuk :

-Tidak tidur lena
-Penghasilan Kolagen
-mengelakkan penyakit jantung dan kanser
-mengawal tekanan darah
-mempertingkatkan tenaga
-melegakan cirit-birit dan sembelit

19. BUAH APRIKOT
Buah Aprikot kaya dengan pelbagai agen-agen Anti-Pengoksidaan, fiber boleh larut, beta-carotene, magnesium, zat besi, fosforus, kalium dan Vitamin C. Ia termasuk salicylate semulajadi, ramuan utama dan aspirin. Nutrien yang terkandung dalam buah Aprikot adalah terkenal untuk mengelakkan:
-Strok
-kanser
-ketidakseimbangan tekanan darah
-kemunduran Macular
-Katarak
-Penyakit Prostate
-penyakit Jantung

Sharing is caring ^_^