Tuesday 23 April 2013

Kisah


Ligat. Lasak. Tak duduk diam. Semuanya ada pada diri anak kecil ini. Bimbang dirinya tergelincir atau terjatuh dalam bilik air yang licin dengan mandiannya.. Saya menamatkan kesabaran yang terbuku di hati dengan melepaskan satu das kutilan 'halus' ke pehanya. Haa.. Itulah hasilnya. Sedikit saguhati yang Ibu hadiahkan buat awak ramuan dari kebimbangan dan kegeraman yang awak cipta sendiri. Aduiiii.. Penatnya Abang..

Selesai part memandikan bukan bererti telah selesai episod menyiapkan dirinya. Berstatus Adam. Berusia 2 tahun. Namun, gaya dan kelincahannya memeningkan kepala saya. Ni baru sorang.. Kalau berdua macam manalah.. Hmmm.. Ya Allah.. Tingkatkanlah kesabaranku dalam proses membesarkan anak kecil ini.

Step pertama selepas naik mandi.. Keringkan rambut. Kalau rambut sendiri senang nak dirapi tapi ini rambut dia. Sambil dia terkedek-kedek kehulu ke hilir, hatiku mewakilkan suaranya sambil berkata ''Nak keringkan rambut saya, dapatkanlah saya'' . Satu hal la pulak kena main kejar-kejar semata-mata nak keringkan rambut awak. Hmm.. Tapi takpe. Cabaran disahut. Awak belum kenal lagi siapa Ibu awak ni. Pelari pecut berstatus Usain Bolt kot sewaktu di sekolah rendah dulu. You deal with wrong person dude. Ngeheheh.. Gotcha!! Dapat!! awak Ibu kepit. Tak boleh ke mana-mana. Hihi.. Rasakan..

Settle bahagian satu bersambung bahagian dua. Memakaikan baju. Persoalan timbul : Budak-budak memang tak suka pakai baju ke? Bukan main susah lagi kalau nak pakaikan baju untuk mereka. Segala aksi stunt, babak ngeri pasti keluar semata-mata nak pakaikan baju sahaja. Tapi akhirnya, Ibu berjaya. Awak kalah. Puas hati ibu tengok awak segak bersama baju dan seluar yang Ibu rasa smart.

Episod terakhir ke udara. Part yang saya akan bercakap-cakap dengan dia sambil menyikatkan rambutnya. Walaupun saya tahu, dia mungkin tidak memahami 100% apa yang saya kata.. '' Adam.. Bila Adam besar nanti, bila Ibu dah tak larat nak pakai baju sendiri.. Adakah Adam akan pakaikan baju untuk Ibu sebagaimana Ibu pakaikan baju untuk Adam pada hari ini ?? '' Tidak semena-mena dia mengangguk. Anggukkan yang penuh makna. Seperti dia memahami apa yang saya kata. Seperti dia berjanji kan menjaga saya. Terkedu. Diam saya seketika. Sambil diiringi linangan air mata, saya dakap tubuh kecil anak mulia ini. Di kala itu juga, saya teringatkan arwah emak yang bertanyakan soalan yang serupa ketika saya kecil dahulu.. '' Ain.. Ain akan pakaikan baju untuk mak nantikan, bila mak dah tua, bila mak dah tak larat memakai baju seperti biasa.. '' Aku mengangguk sambil menghadiahkan al-Fatehah buatnya - Semoga dikau aman di sana -

P/S : Siapa kita hari ni adalah hasil didikan daripada ibu bapa kita pada suatu ketika dahulu. Dan siapa anak kita akan datang adalah hasil dari didikan kita pada masa sekarang.. Oleh itu, buatlah pilihan yang terbaik untuk mereka. Sediakanlah acuan Iman dan Islam agar mereka tak tersalah memilih jalan. Agar ketika mana kita telah dibaringkan tanpa teman, datang sebaris doa dari mereka untuk menerangi liang persemadian kita yang amat kelam..

* Mohon kepada sesiapa yang ingin copy and paste kisah teladan ini, silalah sertakan sekali sumber asalnya. Semoga kita semua mendapat barakah, rahmah dan maghfirah dari Allah..

Sharing is caring ^_^

Monday 22 April 2013

Spring Cleanse ~ YOUR BODY


SPRING CLEANSE ~ YOUR BODY ~ Yes another post about water lol.

But if you really want to cleanse then DRINK, DRINK, DRINK. Here are 8 home made vitamin water recipes to help you keep the water flowing!

As a rule, you should try to avoid as much as possible industrial food and beverages

1) The classical : lemon/cucumber:
Mix in a pitcher: 10 cups of water + 1 cucumber and a lemon, thinly sliced + 1/4 cup fresh finely chopped basil leaf + 1/3 of finely chopped fresh mint leaves. Leave in the refrigerator overnight before serving.

2) The granite : Strawberry/Lime or Raspberry/Lime
Mix in a pitcher : 10 cups of water + 6 strawberries / 0r Raspberries and one thinly sliced lime + 12 finely chopped fresh mint leaves. Leave in the refrigerator overnight before serving.

3) The digestive : Fennel/citrus
First: infuse 1 to 3 grams of dried and crushed fennel in 150 ml of boiling water for 5-10 minutes. Allow to cool.
Mix in a pitcher: 10 cups of water + lemon juice (put the leftover lemon in the mix) + a small thinly sliced orange + 12 fresh chopped mint leaves + the infusion of fennel seeds. Leave in refrigerator overnight before serving.

4) The antiOX : Blackberry/Sage
Note that a part from the berries, sage leafs is the herb that has the highest antioxidant content.
Mix in a pitcher : 10 cups of water + 1 cup of blackberries that have been very slightly crushed + 3-4 sage leaves. Leave in refrigerator overnight before serving.

5) WATERmelon : watermelon/Rosemary
Mix in a pitcher : 10 cups of water + 1 cup of watermelon cut into cubes + 2 rosemary stems. Leave in refrigerator overnight before serving.

6) The exotic : Pineapple/Mint
Mix in a pitcher : 10 cups of water + 1 cup of pineapple cut into cubes + 12 fresh mint leaves finely chopped. Leave in the refrigerator overnight before serving.

7) The traditional : Apple/cinnamon
Mix in a pitcher : 10 cups of water + 1 cup of apple cut into cubes + 2 cinnamon sticks + 2 teaspoon of ground cinnamon. Leave in the refrigerator overnight before serving.

8.) The zingibir : Ginger/tea
In advance: heat 1 teaspoon of ginger in two cups of tea, let it cool down.

Mix in a pitcher: 10 cups of water with two cups of the ginger tea + 4-5 pieces of fresh ginger cut into cubes. Leave in the refrigerator overnight before serving.

PLEASE SHARE To SAVE this recipe, be sure to click SHARE so it will store on your personal page.

For more healthy recipes, tips, motivation and fun, join us here.....

Sharing is caring ^_^

Bunga Seribu Khasiat - SAFFRON



Di dalam setiap sachet PowerBoost™ terdapat formulasi SAFFRON yang banyak membantu untuk mencerdaskan minda dan menguatkan daya ingatan. Serta dapat menghilangkan keletihan.

Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan. SAFFRON juga membantu dalam membina anti bodi.

Sharing is caring ^_^

Khasiat Minyak Zaitun


10 KHASIAT MINYAK ZAITUN!!

Apakah perkara pertama yang datang ke fikiran anda apabila anda membaca ‘minyak zaitun’? Mungkin anda akan berkata, ‘Itu minyak sihat dari rantau Mediterranean. Adakah kita betul? Anda mesti pernah mendengar bahawa minyak zaitun mempunyai banyak faedah kesihatan. Berikut kami telah disenaraikan di bawah beberapa manfaat kesihatan yang anda boleh dapati dari minyak zaitun.


1. Menggalakkan kesihatan jantung
Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi ia melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Ia juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

2. Mengurangkan risiko kanser
Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Ia juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

3. Mengawal paras gula dalam darah
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Ia biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.

4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.

5. Membantu untuk mengurangkan lemak
Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi ia tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, ia adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.

7. Menggalakkan kebolehan kognitif
Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Ia juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.

8. Membantu sistem penghadaman
Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isu pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.

9. Melambatkan proses penuaan
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Ia juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, ia sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.

10. meningkatkan imuniti badan
Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi.

Sharing is caring ^_^

Khasiat Cuka Epal


Dari dahulu lagi cuka dan madu telah digunakan dalam perubatan untuk kesihatan manusia sejagat.cuka apple sangat berguna untuk melarutkan deposit kalsium yang menyakitkan dalam badan, untuk sakit sendi seperti arthritis dan masalah lain-lain lagi.

20 KELEBIHAN CUKA EPAL.

1. Memecahkan lemak dalam badan
2. Melancarkan laluan darah
3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
5. Melawaskan usus kecil dan besar
6. Bertindak sebagai Anti alergi, Anti septik, Anti anemia, Anti ulcer
7. Menghilangkan masalah jerawat.
8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
10. Menyingkir air yg berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
12.Merawat selulit.
13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Mengawal berat badan ke paras ideal

Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur
2) Campur dengan segelas air suam / plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur
SELAMAT MENCUBA =) sedap dan sihat !!

Sharing is caring ^_^

Petua Perut Kempis


Petua perut kempis atau petua atasi perut buncit amat diperlukan oleh lelaki mahupun wanita. Petua perut kempis atau untuk atasi perut buncit ini mudah untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja. Namun harus diingatkan, jika anda mengetahui petua perut kempis atau atasi masalah perut buncit ini walau mahir mana sekalipun, konsisten dalam usaha melakukan dan mengamalkan petua perut kempis itu adalah amat penting untuk menjanjikan kejayaan anda untuk mengatasi masalah perut buncit atau mengempiskan perut anda.

Panduan, tips, rahsia, bagaimana cara, teknik, kaedah atau petua perut kempis atau juga cara kempiskan perut ini boleh diamalkan seperti cara atau petua dibawah ini.

Perut Buncit – Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan ke perut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Perut Gendut – Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis.

Sharing is caring ^_^

Gingko Biloba!!

Nice leaf shape..but give benefit too nice

GINKGO BILOBA : herba yang amat berkesan dalam merawat masalah kekurangan daya ingatan. Gingko mampu membaik pulih daya ingatan yang berkurang dengan meningkatkan pengaliran dan peredaran darah di otak dan hipotalamus, ia juga mampu merawat masalah pening dan ketidakseimbangan badan,sakit kepala dan kemurungan, terutama mereka yang berusia lanjut yang tidak terkawal oleh ubatan kemurungan. Gingko sudah dikenal pasti mampu merawat masalah peredaran darah ke otak yang perlahan.

Sharing is caring ^_^

Wahhh Menariknya! But Beware!!



Banyak pewarna dijual di kedai runcit tetapi sesetengah daripadanya adalah pewarna toksik industri yang tidak boleh dimakan tetapi dijual dengan label yang hampir sama sebelah-menyebelah. Terdapat juga pewarna yang dijual tanpa sebarang label. Adakah rakyat Malaysia diracuni oleh pewarna ini di dalam makanan mereka?

Satu-satunya alasan pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik di mata pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai zat permakanan. Bahan pewarna adalah bahan kimia bukan makanan yang dicampurkan ke dalam makanan. Kebanyakan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Contohnya, Tartrazine (Pewarna Kuning-Jingga), berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktiviti dalam kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.

Sunset Yellow FCF (Pewarna Merah-Jingga) juga kemungkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan kromosom kekal dan tindakbalas alergi.

Ponceau 4R (Pewarna Merah terang hingga gelap) diketahui penyebab kanser, bengkak tisu, alergi, dan asma (lelah). Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Eropah. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan masih membenarkan kepenggunaan dalam makanan adakalanya hingga mencapai kepekatan maksimum.

Maka dengan itu gunakanlah pewarna semula jadi yang telah digunakan dari turun-temurun iaitu dari datuk moyang kita dahulu antaranya Bunga Telang, Daun Pandan, Ubi Bit, Kunyit dan Saffron serta pelbagai pewarna tumbuhan semulajadi.

Sumber : Utusan Pengguna

Sharing is caring ^_^

Keburukan Memakan Organ Dalaman Binatang Atau Haiwan

Huh kenan ubah selera mkn la lps..hmmpp

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.
Sharing is caring ^_^

Tip Mudah Menyediakan Penawar Sakit Tekak Atau Batuk

tgk dh menyelerakan!! huh i love lemon, ginger & honey


Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan.
Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam.
 

Khasiat Madu


MADU – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ‘shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar ‘Raja Ubat’, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Sharing is caring ^_^

Friday 19 April 2013

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Sharing is caring ^_^

Thursday 18 April 2013

Hak Jagaan Anak Di Bawah Undang-Undang Keluarga Sivil

3.1.1        Maksud Jagaan

Baik Akta Penjagaan Budak 1961 (Akta 351) mahupun Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 (Akta 164) , tidak ada definisi sebenar ‘jagaan’ perkataan. Begitu juga dalam Akta Tafsiran 1967. Bagaimanapun, dalam Seksyen 89 (1) Akta 164, memperuntukkan bahawa:

(1)               Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh mahkamah boleh patut dikenakan, dan tertakluk kepada syarat-syarat itu, jika ada, sebagaimana dipakai dari semasa ke semasa memohon, adalah menghakkan orang yang kepadanya diberi jagaan itu memutuskan semua soal yang berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran anak-anak itu.

            Seksyen di atas menerangkan bahawa, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang dinyatakan dalam perintah jagaan, orang yang diberi jagaan kanak-kanak hendaklah mempunyai hak untuk menentukan semua perkara yang berhubungan dengan pendidikan dan pelajaran kanak-kanak. Daripada seksyen ini, dapat difahami bahawa makna jagaan tidak terhad kepada penjagaan dan kawalan kanak-kanak, tetapi juga termasuk hak untuk menentukan asuhan kanak-kanak itu atau ia apa kadang-kadang dirujuk sebagai hak jagaan di sisi undang-undang.[1]

            Walau bagaimanapun, peruntukan seksyen 5 Akta 351 adalah agak samar-samar. Ia tidak begitu jelas sama ada penggubal undang-undang cuba untuk memberi makna jagaan seperti yang difahami di bawah Akta 164 atau sebaliknya. Seksyen 5 memperuntukkan:

(1)               Berhubung kepada jagaan atau asuhan bayi atau pentadbiran mana-mana harta atau dipegang dalam amanah untuk bayi ..., seorang ibu hendaklah mempunyai hak yang sama dan sah di sisi undang-undang membenarkan bapa ...

            Kekaburan timbul disebabkan oleh hakikat bahawa seolah-olah peruntukan membezakan perkataan jagaan dan didikan kanak-kanak sebagai dua perkara yang berasingan. Ini adalah kerana terdapat tiga perkara yang berasingan di bawah seksyen ini, jagaan, didikan dan pentadbiran harta. Jika ini adalah apa yang dimaksudkan oleh penggubal undang-undang, jagaan perkataan mungkin dihadkan kepada menjaga dan mengawal atau ‘fizikal jagaan’ sahaja.[2]

Oleh itu, ia seolah-olah di sini perkataan ‘jagaan’ seolah-olah berbeza dalam undang-undang yang berbeza. Walaupun amalan kebiasaan seolah-olah merujuk ia kepada sebagai membawa makna ‘jagaan di sisi undang-undang’, dalam beberapa kes, sebagai contoh, kes pengangkatan merujuk hanya konotasi kepada jagaan fizikal. Oleh itu, dicadangkan supaya kekaburan ini perlu dikeluarkan dengan menyediakan definisi yang jelas ‘jagaan’ perkataan dalam undang-undang yang berkaitan.

3.1.2        Definisi Anak

Merujuk kepada seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164):

Dalam Bahagian ini, di mana-mana jua kandungan ayatnya menghendakinya, ‘anak’ bererti ‘anak daripada perkahwinan’, sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2, yang berumur di bawah lapan belas tahun.

            Perkataan ‘anak’ yang disebut dalam Akta ini merujuk kepada ‘anak daripada perkahwinan’ yang berumur di bawah 18 tahun. Ini telah diperuntukkan dalam seksyen 2 Akta ini dan Akta Umur Dewasa 1971 melalui seksyen 2 dan 4(c) mentakrifkan seseorang itu belum dewasa sehingga ia mencapai umur 18 tahun melainkan diperuntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis. Sementara itu Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 telah membuat sedikit pengkelasan mengikut agama. Seksyen 2(2)(a) (i) dan (ii) Akta tersebut meletakkan umur 21 tahun sebagai umur dewasa bagi kanak-kanak bukan Islam dan 18 tahun bagi kanak-kanak beragama Islam.

            Semua kes yang dibawa di bawah peruntukan Akta 164 adalah kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, dan ini termasuk anak tak sah taraf. Anak-anak daripada perkahwinan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 2 Akta 164 ini terbahagi kepada empat kategori;
(i)                 Anak kepada pasangan suami isteri itu yang pada kebiasaannya dikandung atau dilahirkan dalam masa perkahwinan mereka.
(ii)               Anak salah seorang daripada suami atau isteri tetapi telah dianggap sebagai anggota keluarga.
(iii)             Anak tak sah taraf.
(iv)             Anak angkat yang telah diambil mengikut mana-mana undang-undang bertulis.[3]

3.1.3        Kuasa Bagi Mahkamah Membuat Perintah Mengenai Penjagaan

Seksyen 88 (1) Akta 164 memperuntukkan:

(1)               Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan perintah meletakkan seseorang anak dalam jagaan bapa atau ibunya atau, jika ada hal keadaan yang terkecuali yang menyebabkan tidak diingini bagi anak itu diamanahkan kepada ibu atau bapanya, dalam jagaan seseorang saudara itu yang lain atau jagaan sesuatu persatuan yang antara tujuan-tujuannya termasuklah kebajikan kanak-kanak atau kepada mana-mana orang lain yang sesuai.

            Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintah seseorang anak itu diletakkan di bawah jagaan pihak lain selain ibu bapanya sendiri atas alas an terkecuali bagi kebajikan kanak-kanak terlibat. Ini menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak semstinya terletak pada ibu atau bapa tetapi termasuk juga pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati kemungkinan kebajikan anak-anak akan terjejas. Walau bagaimanapun, dalam membuat pertimbangan tentang kanak-kanak ini, mahkamah masih lagi mengambil perhatian terhadap kehendak ibu bapa terlibat di samping kemahuan anak-anak itu sendiri.

(2)               Pada memutuskan ke dalam jagaan siapakah seseorang anak patut diletakkan pertimbangan utama ialah kebajikan anak itu dan tertakluk kepada ini mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:
(a)                Kemahuan ibu bapa anak itu; dan
(b)               Kemahuan anak itu, jika ia telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri.

            Peruntukan dalam seksyen 88 (2) ini hampir sama dengan seksyen 11 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 yang telah memberi penekanan terhadap soal kebajikan kanak-kanak. Apabila memperkatakan tentang kebajikan kanak-kanak ia mesti dilihat daripada semua aspek seperti moral, fizikal dan mental, masa depan yang boleh dijangkakan dan tidak tertumpu kepada sesuatu hal keadaan atau masa-masa tertentu sahaja.

(3)               Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang anak di bawah umur tujuh tahun supaya ia berada dengan ibunya tetapi pada memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta-fakta sesuatu kes tertentu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada ketidakinginan mengacau kehidupan seseorang anak dengan perubahan-perubahan jagaan.

            Anggapan terhadap anak yang masih kecil seharusnya berada di bawah jagaan ibu suatu anggapan yang boleh dibangkang berasaskan kepada fakta-fakta kes berkenaan, dan mahkamah tidak begitu cenderung untuk mengubah-ubah jagaan terhadap seseorang kanak-kanak jika dirasakan ia menganggu perkebmbangan mental, fizikal dan emosinya.

(4)               Jika ada dua atau lebih anak dari sesuatu perkahwinan, mahkamah tidaklah terikat meletakkan kedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan orang yang sama tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiap seorang secara berasingan.

            Pertimbangan tentang kebajikan kanak-kanak ini haruslah dibuat seorang demi seorang jika ia melibatkan dua atau lebih kanak-kanak. Sungguhpun dikatakan mahkamah tidak terikat untuk menempatkan kesemuanya dalam jagaan orang yang sama tetapi kebiasaannya mahkamah lebih suka berbuat demikian dan tidak mahu memisahkan pasangan adik-beradik yang dapat menilai erti persahabatan dan kekeluargaan.

3.1.4        Perintah Tertakluk Kepada Syarat-Syarat

Seksyen 89 Akta 164 memperuntukkan:

(1)               Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh mahkamah patut dikenakan, dan tertakluk kepada syarat-syarat itu, jika ada, sebagaimana dipakai semasa ke semasa, adalah menghakkan orang yang kepadanya diberi jagaan itu memutuskan semua soal berhubung dengan pendidikan dan pelajaran anak itu.
(2)               Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh:
(a)                Mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana anak itu akan tinggal, tentang cara pelajarannya dan tentang agama dalam mana ia akan dididik;
(b)               Mengadakan peruntukan bagi anak itu berada sementara dalam peliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;
(c)                Mengadakan peruntukan bagi anak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang ahli dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan anak itu pada bila-bila masa dan bagi beberapa lama yang difikirkan munasabah oleh mahkamah;
(d)               Memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang ahli dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan anak itu pada bila-bila masa dan seberapa galak yang difikirkan munasabah oleh mahkamah; atau
(e)                Melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa anak itu ke luar Malaysia.

            Perintah jagaan yang dibuat oleh mahkamah pada kebiasaannya akan memberi hak kepada ibu bapa atau penjaga untuk memutuskan semua soal berhubung dengan pendidikan dan pelajaran anak-anak di samping syarat-syarat lain yang difikirkan perlu demi kebajikan kanak-anak tersebut. Satu perintah jagaan boleh mengandungi syarat-syarat tertentu seperti menyediakan tempat kediaman yang sesuai, jaminan terhadap pendidikan dan didikan yang sempurna sama ada akademik mahupun kerohaniannya (seksyen 89(2)(a)); memerintahkan kanak-kanak tersebut di bawah jagaan sementara pihak-pihak tertentu (seksyen 89(2)(b)); hak untuk melawat dan dilawati di antara ibu atau bapa atau pihak ketiga yang tidak dapat hak penjagaan.

            Perintah yang dikeluarkan itu juga boleh mengarahkan supaya kanak-kanak tersebut tidak dibawa keluar daripada bidang kuasa mahkamah atau ke luar negeri (seksyen 89(2)(a)). Penelitian terhadap sesuatu kes itu amat perlu kerana ia melibatkan masa depan seorang kanak-kanak. Sungguhpun demikian, setiap perintah yang telah dibuat oleh mahkamah itu masih boleh dibuat atas permohonan jika didapati timbul keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak tersebut.

3.1.5        Perintah Penetapan Tentang kelayakan Ibu Atau Bapa Menjaga Anak

Seksyen 90 Akta 164 memperuntukkan:

(1)               Mahkamah boleh, apabila memberi sesuatu perceraian atau perpisahan kehakiman, atau pada bila-bila masa kemudian daripadanya, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak dari perkahwinan itu, membuat suatu perintah menetapkan salah seorang ibu atau bapa seorang yang tak layak untuk menjaga anak itu dan boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu perintah itu.
(2)               Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), dan belum dibatalkan, ibu atau bapa yang dengan itu ditetapkan sebagai tak layak tidaklah berhak, apabila mati orang yang satu lagi itu, menjaga anak itu melainkan jika mahkamah memerintahkan sebaliknya.

            Selepas mahkamah mengeluarkan sesuatu dekri sama ada dekri perceraian atau perpisahan kehakiman, ia boleh membuat perintah menetapkan siapa yang layak dan siapa yang tidak untuk menjaga anak. Jika sebelum itu satu perintah telah dibuat kepada ibu atau bapa dan kemudiannya didapati tidak layak lagi maka mahkamah boleh pada bila-bila masa membatalkan perintah jagaan terdahulu itu. Sekiranya orang yang layak untuk menjaga kanak-kanak tersebut telah mati dan kanak-kanak tersebut masih di bawah jagaannya, pihak yang diputuskan sebagai tidak layak dalam seksyen 90 (1) tidak boleh mengambil alih menjaga kanak-kanak tersebut melainkan mahkamah telah memerintahkan supaya berbuat demikian.

3.1.6        Penjagaan Anak-anak Yang Disifatkan Sebagai Sahtaraf

Seksyen 91 Akta 164 memperuntukkan:

Apabila seseorang anak disifatkan sebagai sahtaraf di bawah seksyen 75, ibunya adalah berhak menjaga anak itu, jika tidak ada sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah sebaliknya.

            Anak-anak yang disifatkan sebagai sah taraf di bawah seksyen 75 adalah mereka yang terlibat dengan sesuatu dekri pembatalan yang telah dibuat oleh mahkamah terhadap perkahwinan ibu bapanya. Menurut seksyen 91 ini, ibu berhak menjaga anak atau anak-anaknya melainkan ada sesuatu persefahaman atau persetujuan yang telah dibuat di antara suami da isteri tersebut atau telah ada suatu perintah yang dibuat oleh mahkamah tentang penjagaan mereka. Seksyen ini bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan terhadap penjagaan selepas suatu dekri pembatalan dibuat terhadap perkahwinan mereka.

            Jika dilihat sekali imbas, kehendak seksyen ini haruslah diikuti dengan memberikan hak kepada ibu dan sebaliknya bapa seolah-olah tidak mempunyai apa-apa hak terhadap anak daripada perkahwinan mereka yang telah dibatalkan itu. Walau bagaimanapun, mahkamah masih berhak untuk menentukan siapakah di antara ibu dan bapa itu yang benar-benar berhak jika salah satu pihak membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan.

3.1.7        Lamanya Perintah Penjagaan Dan Nafkah

Seksyen 95 Akta 164 menyebut:

Kecuali jika sesuatu perintah mengenai penjagan atau nafkah seseorang anak dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau jika sesuatu perintah itu dibatalkan, mencapai umur lapan belas tahun atau jika anak itu adalah dalam keadaan hilang upaya dari segi jasmani atau otak, perintah itu hendaklah hilang upaya dari segi jasmani atau otak, perintah itu hendaklah tamat apabila anak itu tidak lagi berada dalam keadaan hilang upaya itu, mengikut mana yang terkemudian.

            Seksyen ini menjawab persoalan berapa lamakah sesuatu perintah penjagaan dan pemeliharaan dan juga berapa lamakah perintah terhadap nafkah anak-anak akan terus berkuatkuasa. Sesuatu perintah itu mungkin akan tamat setelah sampai kepada suatu tempoh yang telah ditetapkan. Menurut seksyen ini, suatu perintah penjagaan atau nafkah akan tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur 18 tahun dan ini tidak termasuk dalam keadaan terkecuali. Kedudukan anak-anak yang dikatakan termasuk di bawah keadaan terkecuali seperti hilang keupayaan sama ada kehilangan yang kekal atau sementara dari segi fizikal dan/atau mentalnya, perintah itu akan terus berkuatkuasa sehingga hilang upaya itu sembuh atau yang mana terkemudian.

3.1.8        Kuasa Bagi Mahkamah Mengubah Perintah Tentang Penjagaan Atau Nafkah

Seksyen 96 Akta 164 memperuntukkan:

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh membatalkan sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, jika mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kekhilafan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

            Sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak boleh diubah oleh mahkamah jika ada permohonan tentangnya dibuat oleh seseorang yang berkepentingan. Permohonan untuk mengubah atau membatalkan sesuatu perintah itu boleh dibuat atas alasan bahawa
(i)     salah pernyataan, atau
(ii)   suatu kekhilafan fakta, atau
(iii) sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

            Ungkapan seperti ‘sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan’ seringkali digunakan sebagai alasan untuk membuat perubahan terhadap sesuatu perintah yang telah diputuskan terdahulu. Sebetulnya ungkapan ni penting bagi mahkamah kerana di sini wujudnya kuasa penting bagi mahkamah kerana di sini letaknya kuasa budi bicaranya. Mahkamah perlu berpuas hati terlebih dahulu terhadap alasan-alasan yang dibawa sebelum membuat sebarang perubahan. Jenis-jenis ‘perubahan matan’ tidak diberikan senarai lengkap mengenainya dan ia bergantung pada fakta kes itu sendiri. Kebiasaannya mahkamah akan melihat kepada kemampuan ibu atau bapa berkenaan seperti pendapatan atau sumber kewangan, tanggungan yang bertambah atau berkurang dan juga keperluan anak-anak di bawah tanggungannya.

3.1.9        Kuasa Bagi Mahkamah Mengubah Perjanjian Tentang Penjagaan Atau Nafkah

Seksyen 97 Akta 164 memperuntukkan:

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat bagi sesuatu perjanjian berhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang anak, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan sebaliknya dalam sesuatu perjanjian itu, jika mahkamahberpuas hati bahawa adalah menusabah dan untuk kebajikan anak itu berbuat demikian.

3.1.10    Mahkamah Hendaklah Memberi Perhatian Kepada Nasihat Pegawai-Pegawai Kebajikan, dsb

Seksyen 100 Akta 164 menyebut:

Apabila menimbangkan sesuatu soal berhubung dengan penjagaan atau nafkah bagi seseorang anak, mahkamah hendaklah, apabila praktik, meminta pegawai awam, yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi mahkamah tidak terikat menurut nasihat itu.

            Laporan dan nasihat serta pandangan orang tertentu seperti pegawai kebajikan tentang penjagaan anak adalah penting. Jika laporan tersebut membuat sesuatu cadangan atau pandangan dengan siapa anak tersebut ditempatkan, ia seharusnya diberi perhatian oleh mahkamah walaupun tidak semestinya terikat dengan cadangan itu.

            Dalam kebanyakan kes, laporan daripada pegawai-pegawai kebajikan yang membuat siasatan ini mungkin timbul perbualan ‘dengar-cakap’ (hearsey evidence). Mahkamah akan mengambil semua keterangan dengar-cakap. Ini kerana persoalan teknikal bukan menjadi keutamaan dalam kes-kes penjagaan kerana kebajikan anak lebih utama. Keterangan seumpama ini harus dibawa ke mahkamah bagi membolehkan pegawai kebajikan memberi laporan terhadap penyiasatan dan temu ramah yang telah dibuat dengan pihak-pihak yang tidak dipanggil sebagai saksi. Perlu diingat juga bahawa prinsip ini tidak seharusnya disalahgunakan sehingga kebajikan anak terpaksa dikorbankan. Jika mahkamah merasakan ‘keterangan dengar-cakap’ boleh menjejaskan keadilan, prinsip am tentang keterangan harus dipakai.

3.1.11    Kuasa Bagi Mahkamah Menahan Anak Daripada Dibawa Keluar Dari Malaysia

Seksyen 101 Akta 164 menyebut:

(1)               Mahkamah boleh atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak:
(a)                Jika keputusan sesutu perbicaraan hal ehwal berkahwin masih dinanti;
(b)               Jika, di bawah sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah; hanya seorang sahaja; iaitu ibu atau bapa, ada mempunyai jagaan atas anak itu manakala yang satu lagi  itu tidak ada mempunyai jagaan,
mengeluarkan sesuatu tegahan manahan ibu atau bapa yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengakuan yang difikirkan patut oleh mahkamah.
(2)               Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu tegahan menahan seseorang yang lain daripada orang yang ada mempunyai jagaan atas seseorang anak, daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia.
(3)               Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan terhadap mahkamah.

            Mahkamah mempunyai kuasa untuk menghalang atau membenarkan seseorang anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada dengan syarat atau tanpa syarat mengikut yang difikirkan patut oleh mahkamah. Mana-mana pihak termasuk pihak yang mempunyai kepentingan boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu tegahan supaya anak tersebut tidak dibawa keluar dari Malaysia. Sekiranya suatu tegahan telah dibuat olehmahkamah, perintah tersebut hendaklah dipatuhi kerana keengkaran atau kegagalan mematuhinya akan dianggap sebagai menghina mahkamah dan boleh dikenakan penalti.

            Ibu atau bapa atau penjaga yang mendapat hak penjagaan dan ingin membawa keluar dari Malaysia atau keluar daripada bidang kuasa mahkamah anak di bawah jagaannya itu, mestilah mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu. Tiada sebarang kesulitan untuk mendapatkan persetujuan daripada mahkamah sekiranya tujuan dibawa keluar bukan bermaksud melarikan diri daripada bidang kuasa mahkamah. Ibu atau bapa atau penjaga tidak boleh bertindak sesuka hatinya mengikut perkiraan mereka sendiri. Membawa keluar dari Malaysia atau keluar daripada bidang kuasa mahkamah untuk tujuan percutian atau menetap terus di luar Malaysia perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh mahkamah ketika iamemutuskan sesuatu permohonan itu. Kebajikan anak-anak diberikan pertimbangan oleh mahkamah sama ada untuk membenarkan atau menghalang seseorang anak itu daripada dibawa keluar. Mahkamah tidak seharusnya menghalang ibu atau bapa atau penjaga yang mempunyai hak jagaan itu daripada membuat keputusannya sendiri untuk membawa keluar anak tersebut kerana dikhuatiri hubungan akan menjadi bertambah buruk jika mereka berada di malaysia dan akan menimbulkan kesan negatif terhadap anak ataupun tujuan membawa keluar itu lebih mendatangkan kebaikan terhadap anak tersebut.




[1] Terma ‘jagaan’ telah disebut dalam kes Tang Kong Meng lwn Zainon bte Md Zain & Anor. [1995] 3 MLJ 408. Hlm. 415.
[2] Walau bagaimanapun, Akta 351 hampir sama dengan Akta 164, yang berasal daripada undang-undang Inggeris dan seperti yang telah diketengahkan sebelum ini, kes-kes akan menjadi rujukan yang dalam mentafsir undang-undang. Oleh itu, makna jagaan yang paling sesuai dalam Akta 351 hampir sama dengan peruntukan dalam Akta 164. Melihat kepada kes yang telah dibincangkan di atas, terdapat banyak pengaruh daripada kes-kes Inggeris.
[3] Undang-undang pengangkatan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian,                   (i) Pengangkatan di Semenanjung (a) Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) dan Akta Pentadtaran Pengangkatan 1952 (Akta 253); (ii) Pengangkatan di Sabah – Ordinan Pengangkatan Sabah 1961; (iii) Pengangkatan di Sarawak – Ordinan Pengangkatan Sarawak – Ordinan Pengangkatan Sarawak 1949.

Sharing is caring ^_^