Showing posts with label Court Files. Show all posts
Showing posts with label Court Files. Show all posts

Tuesday, 22 October 2013

Hujahan Bantahan Awal (Bidangkuasa Mahkamah)



DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
DI KUALA TERENGGANU
DALAM NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA TUNTUTAN NAFKAH KEBELAKANGAN
SAMAN NO: XXXXX-TAHUN 2013


ANTARA

XXXXXXXX
(NO. K/P: XXXXXXX)                                                                    …PLAINTIF
DENGAN

XXXXXXXXX
(NO.K/P: XXXXXXX)                                                                       …DEFENDAN



PENGHUJAHAN BERTULIS PEGUAM SYARIE DEFENDAN

Yang Arif Hakim,

FAKTA RINGKASAN DAN LATAR BELAKANG KES

1.                   Ini adalah tuntutan nafkah kebelakangan yang telah difailkan oleh Plaintif sebanyak RM25,300-00. Namun begitu, Defendan ingin membangkitkan bantahan awal atas tuntutan Plaintif sebagaimana berikut:-

1.1              Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 22-03-2013 adalah serta tidak mengikut prosedur kerana kes tersebut sepatutnya perlu dimulakan dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah dan bukannya di Mahkamah Tinggi Syariah ;

1.2             Tindakan plaintif menyalahi Seksyen 12 (2) (B) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 kerana jumlah amaun yang dituntut kurang daripada RM100,000-00 ;

1.3             Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi juga telah memprejudiskan      ( “hak merayu” ) Defendan kerana Defendan hanya mempunyai prosiding Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah sahaja yang mana kos rayuan akan membebankan Defendan berbanding dengan prosiding Rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah ( sekiranya Defendan memfailkan Rayuan bagi kes ini ) ;

1.4             Tiada apa-apa pun tuntutan telah dibuat oleh pihak Plaintif untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ;

1.5              Tiada apa-apa pun Perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah telah diperolehi oleh Plaintif untuk memindahkan prosiding kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana peruntukan Seksyen 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001 ;

1.6             Prosiding perbicaraan kes Nafkah kebelakangan ini adalah lebih wajar dan adil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah ( Original Jurisdiction ) manakala prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah adalah prosiding Rayuan Nafkah kebelakangan ( sekiranya ada ) ;

1.7              Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah juga akan membuka ruang kepada kes-kes lain yang sama jenis untuk difailkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah kelak serta akan menyebabkan berlakunya pertindihan bidangkuasa antara kedua-dua mahkamah;

1.8             Tuntutan plaintif adalah suatu proses penyalahgunaan kuasa mahkamah kerana menggunakan forum yang salah serta wajar dibatalkan menurut peruntukan Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001.

HUJAHAN-HUJAHAN DEFENDAN

A)               Tindakan Plaintif Menyalahi Seksyen 12 (2) (B) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 Kerana Jumlah Amaun Yang Dituntut Kurang Daripada RM100,000-00

Tindakan plaintif yang memulakan Tuntutan Nafkah Kebelakangan sebanyak                RM 25,300-00 terhadap Defendan di Mahkamah Tinggi Syariah menyalahi Seksyen      12 (2) (B) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 kerana jumlah amaun yang dituntut kurang daripada RM100,000-00.

Seksyen 12. Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.

(1)               Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Terengganu dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.
(2)              Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
(a)            
(b)             dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).
(3)              Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.

Oleh kerana itu, Mahkamah Tinggi Syariah tidak berbidangkuasa untuk mendengar tuntutan Plaintif kerana menyalahi Seksyen 12 (2) (B) Enakmen tersebut. Tuntutan Plaintif sepatutnya dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 12 (2) (B) Enakmen tersebut.

B)               Prosiding Perbicaraan Di Mahkamah Tinggi Juga Telah Memprejudiskan ( “Hak Merayu” ) Defendan Kerana Defendan Hanya Mempunyai Prosiding Rayuan Ke Mahkamah Rayuan Syariah Sahaja

Tuntutan Plaintif yang difailkan di Mahkamah Tinggi juga telah memprejudiskan ( “hak merayu” ) Defendan kerana Defendan hanya mempunyai prosiding Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah sahaja yang mana kos rayuan akan membebankan Defendan berbanding dengan prosiding Rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah ( sekiranya Defendan memfailkan Rayuan bagi kes ini ).

Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah adalah seperti berikut:

Seksyen 12 (2) (b) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.

(2)              Mahkamah Rendah Syariah hendaklah-
(a)             
(b)              dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah diperuntukkan dalam Seksyen 11 (3) (b) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.

(3)              Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
(b)              dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan-
(i)                pertunangan, perkahwinan, ruju' , perceraian, pembubaran perkahwinan (nafkah kebelakangan), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;
(ii)             apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
(iii)           nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;
(iv)           pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
(v)              wasiat atau alang semasa marad-al-maut;
(vi)           alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam;
(vii)         wakaf atau nazar;
(viii)      pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
(ix)            penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;
(x)              pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
(xi)            pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan
(xii)         perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Seksyen 13 Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(1)              Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Rayuan Syariah-
(a)            
(b)             dalam bidang kuasa malnya-
(i)                oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun yang dituntut itu tidak kurang daripada satu ribu ringgit;
(ii)             dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu; dan
(iii)           dalam semua kes yang berhubungan dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu; dengan syarat tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan; dan
(c)              dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberikan kebenaran untuk merayu.

(2)              Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh-
(a)            
(b)             dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula.

Seksyen 16 Bidang Kuasa Pengawasan Dan Penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah

(1)               Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika tampak perlu oleh Mahkamah Tinggi Syariah itu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil, dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

(2)              Apabila Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod sesuatu perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 58:

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Prosiding perbicaraan kes nafkah kebelakangan ini adalah lebih wajar dan adil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah ( Original Jurisdiction ) kerana mendengar semua tuntutan jika amaun kurang daripada RM 100,000-00 manakala prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah adalah prosiding Rayuan Nafkah kebelakangan ( sekiranya ada ). Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah juga akan membuka ruang kepada kes-kes lain yang sama jenis untuk difailkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah kelak serta akan menyebabkan berlakunya pertindihan bidangkuasa antara kedua-dua mahkamah.


C)               Tiada Apa-apa Pun Perintah Dari Mahkamah Tinggi Syariah Telah Diperolehi Oleh Plaintif Untuk Memindahkan Prosiding Kes Ini Ke Mahkamah Tinggi Syariah Sebagaimana Peruntukan Seksyen 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001

Kes ini sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu yang lebih berautoriti dan berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini, bukannya Mahkamah Tinggi Syariah. Tiada sebarang perintah dikeluarkan dari Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana peruntukan Seksyen 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001.

Seksyen 93. Tatacara Mengenai Pemindahan Daripada Mahkamah Rendah Syariah Kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah, maka Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah fail prosiding itu, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan, jika ada, dan Pendaftar hendaklah memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18 kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan itu.

D)              Tiada Apa-apa Pun Tuntutan Telah Dibuat Oleh Pihak Plaintif Untuk Memindahkan Kes Tersebut Ke Mahkamah Tinggi Dan Dibicarakan Di Hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tuntutan daripada pihak Plaintif untuk memindahkan kes nafkah kebelakangan tersebut daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rendah yang lebih berautoriti. Kaedah fiqh menyebut:

ﺍﻷﺼﻞ ﺑﻗﺎﺀ ﻤﺎ ﻛﺎﻦ ﻋﻟﻰ ﻤﺎ ﻛﺎﻦ


Huraian:
Pada asalnya sesuatu itu berkekalan kedudukannya seperti masa lalu (melainkan terbukti ada perubahan).
           
Bidang kuasa satu-satu Mahkamah juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau Hukum Syara’. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul Al-Qada’ fil Islam, terbitan Matbaah Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, muka surat 54 beliau yang mana menyebut ;

هو أن يخصص ولى الأمر القاضى عند تقليده القضاء  أو بعد ذلك  بنوع  معين  من  القضايا، كالأحوال  الشخصية،  أو  المدنى،  أو  التجارى، أو  الجنائى  إلى  غير ذلك،  فلا  يصح  له  أن  ينظر  فى  نوع    اخر  غيره.

Yang bermaksud :
Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa Hakim itu mempunyai bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang tidak diberi kepadanya.

E)               Tuntutan Plaintif Adalah Suatu Proses Penyalahgunaan Kuasa Mahkamah Kerana Menggunakan Forum Yang Salah Serta Wajar Dibatalkan Menurut Peruntukan Seksyen 244 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah  ( Terengganu ) 2001.

Seksyen 244. Kuasa Sedia Ada Mahkamah.

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.

KESIMPULAN

Defendan ingin membangkitkan bantahan awal atas tuntutan Plaintif dengan mengemukakan beberapa alasan. Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 22-03-2013 adalah serta tidak mengikut prosedur kerana kes tersebut sepatutnya perlu dimulakan dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah dan bukannya di Mahkamah Tinggi Syariah. Tambahan pula, tiada apa-apa pun tuntutan telah dibuat oleh pihak Plaintif untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Lagipun. tiada apa-apa pun Perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah telah diperolehi oleh Plaintif untuk memindahkan prosiding kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah sebagaimana peruntukan Seksyen 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001.

Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi juga telah memprejudiskan ( “hak merayu” ) Defendan kerana Defendan hanya mempunyai prosiding Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah sahaja yang mana kos rayuan akan membebankan Defendan berbanding dengan prosiding Rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah ( sekiranya Defendan memfailkan Rayuan bagi kes ini ). Prosiding perbicaraan kes nafkah kebelakangan ini adalah lebih wajar dan adil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah ( Original Jurisdiction ) manakala prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah adalah prosiding Rayuan Nafkah kebelakangan ( sekiranya ada ). Prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah juga akan membuka ruang kepada kes-kes lain yang sama jenis untuk difailkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah kelak serta akan menyebabkan berlakunya pertindihan bidangkuasa antara kedua-dua mahkamah.


Bertarikh pada            hb                               , 2013




…………………………….………………
PEGUAM SYARIE DEFENDAN


PENGHUJAHAN BERTULIS PEGUAM SYARIE DEFENDAN ini difailkan oleh XXXXXX Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Sharing is caring ^_^

Saturday, 20 July 2013

Saman & Pernyataan Tuntutan (Hak Jagaan Anak/ Hadanah)



BORANG MS 2
DI NEGERI …………..
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH ………..

DALAM PERKARA TUNTUTAN HADHANAH

KES MAL NO :                                     -TAHUN 2013

ANTARA

NAMA PLAINTIF (PEMOHON)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                                … PLAINTIF
DENGAN
NAMA DEFENDAN (PENENTANG)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                             … DEFENDAN

SAMAN

Kepada:

            Nama Defendan/Penentang
            Alamat Penentang.

Anda dengan ini di saman supaya hadir sendiri atau melalui Peguam Syarie anda dihadapan Mahkamah Tinggi Syariah di ………………… pada hari ini ............... pada ……………… haribulan…………………, 2013, pukul……………pagi/petang untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh pihak Plaintif yang dinamakan di atas, yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam Saman dan Pernyataan Pembelaan yang diendorskan di sini.

AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingkar hadir ke Mahkamah pada hari ini dan masa yang telah ditetapkan , Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan tanpa kehadiran anda.

DAN AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan ini, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan memyampaikan kepada Responden suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh tersebut.


Bertarikh pada                                    haribulan,                                2013.




(METERAI)                                                                          ..................................
Hakim/Pendaftar

(mulakan di page baru)
BORANG MS 3
DI NEGERI..........
DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

DALAM PERKARA TUNTUTAN HADHANAH

KES MAL NO :                                     -TAHUN 2013


ANTARA

NAMA PLAINTIF (PEMOHON)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                              … PLAINTIF
DENGAN
NAMA DEFENDAN (PENENTANG)
( NO. K/P : ………………………… )                                                                                           … DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1.         Plaintif adalah bekas isteri/suami kepada Defendan dan beralamat di ………..

2.         Defendan adalah bekas isteri/suami kepada Plaintif dan beralamat yang diketahui di ………..

3.         Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada ……………. di …………………….

4.         Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan ……….. orang anak iaitu:-

            i) …………………………….              No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
            ii) …………………………….             No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
           
(Sesalinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran anak-anak tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai Lampiran “A”)

5.         Plaintif telah melafazkan cerai talaq satu kali pertama (1) di luar Mahkamah pada ………… dan perceraian tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah ………… pada ………………..

(Sesalinan Perintah Penceraian bertarikh ………….. dilampirkan bersama dan ditandakan sebagai Eksibit “B”)

6.         Plaintif merasakan bahawa Plaintif lebih layak menjaga anak-anak tersebut kerana kebajikan dan keselamatan anak tersebut tidak akan terjamin sekiranya mereka diletak dibawah jagaan dan pengawasan Defendan. Ini berdasarkan sebab-sebab berikut:-

            6.1) Defendan tidak boleh menyediakan tempat tinggal yang sesuai bagi anak-anak tersebut secara sempurna untuk pembesaran anak-anak;

            6.2) Defendan seorang yang tidak bekerja tetap.

7.         Seterusnya Plaintif merasakan beliau lebih layak untuk mendapatkan hak jagaan ke atas anak tersebut di mana Plaintif mampu memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anak, keselamatan serta kebajikan anak tersebut akan lebih terjamin. Ini berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut:-
           
            7.1) Plaintif adalah ibu/bapa kandung kepada anak tersebut dan orang yang paling layak mendapat hak jagaan. Pemohon juga mampu memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak tersebut;

            7.2) Plaintif adalah seorang yang beragama Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian seperti melaksanakan ibadat solat, dan berpuasa. Selain itu Plaintif juga mengambil berat tentang didikan agama terhadapa anak tersebut;

            7.3) Plaintif adalah seorang yang berkelakuan baik pada Islam di mana beliau juga tidak akan menganiaya atau memukul anak tersebut melainkan dengan tujuan mengajar atau mendidik.  
              
        7.4) Plaintif mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa dan sesuai dengan pertumbuhan emosi dan pembesaran anak-anak tersebut;

8. Berdasarkan keterangan-keterangan di atas maka Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah yang mulia ini perintah tersebut seperti berikut:- 
           
a)         Hak penjagaan kekal anak bernama ..................................... (No. K/P:  ……………………) diserah kepada Plaintif.

b)         Hak lawatan diberikan kepada Defendan pada bila-bila masa yang munasabah.

c)         Hak jagaan anak-anak bernama:-
             i) …………………………….             No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
            ii) …………………………….             No. Mykid:……………….. (…. Tahun)
           
            diberikan kepada Defendan sehingga ada perintah-perintah lain.

d)         Plaintif diberi hak lawatan terhadap ….. orang anak tersebut sepertimana berikut:-

            a. Plaintif diberikan hak lawatan, bersama yang adil dan mencukupi, bersesuaian dengan anak-anak tersebut pada bila-bila masa yang munasabah;
            b. Plaintif diberikan hak untuk bermalam pada setiap minggu  pertama dan ketiga setiap bulan iaitu diambil pada petang Jumaat di rumah Defendan dan hantar semula pada petang Ahad sehingga ada perintah-perintah lain;
            c. Plaintif dibenarkan bersama, bermalam dengan anak-anak tersebut pada setiap pertengahan cuti persekolahan dan berterusan sehingga ada  perintah-perintah lain;
            d. Plaintif dibenarkan berhari raya Aidilfitri tahun....... bersama anak-anak pada hari raya pertama dan kedua manakala Defendan dibenarkan beraya bersama anak-anak pada hari raya kedua dan kelima secara bergilir-gilir setiap tahunsehingga ada perintah-perintah lain;
            e. Manakala pada hari raya Aidiladha tahun........, Plaintif dibenarkan untuk bersama dengan anak-anak pada hari raya pertama dan kedua. Defendan pula dibenarkan untuk beraya dengan anak-anak pada hari kedua hingga kelima secara bergilir-gilir sehingga ada perintah-perintah lain;
            f. Plaintif diberi kebebasan untuk mengambil anak-anak tersebut sekiranya berlaku kematian atau kecemasan pada bila-bila masa;
            g. Plaintif diberi hak untuk bersama atau bermalam pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa Plaintif;

e)         Kos ditanggung oleh pihak masing-masing.
f)          Apa-apa perintah atau relief yang difikirkan manfaat oleh Mahkamah yang mulia



                   Bertarikh pada                           haribulan                       , 2013.





                                                                                                        ……………………………………………..
                                                                                                      Peguam Syarie Plaintif / Plaintif 



           

PERNYATAAN TUNTUTAN ini telah difailkan oleh Plaintif/ Peguam Syarie bagi Plaintif yang mempunyai alamat untuk penyampaian di ……………………………………….
(Ruj. Kami: ……………………………..)
Tel: ……………………… Fax: ……………………….

Sharing is caring ^_^